Thursday, January 28, 2010

Kau Faham Tak?

Sepanjang kita hidup di bumi bertuah ni, pasti banyak jenis orang yang kita jumpa. Ada yang kita suka, ada yang kita tak kisah, ada yang annoying dan ada yang kita benci.

Antara orang yang akan bercakap camni setiap kali dia bukak mulut. Dua orang dari golongan ni ialah kawan aku gak.


"aku tak rasa macam tu. filem Pulp Fiction lagi best. Kau faham tak?"

"KLCC tu banyak sangat budak-budak la. Kau faham tak?"

"Mak aku memang suka masak rendang ikan. Kitorang pun suka. Kau faham tak?"

"Nasi kandar tadi tak sedap la. Kari dia pedas sangat. Kau faham tak?"


Aku tak tau apa tragedi yang berlaku dalam hidup dia sampai dia kena pastikan setiap orang faham apa yang dia kata. Mungkin dia fikir bait-bait percakapan dia sangat kompleks dengan tatabahasa setanding Kamus Dewan Edisi Keempat. Dan 3 perkataan itu akan diulang-ulang setiap 20 saat.

Mungkin dia OCD, mungkin jugak tersampuk. Atau mungkin kurang kasih sayang.

Kau faham tak?
.

12 comments:

Phoebus Athenos said...

"KLCC tu banyak sangat budak-budak la. Kau faham tak?"

oooh oooh! yang ini aku selalu cakap!!

muhamadakmalwahab said...

erkkkk....
aku terfikir, adakah aku mempunyai signature perkataan or frasa yang aku guna setiap kali...
hurmmm

Al Hadi said...

Puaka Athenos - ye ke? tak perasan lak aku.

Akmal - ahahahha... aku rasa semua org ada at least satu.

papaYA said...

Entry ko ni kelakar ar, ko faham tak..

Al Hadi said...

so, ko faham tak?

Mr. Moshuchi said...

sebenarnya dia sendiri yg tak faham diri dia, apa yg dia nak dalam hidup dia...hahaha

Al Hadi said...

aku pun rasa camtu :p

frankie said...

hehehe

aku ada kenal sorang dato' ni. dia pon suke ckp mende sama tp dalam english..."u know what i mean?"...setiap ujung ayat sure kuar "u know what i mean?" ... hehehe

Al Hadi said...

sabau je la kan...

Ara Izat said...

babeeeeeeeeeeeeeeee.
aku rasa aku ade cakap jugak camtu. ahahahha. stupid habit.

Al Hadi said...

oleh itu sila hentikan ya :D

Al Hadi said...
This comment has been removed by the author.