Saturday, March 20, 2010

Kesana Kesini

Sabtu yang penuh dengan aktiviti. Asalnya rancangan lain, last-last berubah. Anyway, aku sgt enjoy :D


1. Bangun pukul 6 pagi (aku memang early riser), main Wii sampai kul 10. Then terus ke Bangsar Village II, melayan pameran karya-karya Ibrahim Hussein bersama Mala, Suraya dan Akram. Gila ah Akram macam dah berisi je hahahaha. Melayan art exhibition and lunch kat Banana Leaf. Pertemuan terpaksa berpecah akibat kena harass dengan warga emas kelahiran China yang asyik pow duit. Mula-mula guna tangan, pastu siap bawak tin!


2. Balik ke rumah rest 10 minit, Shuko and Pae datang. Terus ke Putrajaya nak tengok belon panas. Gila ah jem. Nasib baik bukan aku yg drive :p Rupanya belon tgh xde aktiviti, so melepak di Alamanda jap. Sempat lagi Pae beli kasut baru. Dah pukul 6, kembali ke tempat belon panas. Sempat la tengok dalam 10 bijik belon. Tapi belon Darth Vader xde uwaaaaa!!!! Tension punya pasal, aku, Shuko n Pae terus ke Bangi lepas tu, pekena sup meletop. Memang meletop! I loike!! Oleh kerana Shuko nak lari balik, so aku pun dihantar secara kenyang dan puas balik kerumah. Thanks Shuko! :D

*Update: Bukan Bangi, tapi Bandar Sri Permaisuri :p


3. Sampai rumah, terus start kereta dan terus ke Bangsar balik. Kali ni melepak kat Pelita ngan adik aku si Ara dan tunang tersayang. Bercerita ngan Ajun pasal bola, superbike, Whose Line Is It Anyway, kartun 80-an, Tarantino, Rodriguez etc sambil Ara tak tau nak menyampuk apa :p. Nanti kita tengok Machete ye adikku? Kesian dia kena layan aku n Ajun borak sampai kul 2 pagi hehehe. Nanti kita layan bola lak.


4. Lepas Pelita, terus ke Kg Baru nak menikmati shisha bestfriend aku. Oh sangat berkepul asap itu. So far shisha dia ialah yg terbaik bagi aku. Dan kerana aku dapat free, buat apa nak bayar kan hahahaha. Melepak bersama Celina juga sgt menghiburkan. Gila talkative. Dan kelakar. Borak punya borak sampai ayam dah berkokok.


Dan akhirnya sampai kerumah pukul 6 pagi. Time to sleep.

Enjoy your weekend, people!

11 comments:

frankie said...

alaaaa...asal aku xde..huhuh

Al Hadi said...

Kau balik Ipoh la woi.

marmalade said...

rugi frankie takde. anyway, makcik cina tuh serious melampau ah. siap pukul-pukul lengan i lagi suruh kasi dia duit. mak ai.

Al Hadi said...

Mmg horror, pastu x reti bahasa lak tu.tak sempat nak bagi proper goodbye

j.e.j.a.r.i. said...

Bandar Sri Permaisuri la bro!..not Bangi :P

Al Hadi said...

ooops!

muhamadakmalwahab said...

owh...aku tiada juga dalam ini gambar...erkkk...haahah

Al Hadi said...

weekend lain masih ada :D

Mojo Jojo said...

waaaaa... ara n ajun!!!!! miss u!!! emm, n u too hadi. heheh

Al Hadi said...

And we all miss u too Jo :D

Ara Izat said...

muka buruk boring aku jugak ko letak. ahahha.

we miss you jojo!