Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tinggal 2009

Hari ini 30hb Dis 2009.

Ini adalah entri terakhir aku pada tahun ni.

Selamat tinggal 2009, tahun yang banyak kenangan manis dan pahit.

2010, Aku menyambut kau di Koh Phangan, Thailand.


*via Blackberry Bold

Monday, December 28, 2009

Suatu Ahad Di Bukit Bintang





Keluar hujung minggu dengan Frankie dan Nani.

Makan tengahari di restoran Nasi Ayam Hainan (sedap!).

Nani beli Nokia baru sebagai second phone (comel!).

Fariq survey PS3 dan Xbox 360 (nice!).

Aku beli Speedlite (Jojo jgn jeles ek?).

Dan Sg Wang Plaza sungguh jem gilababi (babi!).

Saturday, December 26, 2009

Review - Sherlock Holmes

PLOT:

Mengisahkan Sherlock Holmes dan Dr John Watson bekerjasama dalam membongkar kegiatan jenayah sebuah kumpulan misteri iaitu Temple of the Four Orders yang diketuai oleh Lord Blackwood yang digembar-gemburkan sebagai hidup kembali setelah dihukum gantung. Lord Blackwood dikatakan menggunakan elemen magis dan kononnya memiliki kuasa ghaib untuk membunuh mangsanya demi mencapai cita-citanya.

REVIEW:

Best. Tapi macam lama sangat. 2 jam 8 minit sebenarnya tak lama mana. Mungkin pasal aksi dan jalan cerita macam agak repetitive.

Aksi yang mantap ala 300, dialog penuh sarkastik, teori pergerakan yang bijak, dan misteri yang menarik.

Watak Professor Moriarty, archenemy Sherlock juga muncul dalam kegelapan dan mempunyai perancangan. Aku rasa mesti ada sekuel pasni.

Dan filem ni sangat British. Apa maknanya? Sila tengok sendiri.

FUN FACT:

Drama bersiri House mengambil inspirasi dari hubungan dysfunctional Holmes dan Watson. Holmes dijadikan House, dan Watson dijadikan Wilson.

Tuesday, December 22, 2009

Seorang Lelaki Dan Sekuntum Bunga

1. Lelaki itu menaruh harapan. Dia mahu sekuntum bunga yang cantik. Dan dia tahu ada sekuntum bunga lain di dalam pasu yang sama. Dan bunga itu seolah memanggilnya. Tapi lelaki itu enggan. Dia hanya mahu bunga yang pertama. Bunga itu yang menarik perhatiannya. Bunga itu yang memikat hatinya. Bunga itu yang membuatnya mimpi basah.

2. Lelaki itu naked nekad. Datanglah berapa banyak bunga lain. Mungkin lebih wangi, lebih putih, lebih berseri, lebih segar atau lebih gebu. Hanya bunga itu sahaja yang bakal dipetik, dicium, dijaga rapi, dihargai, dan besar kemungkinan disetubuhi.

3. Namun pelbagai dugaan menimpa. Lelaki itu terfikir. Wajarkah dia terus mengejar bunga yang satu? Wajarkah dia terus memendam rasa? Wajarkah dia menghentikan hidupnya hanya untuk sesuatu yang belum pasti? Wajarkah dia kekal gersang selama-lamanya?

4. Arakian muncul sekuntum bunga lain. Dalam gembira lelaki itu menerima kehadirannya. Bunga ini membuatnya tersenyum. Bunga ini membuatnya teruja. Bunga ini membuatnya terpesona. Bunga ini membuatnya terkesima. Bunga ini membuatnya terpancut.

5. Di suatu malam tatkala hujan gerimis menghiasi langit, sebuah perjanjian termetrai. Dalam peradaban tiga pusingan batu dengan suria, sebuah janji telah terpaksi. Selafaz kata yang akan dikota. Sebaris ayat yang akan tersurat. Sang lelaki sudah ada bunganya.

(Tiada kena mengena dengan gambar diatas)

Review - Zombieland

PLOT:

Mengisahkan dunia yang dilanda wabak aneh dan menyebabkan hampir kesemua manusia bertukar menjadi zombie. Columbus yang terselamat kerana mengikut beberapa set peraturan yang diciptanya sendiri bertemu dengan Tallahassee yang bersifat gila dan hardcore. Bersama 2 aweks, mereka membunuh ratusan zombie sementara mencari tempat selamat.

REVIEW:

Best giler!!!

Filem ni berkonsep zom-com, atau zombie comedy. Bukannya serius macam Dawn of The Dead atau 28 Days Later. Sangat kelakar dan seram pada masa yang sama.

Aksi slow-mo dikejar zombie, badut berdarah di dalam jamban, dan aksi selamba membunuh zombie dengan piano adalah sangat priceless!

Dan bagi aku, filem ni adalah filem zombie kedua terbaik selepas Shaun Of The Dead.

Sila tengok untuk bergelak ketawa.

Review - Avatar 3D

PLOT:

Kisah di tahun 2154 mengenai seorang askar cacat bernama Jack Sully yang menyertai program Avatar di planet Pandora untuk bercampur dengan makhluk asal planet itu, Na'vi dan merisik keadaan persekitaran untuk tujuan pelombongan logam khas. Menerusi Avatar, Jack berjaya menyertai puak Na'vi dan hidup bersama sehinggalah manusia mengambil keputusan untuk memusnahkan kawasan tersebut dan melombong terus logam daripada kawasan suci puak Na'vi.

REVIEW:

Mengagumkan!

Tak sia-sia menunggu karya terbaru James Cameron setelah Titanic pada 1997. Memang sangat berbaloi apatah lagi dalam 3D!

Visual yang amat cantik, pergerakan yang lancar, lagu yang meruntun emosi!

Jalan cerita simple, tiada twist atau kejutan.

Sangat-sangat berbaloi. Dalam 3D.

Sunday, December 13, 2009

Bebelan Rawak

1. Kadang-kadang kita tak dapat apa yang kita nak. Hari tu aku haus setelah berjalan kaki di Bukit Bintang sambil survey Speedlite untuk Canon G10 aku. Aku pun pergi ke 7E nak beli Nescafe kegemaran aku. Dan ini yang aku dapat;

Lampu padam, pintu terkunci. Siapa kata 7E buka 24 jam?

2. Melepak bersama Shuko, Pae dan Frankie di Kg Baru sambil menikmati shisha percuma di selang seli dengan persembahan porno kucing. Shuko dan Pae tersenyum mesra sambil memberi komen bernas mereka. Frankie pula amat tekun merenung persembahan porno tersebut.

Ah! Ah! Meow! Dalam lagi! Meow!

Life is good~

Wednesday, December 9, 2009

Review - Ninja Assassin

PLOT:

Mengisahkan tentang Raizo, seorang ninja yang meninggalkan suku Ozunu dan kini diburu oleh Europol serta konspirasi yang memerangkapnya. Mendapat bantuan dari agen Europol, Raizo terpaksa berhadapan kembali dengan ancaman suku lamanya akibat dendam yang tak sudah.

REVIEW:

AWESOME!

Serius, best giler filem ni. Aksi hampir non-stop dari awal hingga akhir. Adegan permulaan saja sudah menyajikan aksi lontaran shuriken laksana hujan, permainan pedang tangkas serta anggota badan yang terputus dan darah yang memercik!

Aksi pertarungan ninja dalam gudang, ditengah jalanraya dan dalam kegelapan bilik amat hebat.

Lakonan pertama "Hai, nama saya Rain" juga tidak menghampakan walaupun agak kayu.

Sila tengok. 2 jam memang tak terasa.

Monday, December 7, 2009

New Moon






Pretty much self-explanatory, no?

Thursday, December 3, 2009

Lenggok Sang Model







Model-model kurus berjalan laksana itik patah pinggang.

Pakaian-pakaian pelik, cantik dan aneh.

Dan aku bergelak ketawa dengan photographer lain.

Tuesday, December 1, 2009

Mesin Perang

OMG!

War Machine!

War Machine!

War Machine!