Thursday, January 28, 2010

Kau Faham Tak?

Sepanjang kita hidup di bumi bertuah ni, pasti banyak jenis orang yang kita jumpa. Ada yang kita suka, ada yang kita tak kisah, ada yang annoying dan ada yang kita benci.

Antara orang yang akan bercakap camni setiap kali dia bukak mulut. Dua orang dari golongan ni ialah kawan aku gak.


"aku tak rasa macam tu. filem Pulp Fiction lagi best. Kau faham tak?"

"KLCC tu banyak sangat budak-budak la. Kau faham tak?"

"Mak aku memang suka masak rendang ikan. Kitorang pun suka. Kau faham tak?"

"Nasi kandar tadi tak sedap la. Kari dia pedas sangat. Kau faham tak?"


Aku tak tau apa tragedi yang berlaku dalam hidup dia sampai dia kena pastikan setiap orang faham apa yang dia kata. Mungkin dia fikir bait-bait percakapan dia sangat kompleks dengan tatabahasa setanding Kamus Dewan Edisi Keempat. Dan 3 perkataan itu akan diulang-ulang setiap 20 saat.

Mungkin dia OCD, mungkin jugak tersampuk. Atau mungkin kurang kasih sayang.

Kau faham tak?
.

Tuesday, January 26, 2010

PTPTN Kejam

Berbual dengan beberapa rakan yang sama-sama mengambil PTPTN dulu agak menyeronokkan.
Ada yang tiada masalah, ada yang berat hati, ada yang engkar dan ada yang dah terima akibatnya.

Pelbagai respons yang aku terima dan dengar. Tapi rata-ratanya pasati berkenaan kekejaman PTPTN. Macam-macam lah kesalahan PTPTN tu. Kalaulah PTPTN ni asalnya dari luar negara, tentu dah ada yang mengeluarkan teori konspirasi Yahudi atau taktik terbaru neo-kolonisme Amerika dan sudah pastinya akan disusuli dengan fatwa-fatwa dan terjemahan sesat.

Kalau dulu, kekejaman PTPTN bermula dengan proses permohonan. Dengan entah-berapa-helai borang dan surat sokongan dan diselangseli dengan surat tawaran / fotostat sijil / mentera / dan lain-lain, pastinya menyusahkan para pemohon. Bank pilihan PTPTN pula bank yang orang normal tak pakai. Bank Muamalat, Bank Affin dan terkini Bank Islam. Kenapa la tak gunakan Maybank?

Mereka berkata: PTPTN KEJAM!

Kemudian, menunggu kemasukan wang kali pertama. Semester pertama jangan harap nak masuk! Merungut lagi mereka. Apa nak makan? Macamana nak beli buku rujukan? Macamana nak keluar membuat tugasan luar? Segalanya susah. Segalanya perit.

Mereka berkata: PTPTN KEJAM!

Kemudian masuklah wang. Semester pertama dan kedua digabung wangnya. Maka penuhlah ATM dengan wajah-wajah ceria. Semuanya muka penuh kegembiraan. Semuanya berhati lapang. Yang bercinta semakin erat hubungannya. Yang berkawan semakin ramai kawannya. Si gadis menjerit gembira menerima hadiah dari sang jejaka. Sang lelaki berseronok melepak di restoran mamak sambil mencatur rancangan keluar malam dengan rakan-rakan. Dalam minggu itu semuanya ceria.

Kedai handset dipenuhi mereka. Kedai sport-rim juga sesak. Gedung membeli-belah juga sarat. Low Yat Plaza sempit dengan kehadiran mereka. Warung tepi jalan dipandang sepi. Kedai pakaian bundle mula bersawang.

2 minggu kemudian mereka teringat. Buku rujukan belum dibeli. Peralatan belum dipilih. Duit yang dibekalkan sudah nyawa-nyawa ikan. Mereka lapar. Kemanisan bercinta sudah kurang. Tiada lagi sesi sosial tengah malam. Mereka mencari siapa yang bertanggungjawab.

Mereka berkata: PTPTN KEJAM!

Kini PTPTN menyeksa mereka selepas bekerja. Mencebik bila dapat surat peringatan. Merungut bila dapat surat peringatan. Meraung selepas kena blacklist keluar negara.

Mereka berkata: PTPTN KEJAM!

Rancangan perkahwinan tergendala.
Rancangan percutian terbatal.
Rancangan berbulan madu terlepas.
Rancangan kereta baru dilupa.
Rancangan kehidupan tersekat.

Dan pastinya mereka akan berkata;

PTPTN KEJAM!
.

Sunday, January 24, 2010

Catatan Medan

Untuk memenuhi permintaan Akmal yang nak ke Medan masa birthday dia nanti, aku persembahkan tips-tips dan pemerhatian aku mengenai Medan, Danau Toba dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Hope you'll find it useful :D

1. Medan bukannya sebuah top tourist attraction. Lebih kepada transit stop sebelum ke tempat lain. Hanya ada 2 tempat yang biasa dikunjungi iaitu Danau Toba dan Berastagi. Danau Toba ialah sebuah tasik diatas gunung berapi yang tidak aktif lagi, manakala Berastagi adalah kawasan sawah padi diatas gunung.

2. Shopping di Medan adalah amat menyeronokkan jika kau sudah berkeluarga dan ada anak kecil dan ingin membeli selimut, toto, baju budak, pakaian Jawa, jamu dan barangan purba. Jika kau adalah seorang bujang yang ingin tempat yang happening, kau akan mati kutu di Medan.

3. Perbelanjaan di Medan akan lebih kepada transportation. Ke Danau Toba atau Berastagi akan memakan kos yang banyak dan masa yang lama. Ke Danau Toba ialah sekitar 4-5 jam. Aku tak ke Berastagi. Setakat sawahpadi, kat kampung aku bersepah.

4. Transportation kemana-mana adalah menggunakan bas, teksi, Avanza atau keretapi. Untuk keselesaan, sila naik Teksi atau Avanza. Untuk penjimatan, sila guna bas atau keretapi. Tapi menaiki keretapi akan mengambil masa 6 jam dan kemungkinan besar kau kena duduk di atas bumbung, dan bas lebih murah kerana semua tingkap tertutup dan TIADA AIR-COND selama 5 jam. Dan ramai orang merokok dalam bas.

5. Kota Medan sangat kotor. Dimana-mana penuh dengan sampah dan berbau longkang. Semua penutup longkap sudah dicuri dan sila berhati-hati semasa berjalan.

6. Tiada nightlife di Danau Toba dan Medan.


PROS:

1. Danau Toba sangat indah dan merelakskan.
2. Kos makanan dan barang-barang adalah murah.
3. Tiada masalah bahasa.

CONS:

1. Banyak penipu / pengepow / peminta sedekah.
2. Kota Medan sangat kotor dan busuk.
3. Takde apa yang seronok dilihat. Semuanya sama je.

.

Friday, January 22, 2010

Jalan Jalan Sumatera Utara - Danau Toba

17-21 Januari 2010.

Bercuti ke Medan dan Danau Toba.

2 malam di Danau Toba, 2 malam di Kota Medan.

Danau Toba memang indah.

Air bersih membiru. Suasana sejuk nyaman. Orang-orang Batak yang peramah.

Tempat yang bagus untuk berehat, lari dari kesibukan kota.

Tenangkan fikiran, relakskan minda.



Melepak di Pulau Samosir di tengah-tengah Danau Toba.

Pulau Samosir yang lebih besar dari Singapura.

Sayang sekali banyak jalan belum dibangunkan.

Orang Batak memang pencinta alam sekitar.



Melawat Kota Siallagan, tempat raja Batak dahulukala.

Melihat tempat perbicaraan, pemasungan dan hukuman.

Ingin melihat persembahan kebudayaan Batak.

Sayang sekali mereka tak reti pasang signboard.



Tak boleh stay sini lama-lama.

Aku boleh jadi gila :D

Tapi keindahan Danau Toba memang mengasyikkan.


Kan bagus kalau ada jetski?

Tuesday, January 12, 2010

Kenangan Temerloh

Sesekali terbayang keindahan Temerloh.

Family angkat yang sangat sporting dan best.

Suasana kampung yang aman.

Aktiviti yang pernah aku buat kat situ.

2 minggu memang tak lama mana, tapi cukup untuk aku hargai sampai bila-bila.

Bila aku bawak Volvo, semua dengki.

Cuba kau tengok rumah aku macam mana masa tu.

Korang rumah sempurna, gi naik bas.

Atau jalan kaki.

Atau naik teksi kalau duit berlambak.

Aku nak masak dodol dengan geng sedaerah :D

Dan dodol itu sangat nikmat bila baru masak. Dan cair.....

Terima kasih gak pada member2 yang datang menolong.

Sama-sama kita bergotong royong kan?

3 kuali dodol licin malam tu.

Hingga menjilat jari! Sumpah tak tipu :D

Dari siang kita prepare.

Ada yang cari bahan.

Ada yang buat banner.

Ada yang tolong isi air.

Dan ada yang menari tapdance.


Jasa korang memang best.

Aku takkan lupa, malah datang tolong program korang lak.

Samsi tolong menipu budak-budak sekolah.

Yang lain jadi pak pacak. Atau minah pacak.

Dan budak-budak tertipu dengan kata-kata manis Samsi.

Seribu kenangan, seribu keseronokan.

Aku rindu Temerloh.

Sunday, January 10, 2010

Review - Paranormal Activity

PLOT:

Mengisahkan Micah dan Katie yang diganggu suatu entiti aneh hampir setiap malam. Micah mengambil keputusan membeli sebuah kamera video untuk merakam bilik tidur mereka setiap malam ketika mereka tidur. Pelbagai kejadian aneh dan seram berlaku sehinggalah malam ke-21.

REVIEW:

SERAM GILA.

Serius, filem ini langsung tak macam filem seram omputeh yang lain. Taktik yang dicedok dari filem Blair Witch Project ini berjaya menimbulkan keresahan dan seram melampau dengan unsur-unsur menakutkan.

Seperti juga Blair Witch Project, yang paling menakutkan adalah apa yang kita tak nampak.

Kalau korang ada masalah tidur malam, jangan tengok filem ni. Memang akan terbayang.

Sila tengok kalau betul2 berani.

FUN FACT:

Ketika filem ini ditayangkan kepada test audience, hampir separuh penonton keluar dari panggung. Semuanya terlalu takut.

Review - The Imaginarium of Doctor Parnassus

PLOT:

Mengisahkan pengembaraan Dr Parnassus bersama kumpulannya yang bergerak ke merata tempat untuk menceritakan kisahnya disamping cuba memenuhi perjanjiannya dengan Syaitan. Cermin alam fantasi digunakan untuk memenuhi hajatnya itu. Segalanya berubah apabila bertemu dengan Tony yang berjaya menarik perhatian orangramai.

REVIEW:

Filem terakhir Heath Ledger sebelum dia mati ovedose dadah.

Jalan cerita yang simple, dan imej visual yang penuh fantasi dan mengagumkan.

Banyak adegan dan dialog lucu, visual mungkin sedikit aneh.

Tak mengecewakan, tapi tak juga best sangat. Biasa je.

FUN FACT:

Heath Ledger mati sebelum sempat filem ni siap. Wataknya bila di alam fantasi diambil alih oleh Jude Law, Colin Farrel dan Johnny Depp.

Rupanya muka diorang semua hampir sama :D