Sunday, November 8, 2009

Catatan Beijing Bhg. 3

Beberapa tempat yang aku lawati semasa di Beijing untuk melengkapkan perjalanan disana. Sebenarnya ada lagi tempat yang aku nak lawati, tapi apakan daya kekangan masa menghalang. Harap-harap bolehlah aku lawat satu hari nanti.

1. Tiananmen Square
Ini tempat pertama yang aku kunjungi. Bukan saja kerana ia dekat dengan hotel penginapan aku, juga kerana tarikan istimewa disini. Ia merupakan kawasan lapang buatan manusia terbesar di dunia dimana pelbagai peristiwa bersejarah berlaku disini. Yang paling popular tentu sekali demonstrasi pro-demokrasi yang berakhir dengan tembakan dan rempuhan kereta kebal tentera. Maklumat lanjut sila baca di sini.


2. Forbidden City
Tempat persemayam maharaja China purba yang menjadi larangan kepada rakyat biasa. Dikhabarkan sesiapa yang menceroboh akan dibunuh on-the-spot. Sejak tumbangnya maharaja China, tempat ini dijadikan muzium dan boleh dilawati dan diterokai. Dan tempat ini sangat besar. Mungkin sehari penuh baru boleh betul-betul teroka setiap pelusuk kota larangan ini. Perlukan 2 botol air mineral dan stamina yang mencukupi. Setiap dewan diraja masih lagi ditutup tapi pintunya terbuka untuk pelawat melihat sendiri dewan persemayam dan kediaman maharaja, menteri, pegawai dan 2000 gundik.


3. National Grand Theater / "The Egg"
Bangunan berbentuk futuristik ini dibina sempena Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini ialah pusat kebudayaan, teater, persembahan dll. Kira macam diorang punya Istana Budaya lah. Bangunan yang gila besar ini dikelilingi air. Untuk memasukinya, kena melalui laluan bawah tanah yang tak kurang hebatnya. Rekabentuk yang sangat unik ini juga membuatnya menonjol di kalangan bangunan lain di Beijing.


4. Stadium Olimpik / "Sarang Burung"
Ini juga merupakan salah satu tarikan utama Beijing yang dibina khas untuk Olimpik. Rekabentuk yang sangat gah dan unik, bersesuaian dengan amalan rakyat China yang mengamalkan sup sarang burung untuk tujuan kesihatan. Aku ke sana semasa siang dan malam. Dan pemandangan waktu malam jauh lebih menarik dan cantik.


5. Pusat Akuatik Nasional / "WaterCube"
Lokasinya bersebelahan dengan stadium Olimpik. Tentu sekali pemandangannya juga lebih memukau di waktu malam. Sayang sekali ketika aku pergi, ia hanya menyinar warna biru. Ketika Olimpik berlangsung, ia menyinar warna biru, merah, kuning dll.


6. Tembok Besar China

Tentu sekali aku berkunjung ke salah satu Benda Ajaib dunia ini. Terletak di atas gunung, terpaksa menaiki kereta kabel untuk ke pintu masuknya. Benar-benar menakjubkan, dan dipenuhi dengan pelancong. Orang asyik tanya, jalan habis tak? Untuk pengetahuan korang, dari hujung ke hujung ialah sepanjang 8851.8 km! Masa yang perlu diambil kalau nak berjalan ialah 2 tahun! Gila.


Apa yang aku perhatikan, 90% daripada pelancong yang memenuhi tempat-tempat ini ialah penduduk tempatan. Mungkin kerana ramai yang belum sampai, atau mungkin mereka suka melancong dalam negara sendiri.

Dalam list aku, ada 2 tempat lagi yang tak sempat aku lawati. Terracota Warriors dan Bangunan CCTV yang melawan graviti. Lain kali kot.

2 comments:

Mojo Jojo said...

kenapa gamabar anda sgt cantik n perfect? kenapakah 500d saya tidak begitu? saya sangat tidak berpuas hati..

Al Hadi said...

Jojo, i guna G10 je. kamera u jauh lagi advance kan. Nanti la kita lepak sama lagi ya, boleh borak panjang sket