Tuesday, February 9, 2010

MLM Part 2


Aku pernah bercerita pasal MLM ni dulu. Sekali lagi aku bercerita pasal nampaknya dah ada lagi yang cuba menarik aku masuk.

Tak payah la.

Aku tak mahu buang kawan lagi. Dah la kawan-kawan aku pun tak seramai mana. Mana yang ada, aku nak simpan sebaik mungkin :D

Tapi kadang-kadang kelakar gak tengok kawan-kawan yang baru masuk MLM ni. Segala macam teknik digunakan untuk tarik perhatian. Antaranya;

1. Facebook / Twitter
Status update pastinya berbunyi macam ni; "wanna earn extra income? pm me", atau "senangnya buat XXX, hari-hari duit masuk. pm me", atau "wow, tengok duit dalam akaun bertambah banyak setiap hari! nak tau rahsia? pm saya" dan macam-macam lagi. Yang lebih poyo akan guna kata-kata nasihat kononnya menampakkan kebijaksanaan diorang. Contoh; "Tuhan takkan mengubah nasib sesuatu bangsa......". Padahal copy paste je.

2. YM / GoogleTalk
Rujuk di atas.

3. Blog
Yang ni lebih detail. dan yang wajib pastinya ada gambar self-potrait pegang duit RM50 beberapa keping lambang "kejayaan". Pasti juga ada keterangan keindahan hidup dengan limpahan wang dan kegembiraan berganda. Dan wajib diakhiri dengan no telefon/emel/facebook page untuk menambah keahlian. Kalau korang perasan takkan ada langsung cara yang detail untuk menikmati "kekayaan" dakwaan diorang tu. Semua cerita yang indah-indah je.

4. Risalah
Ini kira dah tahap terdesak nak tambah downline. Bertebaran di parking lot, kedai mamak, uptown dan notice board opis. Kesian....


Aku tak anti diorang. Cuma aku anti sangat dengan perangai cari-kawan-konon-nak-tolong-tapi-sebenarnya-nak-kembungkan-poket-sendiri yang diamalkan diorang. Dan kalau korang di approach dengan kawan yang promosi MLM ni, sila tolak dan tengoklah akibatnya. Memang diorang tak kontek lagi. Katanya kita tak nak majukan diri.

Ah, sudah lah.

4 comments:

muhamadakmalwahab said...

aku plak different case...its not kengkawan yang buat MLM ni refused to contact me, aku plak yang maleh nak kuar dengan diorang dah...asal kuar ajer mesti nak citer pasal benda alah nie...sampai naik muak and seriously, hang out dengan friends sebab nak hang out...bukan nak dapat bisnes ideas, unless that was the whole intention of the first place...kawan yang dulu fun to hang out with dah jadi tak fun sebab asyik nak citer pasal benda alah nie ajer...no offense la kan...tapi citer skali but if people doesnt appear to be interested, then put a stop at that...itu ajer...aku takder probs with orang yang wat MLM as long as they know how to separate between friends and biz...n...

Al Hadi said...

exactly! why do they always sacrifice their own friends?

Moon J said...

Ape yg ko tulis dlm ni semua betul.Tp x perlulah sebab kwn ajak terus nak putus kawan ye tak?dah tolak tu,mmglah dah tak kene approach.kang salah anggap kita nk kawan sbb nk suh mmbr join business ni gak.owh btw,bukan semua MLM ni skim cepat kaya atau goyang kaki duit masuk.ni dr pendapat seorang kwn yg pernah anti-MLM gak :)

Al Hadi said...

sila rujuk komen Akmal di atas.