Thursday, February 4, 2010

Gurau Garau

Berkawan antara lelaki dan wanita kadang-kadang agak complicated. Mungkin di suatu masa kita rasa dah selesa dengan persahabatan, dan mulut pun mula terlepas kata-kata yang tak mungkin kita cakap kalau belum betul-betul rapat. Kalau sekadar berkata sang wanita berjalan dengan gaya aneh, atau pakaiannya tak kena dengan kasut yang dipakai, itu mungkin tidak mengapa. Malah boleh dianggap sebagai nasihat/teguran untuk menampilkan imej yang lebih menarik.

Konflik akan terjadi bila keluar kata-kata yang menyinggung perasaan. Dan salah satu dari perkara yang sangat taboo bila bercakap dengan wanita ialah.... berat badan.

Sesetengah wanita sangat bertuah kerana memiliki metabolisme tinggi yang membuat mereka takkan naik berat badan. Seperti Mala, Ara dan Yaya. Yang lain, kalau nampak macam naik tu, tolonglah jaga mulut anda.

Jangan sesekali menegur penambahan berat badan wanita. Kenapa?

1. Merosak persahabatan.
Apa yang kau dapat kalau buat kawan sendiri rasa insecure? Itu kawan, bukannya musuh yang wajib dihujani dengan serangan-serangan peribadi.

2. Gang-bang.
Sudah menjadi naluri wanita untuk berkongsi perasaan sama ada gembira atau sebaliknya dengan kawan-kawan lain. Sakitkan hati kawan tu, bersedialah untuk kena kutuk beramai-ramai.

3. Maybe Forgive, Never Forget.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Sampai bila-bila pun dia akan ingat kau sebagai orang yang pernah memburukkan diri dia. Mungkin dia akan maafkan, tapi jangan harap dia akan lupa.


Tidak salah untuk bergurau. Tapi kena tahu la batasannya.

Peace.

13 comments:

muhamadakmalwahab said...

siapakah yang cakap kat kwn dia itu gimok itu???somethings are really a taboo for certain girls...as for me aku tau sapa yg antara kawan2 pompuan aku tak kisah pasal berat badan...tapi mebi dengan aku ajer ler kot...contohnya niha ler...hihihi...
and cakap pasal benda ni aku teringat ada sorang ex-gf aku ni sampai skg tak bley ampun besfren aku sejak usm sampai sekarang sebab kawan aku tergezut tengok fizikal dia...walaupun kawan aku tu tak cakap, tapi riak muka dia tu buat ex aku tu bengang sampai sekarang walaupun dah 6 tahun berlalu....denggg giler...bahaya siottt...

Al Hadi said...

2 org kawan kita berselisih faham dalam FB semalam. Ko x perasan kot.

Niha tu kau cakap apa pun mmg dia x kesah hahahha. Tapi jaga-jaga la adab berkawan kan.

marmalade said...

saya tau saya susah nak gemok. tapi sebenarnya, saya juga tidak berkenan dengan komen2 berkenaan dengan berat badan. dah lama tak jumpa, lepas tuh balik2 cakap "eh kau nih makan ke tidak?" or "apsal kau makin kurus nih?"

saya tidak suka.
tak boleh ke tanya soalan yang lebih sopan dan general macam "kau sehat? kerja ok?"

kekadang, kalau orang cakap "kenapa kau nih kurus sangat? aku rasa kau kena gemok sikit baru cantiklah.", saya rasa macam nak jawab,

"kau nak aku kata kau gemok ke?"

hehe. evil.
tapi puas hati.

on the other hand, jgnlah fokus pada wanita sahaja. saya rasa lelaki sensitip bab2 buncit nih. hahaha.

Al Hadi said...

thanks Mala, your view is very much appreciated.

tapi kan, lelaki ni jarang yang peduli kalau org kata dia buncit hahahhaa...

or maybe its just me :p

papaYA said...

Aku pernah ada room mate yang berat die 35kg je. Aku selalu cakap kat dia, ko ni kurus sangat ar. Ada sekali tu die cakap, "Aku tak suke orang selalu cakap aku kurus. Kalau boleh aku nak badan macam ko". Sejak tu, aku berjaga2 bila nak tegur orang tu kurus ke dah berisi. Tapi kekadang refleks, terkeluar jugak.

And aku juga tak suka orang cakap suami aku keding. Aku cakap takpe ;) Tak kisahla suami aku kurus (beza berat kitorg cuma 3kg >_< ), yang penting dia kuat (boleh dukung aku naik tangga bila aku sakit lutut bermusim) dan tak sakit.

Mala, If aku tercakap, minta maaf banyak2.

Hadi: Metabolisme aku semakin lemah lar sekarang. Double chin da nak jadi triple.

Phoebus Athenos said...

aku cakap kat sesapa gemok semua tak kesah. muahaha

(advantage ada molot puaka)

Al Hadi said...

dah nak jadi triple???

takpe, Wan x kesah :D

Al Hadi said...

kau Puaka, jadi kau dikecualikan

muhamadakmalwahab said...

aku tau yang pompuan tu sapa tapi aku tak tau laki mana yang cakap kat kawan kita tu...anyway...note taken...kurus ker gemok ker, jangan mention...tapi pompuan ajer ler...laki, ada aku kesah...janji ati aku senang sudah...betul tak hadi? hahahahaha

Al Hadi said...

hahahaha tepat sekali!

Ara Izat said...

aku ada cakap akmal kurus kat fb kat gambar dia. to akmal = "ko emo ngan aku tak mal bila aku cakap ko camtu?"

aku boring bila orang kata aku kurus. sebab aku tau ayat sebenarnye ialah 'asal ko ni flat depan belakang ni ara?' ahahahha.

dalam hati aku = "ala sebenarnye ko jeles. sebab belum kawen ko dah chubby, confirm lepas beranak ko gemok meletop-letop! aku tetap maintain. ahahahahah"

whateva~~

Al Hadi said...

lantak la apa org nak kata kan? janji jangan lebih-lebih.

muhamadakmalwahab said...

ara : owh aku sangat senang hati bila ada orang cakap aku kurus...hahahahah...seriously...