Wednesday, November 11, 2009

Ingin Jadi Model?

ANTM adalah sebuah rancangan yang aku tak pernah tengok. Not my cup of tea. Tapi aku tertarik dengan janji Tyra Banks nak melahirkan seorang "top model". Kononnya. Dan yang mengajar dan yang melantik diri sendiri sebagai mentor mereka adalah Tyra Banks sendiri.


Dah berapa season aku tak tau. 13 season ke? Mana top model yang dijanjikan? Sekor pun tak menjadi.

Yang aku nampak, cuma Tyra Banks yang berperangai narcissist tak habis-habis memuji diri sendiri dan mahu semua orang jadi macam diri dia. Dalam studio dan rumah dimana ANTM dijalankan, penuh dengan gambar-gambar Tyra berposing dalam segala pose yang pernah difikirkan.


Menurut Tyra, faktor paling penting untuk menjadi top model bukannya rupa, kemahiran bahasa, rambut panjang mana, ketinggian ataupun tahap kekayaan. Itu hanya mitos dan kepercayaan sesat yang selalu mengelirukan.

Faktor paling penting untuk menjadi top model ialah bakat dan keyakinan diri.

Lihatlah bakat Tyra yang besar dan keyakinan diri yang mantap.

Dan setiap minggu, akan ada juri-juri pretentious yang kononnya mahir dalam menentukan tahap kemodelan sesorang. Selalunya juri-juri ini ialah gay atau photographer tak laku atau photographer gay yang tak laku. Dan pastinya segala yang dihasilkan akan dikutuk dan dianggap sampah kalo nak dibandingkan dengan sebarang gambar Tyra Banks.

Indahnya realiti TV.......

10 comments:

marmalade said...

lebih baik tyra dari kimora lee simmons.

dan adanya model-model seperti ini, kerana adanya demand seperti yakni lelaki-lelaki yang gemar melihat mereka dalam keadaan sebegitu =) hahahahahaha. cuba kalau semua orang sukakan model yang menutup aurat, tentunya model-model seperti tyra banks tidak akan dapat carik makan. oh well, lumrah alam.

Al Hadi said...

aku tak kenal siapa itu Kimora Lee Simmons. Jadi aku akan buat entri pasal dia :p

frankie said...

sila buat entry pasal kimora lee simmons...kali ni jgn buat soft porn ek..kasi unsoft sket..haha

Al Hadi said...

gilos. kimora lee simmons sgt huduh. kansel nak buat entri pasal dia

Mr. Moshuchi said...

hehehe...macam2 la.
wanita2 dari iran, albania atau turki yg lengkap bertudung sudah cukup menggambarkan seorang model lengkap...putih, mata bitu/hijau, hidung mancung, bibir merekah, tinggilampai...setuju?

Al Hadi said...

Lain orang lain selera. Perempuan bertudung mata hijau untuk Shuko. Pompuan tinggi dgn bra harimau utk Frankie.

Setuju?

muhamadakmalwahab said...

aku tengok aja sebarang rancangan tv sebab rumah aku takdak astro....
boleh tak komen camni?
hahahaha

Al Hadi said...

boleh ajer. semua aku terima =)

jay jamil said...

asyik gambar model perempuan tak cukup kain.

takmo buat versi lelaki ker? ehehheheheheh

Al Hadi said...

boleh ajer. nanti aku buat ya :p