Tuesday, December 22, 2009

Review - Avatar 3D

PLOT:

Kisah di tahun 2154 mengenai seorang askar cacat bernama Jack Sully yang menyertai program Avatar di planet Pandora untuk bercampur dengan makhluk asal planet itu, Na'vi dan merisik keadaan persekitaran untuk tujuan pelombongan logam khas. Menerusi Avatar, Jack berjaya menyertai puak Na'vi dan hidup bersama sehinggalah manusia mengambil keputusan untuk memusnahkan kawasan tersebut dan melombong terus logam daripada kawasan suci puak Na'vi.

REVIEW:

Mengagumkan!

Tak sia-sia menunggu karya terbaru James Cameron setelah Titanic pada 1997. Memang sangat berbaloi apatah lagi dalam 3D!

Visual yang amat cantik, pergerakan yang lancar, lagu yang meruntun emosi!

Jalan cerita simple, tiada twist atau kejutan.

Sangat-sangat berbaloi. Dalam 3D.

2 comments:

jay jamil said...

memang best.

yg paling geli hati bila budak tujuh tahun boleh meniru gaya berdoa Na'vi yang agak unik tu (duduk dan memusing badan dalam satu bulatan). terikut-rikut plak.

Too bad avatar bukan sejenis trilogy buku. kalau tidak I am the biggest fan!

Al Hadi said...

gaya berdoa diorang tu nampak cam bomoh menurun pun ada gak hehehe