Thursday, April 29, 2010

Review - Iron Man 2

PLOT:

Selepas Tony Stark mengumumkan kepada dunia bahawa dia ialah Iron Man, kini dia berhadapan pula dengan faktor kesihatan beliau, tekanan dari Kerajaan serta cabaran dari pesaingnya, Hammer Industries bagi membuktikan keberkesanan dan kebolehan Iron Man menjaga keamanan dan kestabilan. Walaubagaimanapun, kemunculan seorang saintis dari Rusia menyebabkan Iron Man terpaksa berhadapan dengan musuh baru yang lebih ganas dan memiliki teknologi serupa.

REVIEW:

Pros:

Lebih baik dari filem pertama.
Aksi yang jauh lebih best.
War Machine!
Whiplash sangat awesome.
Scarlet Johansson.
Iron Man Mark V Armor (Transforming Suit FTW!)

Cons:

Aku terpaksa setuju dengan review pertama dalam entri sebelum review ni. Fokus filem ni lebih kepada masalah tekanan perasaan Tony Stark, ketagihan alkohol, kesihatan meruncing dan hubungan dia dengan pembantunya yang meleret-leret.

Iron Man hanya muncul dalam 4 adegan. WTF.

Adegan Iron Man & War Machine VS Super Whiplash ialah 4 minit. WTF.

FUN FACT:

Semasa Tony Stark sedang membina reaktor segitiga, perhatikan sesuatu yang digunakan untuk mengalas saluran paip. Tips filem akan datang.

Dan...

Habis saja filem ni, sila tunggu sehingga habis ending credit dan korang akan dapat tengok satu adegan. Ini juga merupakan tips filem akan datang.

Nak tahu adegan apa? KLIK SINI.


THOR IS COMING!

Wednesday, April 28, 2010

Iron Man 2 Tak Best?


Yup, berdasarkan satu review.

Iron Man 2 akan memulakan tayangan umum bermula esok. Tapi satu tayangan preview kepada media telah diadakan di LA pada 26 April (Isnin) lepas dan menurut review pertama itu, Iron Man 2 tidak sehebat mana.

Ini antara quote dari review itu;

Mind-numbingly dull, chaotic and unwatchable
Given the strength of part one, the sequel is not just a terrific failure but a terrific disappointment.
They’re not badly done but what’s meant to be the big, show-stopping face-off at the end is overshadowed by a perplexing, out-of-nowhere romantic pay-off.

Baca full review tersebut.

Tapi aku peduli apa. Aku tetap nak tengok Iron Man 2.

Oh ya, aku akan tengok premiere malam ni. Sehari sebelum tayangan umum. Hehehe.....

Review - Date Night

PLOT:

Mengisahkan Phil and Claire Foster yang sudah mulai bosan dengan kehidupan rutin mereka yang hampir sama saban hari. Untuk membaiki keadaan, Phil membawa Claire ke restoran eksklusif di Manhattan dimana mereka terjebak dalam pertelingkahan antara samseng dan pihak polis.

REVIEW:

Best. Komedi ringan yang relaks dan disusuli dengan realiti kehidupan.

Kalo korang memang minat The Office dan 30 Rock, korang akan suka filem ni.

Steve Carrel dan Tina Fey memang havoc :D

Tuesday, April 27, 2010

Review - Kick Ass

PLOT:

Mengisahkan Dave Lizewski, seorang nerd yang mengambil keputusan menjadi seorang superhero walaupun tiada pengalaman dan latihan. Selepas kena belasah, kena tikam dan kena langgar, dia bertemu dengan Hit Girl dan Big Daddy yang bersama-sama membanteras jenayah pengedaran dadah. Kemudian bertemu pula dengan Red Mist, mereka bersama menentang sindiket dadah.

REVIEW:

AWESOME!

Serius, best giler citer ni.

Non-stop action!

Lawak nerd bodoh!

Hot chicks!

dan Hit Girl! Gila kejam budak nih.....

Sila tengok.

Thursday, April 22, 2010

Pelengkap Keluarga

Tahniah.

Tahniah kepada 4 org kawan aku yang selamat bergelar ibubapa semalam.

Kepada Catherin & Michael Baptist, tahniah atas kelahiran WYATT GABRIEL BAPTIST.


Kepada Hazly dan Eina, tahniah atas kelahiran HAZREEL ZAFRAN.


Sesungguhnya anak itu anugerah dari Tuhan.

Jagalah seeloknya, didiklah sebaiknya.

Tahniah sekali lagi.

Tuesday, April 20, 2010

Batu Keras



Selain HRC KL, aku cuma dah sampai HRC Beijing dan HRC Bali.

Next on my list;

HRC Ho Chi Minh City, Vietnam.

HRC Phuket, Thailand.

HRC Bangkok, Thailand.

HRC Makati, Filipina.

HRC Jakarta, Indonesia.

HRC Hong Kong, China.

HRC Gold Coast, Australia.

Dan of course la, HRC Penang :p

Monday, April 19, 2010

Prestasi Pasaran Saham Dunia

Menyahut cabaran Mala, aku persembahkan prestasi pasaran saham dunia dari kacamata aku.

Prestasi pasaran saham dunia secara umumnya dibuka secara baik pada awal 2010 dan dipercayai dapat bertahan dalam jangka panjang. Keadaan ini jika berterusan dan tiada berlaku gangguan dalam proses pemulihan ekonomi di Amerika, pasaran tempatan dijangka akan terus kekal stabil.

Umum mengetahui ekonomi Amerika merupakan penanda aras atau benchmark kepada pasaran dunia. Sebelum ini ada pendapat mengatakan bahawa China bakal menjadi ekonomi terbesar dunia, namun hakikatnya Amerika kekal sebagai pengguna utama dunia.

Walaupun secara biasanya pasaran saham adalah lembab pada awal tahun, namun pada awal 2010, ia mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Ini dijelaskan melalui pemulihan tahap ekonomi dunia selepas mengalami kelembapan ekonomi global pada 2008 dan 2009 yang menyaksikan para pelabur tidak aktif dan menunggu saat yang lebih baik.

Pada hujung tahun 2009, mereka kembali aktif dan agresif dalam pelaburan dan menyebabkan kenaikan positif prestasi umum pasaran saham dunia.

Selain itu, prestasi pasaran saham dunia juga menerima impak positif dari sentimen Amerika, China dan India dan ia dijangka berterusan dalam tempoh jangka panjang dan seterusnya membawa dunia keluar dari kemelut kelembapan ekonomi.


Walaupun begitu, keadaan tetap diawasi dengan penelitian lebih akan diberikan pada tempoh Mei-Oktober dimana tempoh ini dianggap sebagai tempoh kritikal bagi pelabur dan pasaran saham dunia secara umum.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai prestasi pasaran saham dunia suku tahun pertama 2010, sila tonton video dan carta-carta di AlphaTrends.net

Untuk pemahaman lanjut mengenai pasaran saham, sila baca ini.

Sekian laporan prestasi pasaran saham dunia.

**********************************************************

Mala, cabaranmu dah disahut. Akmal pun dah sahut. Idham pun mendakwa dia dah lama buat. Sekarang sila sahut cabaran ini;

Sila buat satu analisa perbandingan antara kelebihan dan kekurangan enjin GSR 4G93T keluaran Mitsubishi dibandingkan dengan enjin 4A-GE keluaran Toyota dari segi kelajuan, kawalan dan prestasi keseluruhan.

Good luck. Hik hik hik :p

Thursday, April 15, 2010

Maaf

Aku sekarang sangat sibuk. Tunggu la habis 25 hb April ni baru aku boleh update blog ni secara proper.

Wish me luck!

Sementara itu, sila layan lawak seks ini.


Apa kaitan hidung dan seks?
Kamu : Kenapa hubungan seks sangat menyeronokkan?
Aku : Menyeronokkan sebab, sama seperti kamu mengorek hidung dengan jari.

Kamu : Kamu rasa perempuan lebih merasai keseronokan lebih dari lelaki?
Aku : Tentu sekali perempuan. Apabila kamu mengorek-ngorek hidung kamu, hidung kamu rasa lebih sedap dari jari kamu. Betul bukan?

Kamu : Kenapa perempuan tidak suka dirogol?
Aku : Katakan kamu sedang keseorangan ditengah jalan, kemudian seseorang datang tiba-tiba mengorek hidung kamu. Kamu suka atau tidak?

Kamu : Kenapa perempuan tidak mahu melakukan seks ketika uzur?
Aku : Jika hidung kamu berdarah, masihkah kamu mahu korek hidung? Jangan jadi bodoh.

Kamu : Kenapa kebanyakan lelaki tidak suka memakai kondom ketika melakukan seks?
Aku : Bila kamu korek hidung, kamu pakai sarung tangan atau guna jari? Rasanya sudah sekali berbeza.


Cheerio!

Sunday, April 11, 2010

Putaran

Setiap minggu status FB kita pasti berubah. Tapi perubahan pun tak kemana. Kalau korang perasan, banyak status kawan-kawan yang kita baca akan berbunyi lebih kurang sama.

Status FB akan berubah mengikut hari. Biasanya penuh dengan rungutan / bebelan / tak puas hati / kecewa / show-off dan lain-lain.

Tapi kali ni aku nak fokus pada status berbunyi kerja dan weekend.

1. Isnin

Monday blues :(
Kenapa la Isnin cepat sampai...
I hate monday....
arrghhh banyaknye kerja!

2. Selasa / Rabu / Khamis

Mesyuarat itu ini bla-bla-bla...
Nak makan apa lepas ni?
Bila la nak weekend nih :(

3. Jumaat

Yeayyyy esok cuti!!!!
TGIF!
tak sabar menunggu pukul 5.30 :)

4. Sabtu

Apa nak buat ek arini?
Bosannya dok umah
Sapa nak ajak aku kuar arini?

5. Ahad

Cepatnya ahad nak habis.....
Weekend yg membosankan :(
Tensennya esok dah isnin....


Dan putaran ini akan berulang setiap minggu. Perasan tak?

Yup, manusia memang tak pernah puas.

Friday, April 9, 2010

ABPBH





No words are needed.

Wednesday, April 7, 2010

Oh Ye Ke

Selain dari manusia jenis Kau Faham Tak?, ada satu lagi jenis manusia yang selalu aku jumpa. Dan tagline diorang ni ialah:

"Oh ye ke......"

Biasanya diorang ni jenis yang bertanya soalan. Tak kisah la apa jenis soalan pun yang ditanya, janji ada orang yang akan beri jawapan dan pastinya akan disahut dengan tiga perkataan itu.

"Kat mana sekarang ni?"
"Kat luar tgh lepak minum."
"Oh ye ke......"

"Makan apa tadi?"
"Nasi goreng je"
"Oh ye ke......"

"Kau suka aku tak?"
"Tak. Aku benci kau"
"Oh ye ke......."


Manusia jenis ni rasanya memiliki rasa curiga yang maha tebal dan menyebabkan dia asyik nak pengesahan jawapan. Kalau ye pun tak payah la diulang-ulang setiap kali dapat jawapan.

Mungkin dia trauma akibat selalu dikencing ditipu, atau dia prejudis dengan setiap manusia yang boleh berbicara.

Korang setuju tak dengan aku?
Setuju?

Oh ye ke............

Sunday, April 4, 2010

Hangin

Rasa dah lama aku tak update blog ni.

Seperti mana korang tau, satu kejadian telah berlaku pada minggu lepas. Secara tak langsung, aku dikerah ke kawasan jajahan terbabit. Dan disitu aku akan berkampung sampai habis satu lagi kejadian yang bakal menyusul.

Weekend lepas aku ke Hulu Langat. Ada kerja lain pulak. Dengan penat, mengantuk, flat, semua aku redah. Tapi best gak dapat berendam dalam sungai kan? Dan melayan karenah remaja-remaja sempoi.






Lepas ni kembali ke kawasan jajahan tersebut. Aaarrggghh....