Thursday, February 11, 2010

Diet Dan Ketawa

Perasan tak apa hubungan antara diet dan ketawa? 2 benda ni sering bersama.

Bila seorang nak berdiet, wajib akan digelakkan dulu.

Ketika aku di kafe ofis, menunggu giliran membayar makanan, sekumpulan manusia berdiri di hadapan aku. Seorang mengambil secupak nasi dan sedikit cebisan ikan dan sayuran. Hasratnya mungkin ingin menjaga pengambilan makanan. Tekadnya mungkin ingin mengurangkan berat badan. Mahunya mungkin untuk menjaga kesihatan.

Dan dia digelakkan. Siap kena keji dan kutuk sekali.

Sedikit sebanyak aku simpati dgn nasib insan yang berniat baik tapi kena kutuk tu. Dah nasib dia dapat kawan-kawan yang langsung tak support (atau mungkin dengki) hasrat murninya.

Sesekali aku terfikir gak, kenapa susah untuk kita bagi sokongan atau galakan pada seorang kawan lain? Terlalu susah ke? Kenapa kita sentiasa mahu kawan-kawan sendiri kekal di takuk yang sama.

Ataupun dah menjadi naluri kita untuk menidakkan keinginan orang lain? Walaupun keinginan mereka tak melibatkan masa, kewangan dan tenaga kita.

Atau mungkinkah kita dengki tengok kemajuan orang lain?

9 comments:

muhamadakmalwahab said...

aku nak kecikkan saiz...jadi aku kurangkan kuantiti makanan...tapi sebab aku mempunyai opismet yang pemurah lagi concern...diorang ingat aku ada problem...tapi bila aku cakap aku nak diet diorang cam tak percaya and then suh aku makan, makan dan makan lagi cam biasa...hence, thats the reason aku susah nak diet...sekian...hehehehe

Al Hadi said...

hahahhaa... aku rasa semua org ada masalah tu :p

papaYA said...

Aku nak diet dan exercise, tapi Wan tak percaya pada concept diet, die tak bagi aku diet, MESTI MAKAN cakap dia dan die soh aku exercise je.. Makan takleh sikit2, kene banyak.. Aiseh, camne ni nak turunkan berat badan sebelum disahkan mengandung?

Al Hadi said...

Ada la hasrat Wan tu. Nak yg gebu dan aktif :p

marmalade said...

mungkin juga si yang ingin-menurun-berat-badan dah 10 juta kali cakap nak diet tapi willpower rendah dan senantiasa mengalah pada food. so rakan-rakan yang lain mungkin dah fed-up untuk bagi sokongan sebab rasa macam sia-sia so kasi reverse psychology =)

mungkin.

Al Hadi said...

Mungkin juga.

Phoebus Athenos said...

aku takyah diet sebab aku memang slim!

Al Hadi said...

aku setuju



*muntah*

Mr. Moshuchi said...

aku juga berfikiran cam wan..makan jangan tak makan, tapi kena exercise berkala/selalu..
seyuju gak ngan pendapat sis marmalade..
tapi nak muntah juga dgn pendapat athenos..hehehe...