Monday, April 19, 2010

Prestasi Pasaran Saham Dunia

Menyahut cabaran Mala, aku persembahkan prestasi pasaran saham dunia dari kacamata aku.

Prestasi pasaran saham dunia secara umumnya dibuka secara baik pada awal 2010 dan dipercayai dapat bertahan dalam jangka panjang. Keadaan ini jika berterusan dan tiada berlaku gangguan dalam proses pemulihan ekonomi di Amerika, pasaran tempatan dijangka akan terus kekal stabil.

Umum mengetahui ekonomi Amerika merupakan penanda aras atau benchmark kepada pasaran dunia. Sebelum ini ada pendapat mengatakan bahawa China bakal menjadi ekonomi terbesar dunia, namun hakikatnya Amerika kekal sebagai pengguna utama dunia.

Walaupun secara biasanya pasaran saham adalah lembab pada awal tahun, namun pada awal 2010, ia mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Ini dijelaskan melalui pemulihan tahap ekonomi dunia selepas mengalami kelembapan ekonomi global pada 2008 dan 2009 yang menyaksikan para pelabur tidak aktif dan menunggu saat yang lebih baik.

Pada hujung tahun 2009, mereka kembali aktif dan agresif dalam pelaburan dan menyebabkan kenaikan positif prestasi umum pasaran saham dunia.

Selain itu, prestasi pasaran saham dunia juga menerima impak positif dari sentimen Amerika, China dan India dan ia dijangka berterusan dalam tempoh jangka panjang dan seterusnya membawa dunia keluar dari kemelut kelembapan ekonomi.


Walaupun begitu, keadaan tetap diawasi dengan penelitian lebih akan diberikan pada tempoh Mei-Oktober dimana tempoh ini dianggap sebagai tempoh kritikal bagi pelabur dan pasaran saham dunia secara umum.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai prestasi pasaran saham dunia suku tahun pertama 2010, sila tonton video dan carta-carta di AlphaTrends.net

Untuk pemahaman lanjut mengenai pasaran saham, sila baca ini.

Sekian laporan prestasi pasaran saham dunia.

**********************************************************

Mala, cabaranmu dah disahut. Akmal pun dah sahut. Idham pun mendakwa dia dah lama buat. Sekarang sila sahut cabaran ini;

Sila buat satu analisa perbandingan antara kelebihan dan kekurangan enjin GSR 4G93T keluaran Mitsubishi dibandingkan dengan enjin 4A-GE keluaran Toyota dari segi kelajuan, kawalan dan prestasi keseluruhan.

Good luck. Hik hik hik :p

6 comments:

Phoebus Athenos said...

c'mon cik mala...we're waiting...

muhamadakmalwahab said...

whoaaa...i'm impressed...c'mon mala..your turn...hahaha

marmalade said...

hahahahahahaha!
no such thing as balasan balik =)
there is NO WAY i will write about cars ok hahahahahahaha

good attempt hadi =)

Al Hadi said...

I'm not asking u to write about cars. Only the engines :D

Mr. Moshuchi said...

hahaha cayalah bro...itu baru menulis..aku membayangkan ko sedang mengulas secara live dalam BBC Biz or CNN hahaha...

Al Hadi said...

ah ye.. sebut R pun x betul hahahahaha