Tuesday, November 3, 2009

Catatan Beijing Bhg. 1


Alkisahnya aku ditawarkan mengikuti sebuah persidangan antarabangsa berkenaan bencana di Beijing, China dari 28 - 30 Oktober lepas. Dengan penuh seronok dan excited aku menerima dan menyiapkan segala persiapan yang perlu. Ye lah, kali pertama aku keluar dari Asia Tenggara. Tentulah seronok gila.

Setelah menempuh beberapa kesusahan dan halangan (yang aku malas nak cerita), akhirnya aku berjaya juga menjejak kaki ke negara Komunis itu. Sengaja aku amik flight sehari sebelum dan sehari selepas persidangan untuk aku spend masa jalan-jalan kat sana. Lepas ni tak tau lagi bila dapat pergi.

Beberapa tips yang aku dapat sebelum berlepas berkenaan dengan keadaan dan pantang larang disana. Ada yang terbukti, ada yang berlainan. Pemeriksaan kastam dan imigresen China dilaporkan sebagai huru-hara, sesak dan kelam-kabut. Namun ketika aku disana aku dapati segalanya tersusun dan lancar. Mungkin nasib aku baik.

Airport Beijing tidak secantik mana, tahap biasa je. Dari segi sistem pengendalian pula, KLIA jauh lebih maju. Orang China juga 99% tidak tahu berbahasa Inggeris, jadi lupakan saja jika mahu berbahasa itu. Hanya kastam dan pihak hotel saja yang boleh berbahasa Inggeris yang pelat Mandarin. Nasib baik aku boleh bercakap beberapa frasa dalam Mandarin, jadi sedikit sebanyak membantu dalam komunikasi seharian. Kalau korang ada peluang ke sana, aku nasihatkan belilah buku frasa-frasa Mandarin untuk pelancong. Ia sangat membantu.


95% papan tanda jalan di Beijing adalah dalam tulisan Cina. Yang berbahasa Inggeris hanya menunjukkan nama jalan dan tempat-tempat tumpuan pelancong. Pemandu teksi juga langsung tak faham, jadi gunakanlah peta bertulis Cina atau minta pihak hotel tuliskan untuk pemandu teksi.


Apa yang aku perhatikan, jalanraya di Beijing sangat lebar dan lurus. Tiada bengkang-bengkok. Highway mereka selebar 7 lane! Yang paling menakjubkan, mereka tidak pernah memandu melebihi 100km/j walaupun jalanraya kosong. Kalau di Malaysia, pasti dah penuh dengan mayat mat rempit.


Walaupun begitu, keadaan trafik disana sangat horror. Akan ada pejalan kaki, basikal, kereta, bas dan lori pencuci jalan pada satu-satu masa. Dan aku sangat tak paham sistem lampu isyarat mereka yang macam tak dipedulikan. Dan juga tiada polis trafik disana. Asalkan tiada siapa yang dilanggar, semua berjalan seperti biasa.

Bersambung...

9 comments:

muhamadakmalwahab said...

nice....aku take note take note sudah...

Al Hadi said...

silakan, kita berkongsi maklumat

marmalade said...

saya dengar cite ke"horror"an anda untuk ke sana. kesian! dan memang tak patut.

china adalah negara di bawah "jagaan" saya. mungkin untuk ke sana, saya lebih senang kerana sudah menjalinkan beberapa contact persons. makanan halal senang tak? maybe not in beijing kan?

eh din is going to china too end of this month, i kasi your number kat dia ok. dia nak mintak tips. hihi.

Al Hadi said...

makanan halal tak susah dicarikat beijing. sana ramai muslim dan restoran muslim juga banyak.

boleh je, tak salah kongsi tips :P

Ara Izat said...

aku tak sampai beijing lagi. shopping best tak? hehe

Al Hadi said...

shopping OK, tapi kena pandai tawar pasal kat sana terlalu banyak barang imitation. tekan sehabis mungkin.

papaYA said...

Weh, 28-30Nov belum lepas lagi lar :p

Al Hadi said...

TQ yaya, dah dibetulkan :D

muhamadakmalwahab said...

airasia ada tiket murah untuk destinasi tahun depan from june 2010 sehingga 31 october 2010...
agak agak dalam final weeks of october tu dah ada salju tak? aku tak kira aku nak gi main salji kat china....huahauhau

hadi : JOM?