Sunday, March 28, 2010

Musika


Weekend Jamming Session.

Guest starring a few new faces. And instruments.

Among the songs;
  • Bila Aku Sudah Tiada
  • Pagi Yang Gelap
  • Tiada Lagi
  • Gemuruh
  • Siapa Dia Sebelum Daku
  • Antara Anyir dan Jakarta
  • Cant Take My Eyes Off You
  • Eye Of The Tiger
  • I Hate Myself For Loving You
  • For Whom The Bell Tolls
  • Bring Me To Life
  • Smells Like Teen Spirit

We had joy. We had fun.

Saturday, March 20, 2010

Kesana Kesini

Sabtu yang penuh dengan aktiviti. Asalnya rancangan lain, last-last berubah. Anyway, aku sgt enjoy :D


1. Bangun pukul 6 pagi (aku memang early riser), main Wii sampai kul 10. Then terus ke Bangsar Village II, melayan pameran karya-karya Ibrahim Hussein bersama Mala, Suraya dan Akram. Gila ah Akram macam dah berisi je hahahaha. Melayan art exhibition and lunch kat Banana Leaf. Pertemuan terpaksa berpecah akibat kena harass dengan warga emas kelahiran China yang asyik pow duit. Mula-mula guna tangan, pastu siap bawak tin!


2. Balik ke rumah rest 10 minit, Shuko and Pae datang. Terus ke Putrajaya nak tengok belon panas. Gila ah jem. Nasib baik bukan aku yg drive :p Rupanya belon tgh xde aktiviti, so melepak di Alamanda jap. Sempat lagi Pae beli kasut baru. Dah pukul 6, kembali ke tempat belon panas. Sempat la tengok dalam 10 bijik belon. Tapi belon Darth Vader xde uwaaaaa!!!! Tension punya pasal, aku, Shuko n Pae terus ke Bangi lepas tu, pekena sup meletop. Memang meletop! I loike!! Oleh kerana Shuko nak lari balik, so aku pun dihantar secara kenyang dan puas balik kerumah. Thanks Shuko! :D

*Update: Bukan Bangi, tapi Bandar Sri Permaisuri :p


3. Sampai rumah, terus start kereta dan terus ke Bangsar balik. Kali ni melepak kat Pelita ngan adik aku si Ara dan tunang tersayang. Bercerita ngan Ajun pasal bola, superbike, Whose Line Is It Anyway, kartun 80-an, Tarantino, Rodriguez etc sambil Ara tak tau nak menyampuk apa :p. Nanti kita tengok Machete ye adikku? Kesian dia kena layan aku n Ajun borak sampai kul 2 pagi hehehe. Nanti kita layan bola lak.


4. Lepas Pelita, terus ke Kg Baru nak menikmati shisha bestfriend aku. Oh sangat berkepul asap itu. So far shisha dia ialah yg terbaik bagi aku. Dan kerana aku dapat free, buat apa nak bayar kan hahahaha. Melepak bersama Celina juga sgt menghiburkan. Gila talkative. Dan kelakar. Borak punya borak sampai ayam dah berkokok.


Dan akhirnya sampai kerumah pukul 6 pagi. Time to sleep.

Enjoy your weekend, people!

Tuesday, March 16, 2010

Bulan Jun

Merasai sesuatu yang baru
Orang kata kena rasa gak
Macam best je kan
Only time will tell

Nak buat kena ada stamina
Atau tenaga yang berlebihan
Kau jugak yang kena buat

Ini bukan main-main
Kau kena buat yang terbaik
Apa jua halangan kena diatasi
Tapi usaha mesti mantap

Penuhkan cita-cita
Azam tahun baru 2010
Engkau BOLEH!


Oh ya, aku nak daki Kinabalu bulan Jun ni :D

Sunday, March 14, 2010

Mana Lagu?

Driving ke tempat kerja di waktu pagi.


Pasang Hitz fm

"Bla, bla, bla hahahahahha"
"Nyit nyot nut kakakakaka"
"u know ah..his her that wahahahaha"

Pasang Mix FM

"Yesterday i saw this yada yada yada"
"o Really? i tot wakakakakkaa"

Pasang Era

"Akademi Fantasial dah muala laalalalallalaa"
"Eh u tau tak bla bla bla"

Pasang Fly FM

"Ey u dont do kanyayayayaya"
"omg he so kiut shitshitshitshit"


MANA LAGU???

Last-last aku masukkan CD Slipknot. Lagi best.

Tuesday, March 9, 2010

Streamyx Oh Streamyx

Banyak orang komplen pasal Streamyx. Slow, lembab, macam celaka, saks dan lain-lain lagi cemuhan dan caci maki yang diluahkan.

Aku tak pernah guna Streamyx. Sambung je BlackBerry aku ke laptop, terus boleh online. MaxisNet setakat ni tak pernah mengecewakan aku. Jadi aku tak berapa boleh nak judge Streamyx ni.

So untuk menjalankan kajian tak rasmi, aku bukak laman web Streamyx. Nampaknya ada beberapa pakej internet dengan kelajuan yang menakjubkan! Yang paling laju ialah 4.0 Megabait sesaat! Kalau mengikut laman webnya, Streamyx mampu membawa kandungan multimedia terkini dengan pantas dan efisyen! Semua orang pasti kagum dengan kelajuan 4Mbps!

Menggunakan Streamyx pada kelajuan 4Mbps adalah seperti meluncur di permukaan laut!

Seronok! Laju! Lancar!

Tapi kenapa banyak orang komplen Streamyx slow?

Tak laju macam negara-negara jiran?

Jadi untuk tahu kelajuan internet negara lain, aku bukak website Starhub, salah satu pembekal internet di Singapura.

Dan ini iklannya:


100Mbps!

OK, sekarang aku faham....

Sunday, March 7, 2010

To Sweet B, Bulan & JoJo

To Sweet B,

I like them from the back,
I like them from the side,
I like them free,
I like them fragrant,
I like them in the rain
I like them in the night,
I like them round,
I like them bouncing around,
I like them big,

but most of all...

I like them willing.

Kepada Bulan,

Walaupun namamu ialah Bulan,
wajahmu tak seperti permukaan bulan.

Walaupun namamu ialah Bulan,
Kau tetap muncul diwaktu siang.

Walaupun namamu ialah Bulan,
Tak pernah kulihat kau terbenam.


To JoJo,

Sorry that you're leaving
Your loss will be greatly felt
But I wont over-exarggerate
and say my heart will melt.

Its really hard to say Goodbye
to such a good friend and pal
with tears in eyes and lump in throat
Adios! Au revoir! Farewell!

Tuesday, March 2, 2010

Dulu Aku Nerd


Bertemu semula dengan kawan lama di U dulu agak menarik. Seperti yang dikatanya kepada Frankie, aku dulu ialah seorang nerd. Tapi sekarang dah jauh berbeza.

Hahaha... aku sekadar gelak. Tapi memang ada benarnya. Aku yang dulu dengan aku yang sekarang memang berbeza. First of all, dulu aku kurus. Hahahhaa....

Aku memang late bloomer, banyak benda yang aku hanya discover dan buat selepas aku mula bekerja. Masa study dulu, gila ah nak keluar malam pun takde. Takat gi mamak tapau nasi lemak tu tak kira la kan.

Dulu memang nerd/geek habis la. Poster Star Wars bersepah sana-sini. CD game bersepah atas rak meja. Tanya je apa-apa pasal IT/komputer/Low Yat, memang tau la aku jawapan. Sampaikan masa final semester pun aku kerja kat Low Yat 3 bulan. Camtu fanatik sekali hahahahha... Nasib baik aku tak pakai spek je masa tu. Mungkin pasal aku suka makan sayuran.

Dah la aku pemalu ngan pompuan, nak menegur pun berpeluh-peluh, gementar, gugup, ketar lutut dan yang sewaktu dengannya. Besar kemungkinan pasal aku dulu sekolah lelaki. Tak penah tengok pompuan. So aku culture shock la kejap. Last-last melepak dengan geng lelaki je. Dan geng yang baik-baik je la. Bukan tabligh pun, asalkan diorang tak merempit sudah la.

Dulu aku jalan kaki je. Aku papa kedana. Lepas tu ada beberapa keping syiling dalam poket, naik bas la pulak. Merasa la duduk atas kusyen bas sambil ada lagu-lagu speed metal dari speaker bas. Pastu ada rezeki, aku beli motor. Lancar la sket perjalanan, takyah ikut jadual bas lagi. Jimat duit, pasal tiap-tiap minggu nak ke Low Yat cari aksesori / upgrade terbaru hahahahha

Sekarang?

Well... i am what i am. Cant go back, this is me now. Take it or leave it.

Cest la vie.

Monday, March 1, 2010

Orang Zaman Sekarang Sudah Tidak Menggunakan Mesin Taip Jenama Kupu-Kupu Lagi

Sila abaikan tajuk. Yang faham akan faham.

1. Buat apa nak sibuk-sibuk tolong orang yang tak pedulikan kita?

2. Bulan Jun ni aku nak daki Kinabalu. Yang kau dengki apasal? Kau loser. Deal with it.

3. Punya la banyak yang keras, kau nak yang patah? Peduli apa aku.

4. Sila diam. Suara kau sangat annoying.

5. Aku punya suka la nak cakap apa. Ada aku kesah?