Tuesday, January 26, 2010

PTPTN Kejam

Berbual dengan beberapa rakan yang sama-sama mengambil PTPTN dulu agak menyeronokkan.
Ada yang tiada masalah, ada yang berat hati, ada yang engkar dan ada yang dah terima akibatnya.

Pelbagai respons yang aku terima dan dengar. Tapi rata-ratanya pasati berkenaan kekejaman PTPTN. Macam-macam lah kesalahan PTPTN tu. Kalaulah PTPTN ni asalnya dari luar negara, tentu dah ada yang mengeluarkan teori konspirasi Yahudi atau taktik terbaru neo-kolonisme Amerika dan sudah pastinya akan disusuli dengan fatwa-fatwa dan terjemahan sesat.

Kalau dulu, kekejaman PTPTN bermula dengan proses permohonan. Dengan entah-berapa-helai borang dan surat sokongan dan diselangseli dengan surat tawaran / fotostat sijil / mentera / dan lain-lain, pastinya menyusahkan para pemohon. Bank pilihan PTPTN pula bank yang orang normal tak pakai. Bank Muamalat, Bank Affin dan terkini Bank Islam. Kenapa la tak gunakan Maybank?

Mereka berkata: PTPTN KEJAM!

Kemudian, menunggu kemasukan wang kali pertama. Semester pertama jangan harap nak masuk! Merungut lagi mereka. Apa nak makan? Macamana nak beli buku rujukan? Macamana nak keluar membuat tugasan luar? Segalanya susah. Segalanya perit.

Mereka berkata: PTPTN KEJAM!

Kemudian masuklah wang. Semester pertama dan kedua digabung wangnya. Maka penuhlah ATM dengan wajah-wajah ceria. Semuanya muka penuh kegembiraan. Semuanya berhati lapang. Yang bercinta semakin erat hubungannya. Yang berkawan semakin ramai kawannya. Si gadis menjerit gembira menerima hadiah dari sang jejaka. Sang lelaki berseronok melepak di restoran mamak sambil mencatur rancangan keluar malam dengan rakan-rakan. Dalam minggu itu semuanya ceria.

Kedai handset dipenuhi mereka. Kedai sport-rim juga sesak. Gedung membeli-belah juga sarat. Low Yat Plaza sempit dengan kehadiran mereka. Warung tepi jalan dipandang sepi. Kedai pakaian bundle mula bersawang.

2 minggu kemudian mereka teringat. Buku rujukan belum dibeli. Peralatan belum dipilih. Duit yang dibekalkan sudah nyawa-nyawa ikan. Mereka lapar. Kemanisan bercinta sudah kurang. Tiada lagi sesi sosial tengah malam. Mereka mencari siapa yang bertanggungjawab.

Mereka berkata: PTPTN KEJAM!

Kini PTPTN menyeksa mereka selepas bekerja. Mencebik bila dapat surat peringatan. Merungut bila dapat surat peringatan. Meraung selepas kena blacklist keluar negara.

Mereka berkata: PTPTN KEJAM!

Rancangan perkahwinan tergendala.
Rancangan percutian terbatal.
Rancangan berbulan madu terlepas.
Rancangan kereta baru dilupa.
Rancangan kehidupan tersekat.

Dan pastinya mereka akan berkata;

PTPTN KEJAM!
.

20 comments:

dian nais said...

PTPTN sangat kejam.. super kejam!

frankie said...

watak si gadis ngan sang jejaka tu watak umum je kan? tade kene mengena ngan sape2 kan cam entry ko dulu? hehehhehehe

Al Hadi said...

Dian - yaa itulah kata mereka.

Frankie - watak umum. ada sapa2 terasa ke?

Mr. Moshuchi said...

dalam isu ini aku sedang mencari di mana kedudukan aku hehehe...

frankie dah mula terasa bahangnya...

j.e.j.a.r.i. said...

hahahah frankie terasa :P

"rancangan berbulan madu terlepas" pun fakta umum saje kan? hehe

Al Hadi said...

Momo - adakah frankie takut bayang2 sendiri :p ???

Pae - ye. fakta umum

papaYA said...

Aku tak amik PTPTN, tak tau la nak kata kejam ke tak. Masa zaman Uni dulu, scholarship JPA la yang selalu dapat paling last. Tapi kalau da tau trendnya duit masuk lewat, janganlar dihabis sampai licin duit semester sebelumnya tu..

Anyway, mengikut kakak aku yang amik PTPTN, masalah diorang ni, tak update record. Kita da bayar, tapi record still tak update. Staf plak kurang mesra bila nak minta bantuan. Kita yang berhutang ni, dilayannya macam kita ni hina benar sebab meminjam.. Macam lar orang yang kat kaunter or yang angkat tepon tu yang bagi pinjaman >_<

p/s: sape yag berhutang tu, silalar bayar, nanti generasi anak2 kita yang takdapat pinjaman nanti.. :)

papaYA said...
This comment has been removed by the author.
jay jamil said...

teringat aku kat JPA. :)

j.e.j.a.r.i. said...

hadi, momo punya isu mungkin blh dikaitkan dgn "rancangan berbulan madu terlepas"

* huhu..nangiiisssssss :(

j.e.j.a.r.i. said...

hadi, momo punya isu mungkin blh dikaitkan dgn "rancangan berbulan madu terlepas"

* huhu..nangiiisssssss :(

Al Hadi said...

Yaya - sepanjang pemerhatian aku masa membayar PTPTN ni, takde masalah. rekod ok, staf masih tersenyum lagi kat aku dan segalanya lancar. tak tau lah kat orang lain situasi berlainan kut?

Jay - sapa amik JPA untung la :D

Pae - relaks la babe, masih banyak lagi pulau di Malaysia :)

marmalade said...

saya pemegang scholar jpa dan kini sedang berkhidmat untuk negara =)

leLabu said...

alhamdulillah - catatan ini membuatkan gua rasa sangat bersyukur kerana ditaja JPA.

membuatkan hati lebih berkobar2 untuk berkhidmat untuk negara.. haha

Al Hadi said...

Mala & leLabu - alhamdulillah. korang sgt beruntung.

papaYA said...

Alhamdulillah, aku juga ditaja JPA..

(nak menyibuk jugak ;)

Al Hadi said...

hahahaha tahniah wahai Yaya :p

frankie said...

aku nak migrate gi washington

Ara Izat said...

aku still kena bayar ptptn. haha.

dulu sendiri bodoh. kalau aku simpan kat asb duit lebih yg aku dpt tiap2 semester confirm dah banyak boleh bayar balik.

ish ish ish. kejam. haha

Al Hadi said...

frankie - apa kejadahnya???

Ara - ala, dulu semua mata terbeliak tengok duit banyak kan? hehehe