Tuesday, March 9, 2010

Streamyx Oh Streamyx

Banyak orang komplen pasal Streamyx. Slow, lembab, macam celaka, saks dan lain-lain lagi cemuhan dan caci maki yang diluahkan.

Aku tak pernah guna Streamyx. Sambung je BlackBerry aku ke laptop, terus boleh online. MaxisNet setakat ni tak pernah mengecewakan aku. Jadi aku tak berapa boleh nak judge Streamyx ni.

So untuk menjalankan kajian tak rasmi, aku bukak laman web Streamyx. Nampaknya ada beberapa pakej internet dengan kelajuan yang menakjubkan! Yang paling laju ialah 4.0 Megabait sesaat! Kalau mengikut laman webnya, Streamyx mampu membawa kandungan multimedia terkini dengan pantas dan efisyen! Semua orang pasti kagum dengan kelajuan 4Mbps!

Menggunakan Streamyx pada kelajuan 4Mbps adalah seperti meluncur di permukaan laut!

Seronok! Laju! Lancar!

Tapi kenapa banyak orang komplen Streamyx slow?

Tak laju macam negara-negara jiran?

Jadi untuk tahu kelajuan internet negara lain, aku bukak website Starhub, salah satu pembekal internet di Singapura.

Dan ini iklannya:


100Mbps!

OK, sekarang aku faham....

6 comments:

muhamadakmalwahab said...

even kat bangkok pon lebih laju...and it was an open wireless wi-fi...

marmalade said...

masa i kat singapore dulu, i baru terfikir je nak bukak website tuh, dia dah on dah. gempak tak? hahahahaahhaahha.

(p.s. oklah, i exaggerate tapi basically memang laju gile babs!)

howiseeit said...

ala.. kita kan baru smpi teknologi semalam. sbb kalau ikut kajian pasal broadband nie... rasanya malaysia ada teknologi semalam nk survive hari nie pun ssh. s'pore sama macam Jepun diaorg dah masuk broadband speed tuk lightyears ahead.

Al Hadi said...

sabar je la ye kepada semua pengguna Streamyx

papaYA said...

Paling geram, time hujan je streamyx down kat area rumah aku >_<
Bile lar penduduk Malaysia nak merasa tengok movie online tanpa perlu tunggu sejam dua untuk buffering

Al Hadi said...

well, itu maksudnya kena beli dvd original kut hehehe