Tuesday, November 24, 2009

Melayu Itu

Melayu itu,

bangsa yang tak pernah angkat tangan bila kita beri laluan.

Melayu itu,

bangsa yang tak memandang langsung bila kita tahankan pintu lif.

Melayu itu,

bangsa yang malu bertutur bahasa sendiri.

Melayu itu,

bangsa yang memakai kopiah dan membeli nombor ekor.

Melayu itu,

bangsa yang mahu kaya segera tapi tak mahu bekerja.

Melayu itu,

mendabik dada konon juara tapi menikam saudara sebangsa.

Melayu itu,

mengaku bersopan santun tapi memaki laksana babi.

Melayu itu,

Bangsa Aku.


Sekadar tindakbalas terhadap entri ini.

10 comments:

marmalade said...

hahahaha melayu di entri yang berkenaan adalah sindiran yang lembut oleh seorang sasterawan =)

karya anda ini lebih telus dan jujur.

Al Hadi said...

sindiran lembut kadangkala tidak menusuk kalbu.

bukankah lebih baik menjadi jujur?

Mr. Moshuchi said...

kedua-duanya aku setuju...
di sana melayu, yang ini juga melayu..dan aku juga melayu.

muhamadakmalwahab said...

bangsa aku juga itu...
and kawan aku yang sengal ada teori apsal la melayu tak naik naik and senantiasa terkebelakang...semua tu sebab the name itself -ME-LAYU-...itu sebab semakin layu....cuba tukar jadi MENAIK...huduh la plak bunyinya...hahahah

Al Hadi said...

Akmal - Menaik memang nama yang huduh. Aku cadangkan nama Meningkat. Amacam?

Momo - dan kita akan kekal melayu...

papaYA said...

Aku separuh Melayu ;)

Risaunye dengan bangsa Melayu yang semakin layu..

jay jamil said...

aku melayu bila taim raya mengunjungi pawagam berdekatan. lagi haru gitu!

icedcham said...

sangat setuju dgn first 2 lines.. dah bagi laluan jangan harap la nak angkat tangan.. siap buat muka sombong bangsat macam kereta kita ni tak bayar roadtax. usahkan berterima kasih bila kita tahankan pintu lif.. buat dekk aje macam kita ni kerja jaga lif.

dan tambah satu lagi.. melayu itu suka la barge in masuk lif walaupun orang kat dalam tak keluar lagi. at one instance, sorang uncle Chinese ni siap stare kat sorang pompuan Melayu yang barged in masuk lif sampai langgar dia.. aku? malu betul. rasa nak sepak je betina Melayu kurang ajar sekor ni.

~emo~

Al Hadi said...

sabar bro~ hehehe

j.e.j.a.r.i. said...

camne nk tunjuk sign GOOD kat u ni..hurmmm..bro, u nampak tak i buat sign kt u? GOOOOODDDDDDD!!!!