Sunday, September 5, 2010

Iklan Raya TV3 2010


Iklan yang mencetus kontroversi. Namanya iklan Aidilfitri, tapi dikatakan penuh dengan unsur unsur agama lain. Kira hebat gak la bantahan yang diterima sampai TV3 dah tarik balik iklan tu dan buat public apology lagi.

Seingat aku la, tak ada iklan pun pernah dapat kontroversi sampai tahap camni lagi.


Aku mengaku, memang macam ada keanehan dalam iklan tu, tapi tak pulak aku sampai terfikir Illuminati, Singapore, etc etc.

TV3 dah buat apology dan tarik balik, tapi rasanya memang teruk kena hentam lepas ni. Siap ada gesaan boikot TV3! Hahahahaha blah la semuanya reactionist. Sikit-sikit nak boikot. Pastu semua hangat taik ayam.


Kalau ikut Tafsir Si-Penulis, penuh dengan khurafat, syirik, murtad. Siap dengan segala macam bukti bergambar dan penjelasan!

Tapi kalau ikut kata Obefiend pulak, itu semua sekadar apa yang kita nak lihat. Letak la apa gambar / video sekalipun, kalau kita nak cari yang negatif, hanya yang negatif kita akan jumpa.

Pendapat korang?

9 comments:

nihadriz said...

as for me, mmg agak pelik la pakcik tu naik beca mcm reindeer sled ke apa ke. bila orang cakap mcm santa clause ke apa ke, tak kisah. boleh diperbetul. tapi, sampai kaitkan dengan illuminati ke apa ke, mcmla diorang tu tak minum coke or nestle or anything yg digembargemburkan senjata zionis tu. but since orang malaysia ni sebahagiannya ada yang typically shallow-minded, i think anything is possible. contoh : logo crocs tiba2 boleh nampak simbol Allah. ala, kalo tenung dinding rumah n percaya ada simbol Allah pun mmg akan jadi la kan, sebab the mind believes what we want to believe/see.

sekian, my 2 cents :P
jangan marah saye, saye hanya memberikan pendapayt :D

Al Hadi said...

tengok je la berapa lama kempen boikot McD, KFC, Starbucks tu tahan. Awal-awal je semangat.

Pendapatmu sgt dialu-alukan :D

nihadriz said...

ntahla. padahal banyak lagi soal akidah yang perlu penambahbaikan. contoh : dari menyibuk hal2 yang remeh seperti ini (the advert ie mean. taktaula, as for me, very petty, melibatkan creativity je pun kannn) baiklah pegi ban cerita-cerita indonesia yang tahyul melampau adn berleret tak masuk akal tu. ataupun telenovela. ye, makcik2 pasti akan memarahi saye sebab habisla diorang dah taktau nak buat apa petang2 selain tengok drama kat TV hehehe~

marmalade said...

ban the telly!
ban facebook!
let's be like china :)
heh.

er, sorry, i didn't get to watch the advert though.

papaYA said...

Aku tengok 1st time, langsung aku tak terfikir pun. Boleh cakap poyo2 sikit iklan tu sebab ada magis2, tapi tak pernah terlintas langsung lar ade kaitan dengan hal2 yang dikecoh2kan..

Sesetengah orang ni, kalau bab menghentam, no1. Ade je yang tak puas hati or berfikiran negatif yang mana semuaorang ada agenda tersembunyi. Macam lar yang kecoh2 tu baik sangat. (sorry emo)

p/s: Aku boikot mcD, starbucks, coca-cola dan seangkatan dengan nya since sekolah menengah.. Adakalanya rindu mcD....

Hasina Terebuzzu said...

hahahaha.. niha, kata2mu benar belaka.. aku tak sempat nk tgk iklan tv3 ni.. maklumlah.. berumah tangga di opis sentiasa di ramadhan ni.. cuma pelik gak aku.. kalu juz tgk tnpa pikir lencong2 tak bole ke? tp tu la.. aku nk ckp byk tak ble sebab aku tak tgk lagi iklan ni...

leLabu said...

huraian dlm tafsir si penulis tu bg aku bedooh. bengong. imaginasi tahap melampau. hahah.

satu jer aku perasan. nak promote satu malaysia pun jgn samapai semua agama nak disatukan..

tafsiran bodoh bg idea bodoh dlm iklan nih!

papaYA said...

Anyway, korang dah baca ni?

http://suh*imir*mly.wordpress.com/2010/09/06/teori-konspir*si-itu-bodoh/ (gantikan * dengan a)

Penulis menentang sekeras2nya pasal kewujudan konspirasi.. Ape yang dia cakap pasal iklan tu mungkin aku setuju, tapi pasal konspirasi Yahudi tu, bagi aku, kene tengok2 juga, takleh nak kata semua yang dikatakan konspirasi tu tak betul..

(sorry, komen lari topik sikit :)

leLabu said...

yaya, org yg kata org lain bodoh adalah org yang tidak habis belajar.

dia hanya menguasai separuh otak (otak kiri sahaja). nampak tak dia banyak menggunakan logik, matematik, struktural, rasional, analitik dlm tulisan dia. (bg dia dia sangat pandai - tp sayang orgnya sewel (guna setengah otak kan sewel?)

tidak pula bermaksud aku setuju dgn semua teori konspirasi. tapi ingatlah, seluas mana ilmu kita, lagi luas ilmu Allah.

sebanyak mana yg boleh kita nampka, logikkan, rasionalkan, masih banyak yg terhijab.