Wednesday, November 4, 2009

Catatan Beijing Bhg. 2

Mencari makanan di Beijing tidak sesukar mana. Beijing dipenuhi ribuan Cina Muslim yang susah nak dikenalpasti kecuali jika mereka memakai kopiah atau tudung. Masjid juga banyak disini, tapi kena tengok betul-betul. Polisi kerajaan mereka tidak membenarkan bangunan dibina mengikut senibina negara luar. Jadi semua masjid disini mengikut senibina tradisional Cina. Sekali pandang macam tokong. Cuma ada bulan sabit kecil tanda itu sebuah masjid.

Menu di restoran Muslim hampir sama, tapi ada juga yang menyediakan juadah ekstra untuk menarik pelanggan. Dapat juga aku merasa itik Peking yang popular di Beijing. Selain itu, steambot, cendawan garing, sate kambing gurun, dan bunga teratai juga menjadi sajian. Rasanya?

LAZAT!

Nasib baiklah tekak aku tidak cerewet bab makan. Lagipun pada aku, bila keluar negara, inilah masanya nak rasa makanan asli diorang. Asyik makan benda yang sama bosan jugak kan.

Budaya mereka tak makan nasi banyak, lebih kepada meratah lauk. semangkuk kecil nasi akan dimakan bersama 5-6 jenis lauk yang pelbagai rupa dan rasa. Seeloknya dimakan ketika perut kosong dan lapar gila. Gerenti habis!

Pendek kata, di Beijing tiada masalah nak makan. Nak cari restoran Muslim juga tak susah. Kesemuanya akan menggunakan papan tanda hijau dan mempamerkan tulisan jawi di pintu masuk kedai. Cuma kalau lokasi tak strategik, kena berjalan sikit la.

4 comments:

jay jamil said...

best tak sate kambing gurun?
katanya mujarab!

Al Hadi said...

uuhh.. sgt sedap! bab mujarab tu tak pasti la plak

muhamadakmalwahab said...

wahhhhh...
makan best kat beijing?
harus jalan jalan cari makan di beijing ini...

Al Hadi said...

yesss, makan mmg best kat sana. dan murah. kalo kau pergi mesti perut buncit lagi hahahahha