Wednesday, February 24, 2010

Functional Dysfunctional

Presinct 9, Putrajaya.

Lepas paper Fungsional.

Yang buat aku dysfunctional.





Bowling session.

Cosmic Bowl, Midvalley Megamall.

Fariq, Mas, Ila dan Yasir.




Aku perlukan aktiviti de-stress lagi.

Saturday, February 20, 2010

Kumpulan Belajar





Belajar bersama lebih menyeronokkan.

Lebih banyak ketawa.

Lebih banyak gosip.

Lebih banyak trivia.

Lebih banyak bertukar mp3.

Wish us luck!

Wednesday, February 17, 2010

Kau Berdua

Kau berdua buat aku pening.

Kau berdua buat aku menyampah.

Kau berdua buat aku sakit.

Kau berdua buat aku menyumpah.

Kau berdua buat aku mual.

Kau berdua buat aku muntah.





Ya. Kau berdua.

Monday, February 15, 2010

Review - The Wolfman

PLOT:

Mengisahkan Lawrence Talbot yang pulang ke kampung apabila adiknya mati dibunuh oleh suatu makhluk yang dikatakan menyerang setiap bulan penuh. Usaha dilakukan untuk mengesan makhluk ini sehinggalah dia sendiri diserang dan terselamat dan akhirnya dia sendiri bertukar menjadi serigala jadian.

REVIEW:

Best.

Aksi yang pantas, pembunuhan yang sungguh brutal dan efek yang cun.

Anthony Hokins sangat creepy. Dan kemunculan khas oleh Gollum (!).

Sila tengok.

Saturday, February 13, 2010

14 Februari 2010

Selamat menyambut hari hotel penuh.

Selamat menyambut hari coklat mahal.

Selamat menyambut hari bunga habis.

Selamat menyambut hari JAIS sibuk operasi.

Selamat menyambut hari kondom laku.

Selamat menyambut hari kejadian tangkap basah.

Oh ya, Selamat Tahun Baru Cina juga.

Lembu Merah


Oh Tuhanku!

Massive eyeball orgasm!

Siapa kata Red Bull cuma minuman tenaga?

Thursday, February 11, 2010

Diet Dan Ketawa

Perasan tak apa hubungan antara diet dan ketawa? 2 benda ni sering bersama.

Bila seorang nak berdiet, wajib akan digelakkan dulu.

Ketika aku di kafe ofis, menunggu giliran membayar makanan, sekumpulan manusia berdiri di hadapan aku. Seorang mengambil secupak nasi dan sedikit cebisan ikan dan sayuran. Hasratnya mungkin ingin menjaga pengambilan makanan. Tekadnya mungkin ingin mengurangkan berat badan. Mahunya mungkin untuk menjaga kesihatan.

Dan dia digelakkan. Siap kena keji dan kutuk sekali.

Sedikit sebanyak aku simpati dgn nasib insan yang berniat baik tapi kena kutuk tu. Dah nasib dia dapat kawan-kawan yang langsung tak support (atau mungkin dengki) hasrat murninya.

Sesekali aku terfikir gak, kenapa susah untuk kita bagi sokongan atau galakan pada seorang kawan lain? Terlalu susah ke? Kenapa kita sentiasa mahu kawan-kawan sendiri kekal di takuk yang sama.

Ataupun dah menjadi naluri kita untuk menidakkan keinginan orang lain? Walaupun keinginan mereka tak melibatkan masa, kewangan dan tenaga kita.

Atau mungkinkah kita dengki tengok kemajuan orang lain?

Wednesday, February 10, 2010

Review - Universal Soldier : A New Beginning

PLOT:

Mengisahkan anak Perdana Menteri Rusia yang diculik pemberontak dan ditahan di Kompleks Nuklear Chernobyl. Kumpulan pemberontak tersebut mendapat bantuan bekas saintis program UniSol yang asal dan mencipta generasi baru UniSol yang lebih baik. Bantuan daripada pasukan UniSol lama terpaksa dipohon untuk menyelamatkan keadaan.

REVIEW:

Seperti biasa, sekuel memang takkan se-best filem asal. Dan filem ni pun tak terkecuali.

Aksi sangat best, brutal, no mercy dan awesome.

Jalan cerita berterabur, muzik tah-apa-apa, dan plot yang tipis.

Sayang, Dolph Lundgren muncul tak lama. Dan dia tak segila macam dalam filem pertama dulu.

Layan filem ni untuk aksi saja, bukan untuk jalan cerita.

Tuesday, February 9, 2010

MLM Part 2


Aku pernah bercerita pasal MLM ni dulu. Sekali lagi aku bercerita pasal nampaknya dah ada lagi yang cuba menarik aku masuk.

Tak payah la.

Aku tak mahu buang kawan lagi. Dah la kawan-kawan aku pun tak seramai mana. Mana yang ada, aku nak simpan sebaik mungkin :D

Tapi kadang-kadang kelakar gak tengok kawan-kawan yang baru masuk MLM ni. Segala macam teknik digunakan untuk tarik perhatian. Antaranya;

1. Facebook / Twitter
Status update pastinya berbunyi macam ni; "wanna earn extra income? pm me", atau "senangnya buat XXX, hari-hari duit masuk. pm me", atau "wow, tengok duit dalam akaun bertambah banyak setiap hari! nak tau rahsia? pm saya" dan macam-macam lagi. Yang lebih poyo akan guna kata-kata nasihat kononnya menampakkan kebijaksanaan diorang. Contoh; "Tuhan takkan mengubah nasib sesuatu bangsa......". Padahal copy paste je.

2. YM / GoogleTalk
Rujuk di atas.

3. Blog
Yang ni lebih detail. dan yang wajib pastinya ada gambar self-potrait pegang duit RM50 beberapa keping lambang "kejayaan". Pasti juga ada keterangan keindahan hidup dengan limpahan wang dan kegembiraan berganda. Dan wajib diakhiri dengan no telefon/emel/facebook page untuk menambah keahlian. Kalau korang perasan takkan ada langsung cara yang detail untuk menikmati "kekayaan" dakwaan diorang tu. Semua cerita yang indah-indah je.

4. Risalah
Ini kira dah tahap terdesak nak tambah downline. Bertebaran di parking lot, kedai mamak, uptown dan notice board opis. Kesian....


Aku tak anti diorang. Cuma aku anti sangat dengan perangai cari-kawan-konon-nak-tolong-tapi-sebenarnya-nak-kembungkan-poket-sendiri yang diamalkan diorang. Dan kalau korang di approach dengan kawan yang promosi MLM ni, sila tolak dan tengoklah akibatnya. Memang diorang tak kontek lagi. Katanya kita tak nak majukan diri.

Ah, sudah lah.

Sunday, February 7, 2010

Dibelai Janda Yang Baik




Janda Baik, Pahang.

Lama aku tak berendam dalam air sungai.

Mendengar kicauan burung.

Kaki diurut aliran air sejuk.

Diusap deruan angin gunung.

Segala-galanya tenang....

Thursday, February 4, 2010

Gurau Garau

Berkawan antara lelaki dan wanita kadang-kadang agak complicated. Mungkin di suatu masa kita rasa dah selesa dengan persahabatan, dan mulut pun mula terlepas kata-kata yang tak mungkin kita cakap kalau belum betul-betul rapat. Kalau sekadar berkata sang wanita berjalan dengan gaya aneh, atau pakaiannya tak kena dengan kasut yang dipakai, itu mungkin tidak mengapa. Malah boleh dianggap sebagai nasihat/teguran untuk menampilkan imej yang lebih menarik.

Konflik akan terjadi bila keluar kata-kata yang menyinggung perasaan. Dan salah satu dari perkara yang sangat taboo bila bercakap dengan wanita ialah.... berat badan.

Sesetengah wanita sangat bertuah kerana memiliki metabolisme tinggi yang membuat mereka takkan naik berat badan. Seperti Mala, Ara dan Yaya. Yang lain, kalau nampak macam naik tu, tolonglah jaga mulut anda.

Jangan sesekali menegur penambahan berat badan wanita. Kenapa?

1. Merosak persahabatan.
Apa yang kau dapat kalau buat kawan sendiri rasa insecure? Itu kawan, bukannya musuh yang wajib dihujani dengan serangan-serangan peribadi.

2. Gang-bang.
Sudah menjadi naluri wanita untuk berkongsi perasaan sama ada gembira atau sebaliknya dengan kawan-kawan lain. Sakitkan hati kawan tu, bersedialah untuk kena kutuk beramai-ramai.

3. Maybe Forgive, Never Forget.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Sampai bila-bila pun dia akan ingat kau sebagai orang yang pernah memburukkan diri dia. Mungkin dia akan maafkan, tapi jangan harap dia akan lupa.


Tidak salah untuk bergurau. Tapi kena tahu la batasannya.

Peace.

Monday, February 1, 2010

Kawanku Seekor Amfibia


Seorang kawan aku yang berniaga. Dia tua sket dari aku. Seorang yang peramah, mulut manis dan berpekerti baik. Pendek kata dia memang disenangi ramai. Lelaki dan juga chicks. Chicks yang legal, barely legal dan juga yang illegal. Semua suka kat dia. Kadang-kadang aku syak dia ni pedophile-in-training.

Dan of course, bila ramai chicks dekat, mesti ada yang sangkut. Bukan satu, bukan dua tapi sekali 4. Nice.... Kesian gak kat dia. Nak manage masa, nak uruskan kewangan, uruskan bisnes dia dan juga nak menipu semua chicks supaya tak kantoi dimasa hadapan.

Tapi antara semua chicks yang melekat kat dia, ada satu yang betul-betul membuatnya terkesima. Chick itu membuatnya tak tentu arah. Chick itu membuatnya tak lena tidur. Chick itu membuatnya tak keruan. Chick itu membuatnya tak lawas di tandas.

Tapi sesekali chick itu membuatnya rimas. Dia seakan mengongkong. Mungkinkah dia sangat gilakan kawan aku ni? Adakah dia seorang jujur? Adakah dia seorang setia? Adakah dia seorang sadistic psycho-bitch?

Dan aku selaku kawan terbaik dia, bersedia memberi solution terbaik.


"Hadi, dia ni dah buat aku rimas la. Apa aku buat semua salah. Aku nak tinggalkan dia la"

"I see. Apa ko cakap kat dia?"

"Things are not working out between us. I'm leaving you"

"Apa dia cakap pastu?"

"Dia kata dia tak paham bahasa omputeh. Aku translate je la"

"wtf?"

"Pastu dia start marah-marah aku. Marah betul dia, benci, hina, keji, ejek, ludah dan kentut. Pastu dalam 3-4 hari dia call aku, merayu-rayu. Menangis macam Nobita. Aku tetap dengan pendirian aku, dah tak tahan ngan dia. Camana aku nak buat dia tak kacau aku lagi?"

"Dia tau tak kau tu dah kahwin?"

"Er... tak"

"Bodoh."


Lantak kau la.

Sweet 16

Semua orang ada kenangan sweet 16. Kecuali kalau korang belum berumur 16 tahun. Biasanya kalau berumur 16 tahun ni, dah tentunya kita di Tingkatan 4. Tak tau la kalau ko seorang genius macam Sufiah Yusuf. Ataupun retarded macam Ralph Wiggum.

Form 4. Ada orang kata itu ialah honeymoon year. Dah lepas PMR, masih setahun untuk SPM. Tahun untuk enjoy, berseronok, dan kalau dok asrama, tahun merasa jadi senior! Bagi aku, memang honeymoon year pun. Form 4 ialah tahun yang paling menyeronokkan sepanjang persekolahan aku.

Kawan-kawan separa matang, warden yang tension, cikgu-cikgu yang tak melarang dan macam-macam lagi.

Kenangan cinta monyet? Sorry la, tak main la cinta-cinta masa sekolah. Aku ke sekolah untuk menuntut ilmu, meluas pengetahuan dan merapatkan hubungan antara kaum. *muntah*

Ya, sekolah aku semuanya lelaki. Itu pasal aku pemalu dengan wanita.

Ya, aku memang dah bermisai dan berjambang. Itu pasal aku sangat matang.

Tahun ni aku dikatakan berusia 29 tahun. Aku tak percaya. Aku masih lagi 16.

Unbelievable? Believe it.