Tuesday, November 24, 2009

Melayu Itu

Melayu itu,

bangsa yang tak pernah angkat tangan bila kita beri laluan.

Melayu itu,

bangsa yang tak memandang langsung bila kita tahankan pintu lif.

Melayu itu,

bangsa yang malu bertutur bahasa sendiri.

Melayu itu,

bangsa yang memakai kopiah dan membeli nombor ekor.

Melayu itu,

bangsa yang mahu kaya segera tapi tak mahu bekerja.

Melayu itu,

mendabik dada konon juara tapi menikam saudara sebangsa.

Melayu itu,

mengaku bersopan santun tapi memaki laksana babi.

Melayu itu,

Bangsa Aku.


Sekadar tindakbalas terhadap entri ini.

Suatu Senja Di Bangsar

Tarikh:
24 Nov 2009
Masa:
7.00 malam
Tempat:
Old Town Kopitiam, Bangsar South
Ahli:
Fariq the Pervert
Yasir the Porn Director
Mas the Actress
Hadi the Shy Guy


Aku sangat pemalu sampai tak mahu bergambar.
Nanti aku blushing tau.
Percayalah...

Monday, November 23, 2009

Review - Jennifer's Body

PLOT:

Kisah seorang gadis bernama Jennifer yang dirasuk syaitan dan mula membunuh pelajar lelaki di sekolahnya. Kawan baiknya, Needy mula mengesyaki sesuatu apabila semakin ramai yang mati dan mula membongkar rahsia sebenar disebalik pembunuhan kejam yang berlaku.

REVIEW:

Not bad.

Tidak mengecewakan aku, malah cerita ni boleh layan gak walaupun 30 minit pertama agak perlahan. Filem ni straight-to-the -point, dengan sedikit flashback.

Special effect juga menarik dan tak nampak macam kartun. Sebenarnya tak banyak sangat pun special efffect, jalan cerita filem ni dah cukup ok untuk layan.

Tarikan utama filem ni pastilah Megan Fox yg hot. Dan dalam filem ni dia bukan sekadar hot, tapi juga flirty, bitchy dan slutty! Dan juga ada girl-on-girl action! Pervert seperti Fariq pasti akan suka.

Anyway, toksah buang masa tengok filem ni kat wayang. Habis kena cantas dengan FINAS.

Terima kasih lanun.

Review - 2012

PLOT:

Seorang saintis India menemui kesan-kesan pemanasan bumi di tahap ekstreme pada tahun 2009 dan pemimpin dunia mula bersiap-sedia untuk menghadapi bencana besar dalam senyap-senyap. Pada tahun 2012, pergerakan plat bumi mula terjadi dan menyebabkan tsunami gergasi, gempa bumi, dan pelbagai lagi yang menjurus kepada kemusnahan bumi. Turut dimuatkan ialah kisah seorang penulis gagal dan keluarga beliau.

REVIEW:

Sekali lagi pengarah Roland Emmerich memusnahkan bumi. Kali ini menggunakan mitos tahun 2012 sebagai plot utama dan diselang-selikan dengan kisah keluarga dan mesej keamanan yang tak bermakna.

Serius, tak sapa peduli pun kalau orang mati dalam filem ni. Nak tengok kemusnahan alam je. Sikit-sebanyak filem ni mcm Transformers 2. Tontonlah untuk special effect, bukan jalan cerita.

Tapi cerita ni OK la. Tak sebodoh Transformers 2.

Sunday, November 15, 2009

Kisah 2 Manusia Dan Seorang Third Wheel





Sidang Blogger hanya bertiga.

Tanpa Frankie dan Pa'e yang dipaksa bekerja dihujung minggu.

Nasi kandar Mahbub, kopi Chawan, CD Michael Buble dan pencarian kasut.

Dan kini Shuko dikenali sebagai Shakur.

Wednesday, November 11, 2009

Ingin Jadi Model?

ANTM adalah sebuah rancangan yang aku tak pernah tengok. Not my cup of tea. Tapi aku tertarik dengan janji Tyra Banks nak melahirkan seorang "top model". Kononnya. Dan yang mengajar dan yang melantik diri sendiri sebagai mentor mereka adalah Tyra Banks sendiri.


Dah berapa season aku tak tau. 13 season ke? Mana top model yang dijanjikan? Sekor pun tak menjadi.

Yang aku nampak, cuma Tyra Banks yang berperangai narcissist tak habis-habis memuji diri sendiri dan mahu semua orang jadi macam diri dia. Dalam studio dan rumah dimana ANTM dijalankan, penuh dengan gambar-gambar Tyra berposing dalam segala pose yang pernah difikirkan.


Menurut Tyra, faktor paling penting untuk menjadi top model bukannya rupa, kemahiran bahasa, rambut panjang mana, ketinggian ataupun tahap kekayaan. Itu hanya mitos dan kepercayaan sesat yang selalu mengelirukan.

Faktor paling penting untuk menjadi top model ialah bakat dan keyakinan diri.

Lihatlah bakat Tyra yang besar dan keyakinan diri yang mantap.

Dan setiap minggu, akan ada juri-juri pretentious yang kononnya mahir dalam menentukan tahap kemodelan sesorang. Selalunya juri-juri ini ialah gay atau photographer tak laku atau photographer gay yang tak laku. Dan pastinya segala yang dihasilkan akan dikutuk dan dianggap sampah kalo nak dibandingkan dengan sebarang gambar Tyra Banks.

Indahnya realiti TV.......

Tuesday, November 10, 2009

Aku Malas

Aku dah malas nak menulis.

Mungkin aku akan senyap je untuk beberapa lama.

Selepas ni, blog ini akan bertukar menjadi blog porno.

Ada sebarang sokongan atau bantahan?


Sunday, November 8, 2009

Catatan Beijing Bhg. 3

Beberapa tempat yang aku lawati semasa di Beijing untuk melengkapkan perjalanan disana. Sebenarnya ada lagi tempat yang aku nak lawati, tapi apakan daya kekangan masa menghalang. Harap-harap bolehlah aku lawat satu hari nanti.

1. Tiananmen Square
Ini tempat pertama yang aku kunjungi. Bukan saja kerana ia dekat dengan hotel penginapan aku, juga kerana tarikan istimewa disini. Ia merupakan kawasan lapang buatan manusia terbesar di dunia dimana pelbagai peristiwa bersejarah berlaku disini. Yang paling popular tentu sekali demonstrasi pro-demokrasi yang berakhir dengan tembakan dan rempuhan kereta kebal tentera. Maklumat lanjut sila baca di sini.


2. Forbidden City
Tempat persemayam maharaja China purba yang menjadi larangan kepada rakyat biasa. Dikhabarkan sesiapa yang menceroboh akan dibunuh on-the-spot. Sejak tumbangnya maharaja China, tempat ini dijadikan muzium dan boleh dilawati dan diterokai. Dan tempat ini sangat besar. Mungkin sehari penuh baru boleh betul-betul teroka setiap pelusuk kota larangan ini. Perlukan 2 botol air mineral dan stamina yang mencukupi. Setiap dewan diraja masih lagi ditutup tapi pintunya terbuka untuk pelawat melihat sendiri dewan persemayam dan kediaman maharaja, menteri, pegawai dan 2000 gundik.


3. National Grand Theater / "The Egg"
Bangunan berbentuk futuristik ini dibina sempena Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini ialah pusat kebudayaan, teater, persembahan dll. Kira macam diorang punya Istana Budaya lah. Bangunan yang gila besar ini dikelilingi air. Untuk memasukinya, kena melalui laluan bawah tanah yang tak kurang hebatnya. Rekabentuk yang sangat unik ini juga membuatnya menonjol di kalangan bangunan lain di Beijing.


4. Stadium Olimpik / "Sarang Burung"
Ini juga merupakan salah satu tarikan utama Beijing yang dibina khas untuk Olimpik. Rekabentuk yang sangat gah dan unik, bersesuaian dengan amalan rakyat China yang mengamalkan sup sarang burung untuk tujuan kesihatan. Aku ke sana semasa siang dan malam. Dan pemandangan waktu malam jauh lebih menarik dan cantik.


5. Pusat Akuatik Nasional / "WaterCube"
Lokasinya bersebelahan dengan stadium Olimpik. Tentu sekali pemandangannya juga lebih memukau di waktu malam. Sayang sekali ketika aku pergi, ia hanya menyinar warna biru. Ketika Olimpik berlangsung, ia menyinar warna biru, merah, kuning dll.


6. Tembok Besar China

Tentu sekali aku berkunjung ke salah satu Benda Ajaib dunia ini. Terletak di atas gunung, terpaksa menaiki kereta kabel untuk ke pintu masuknya. Benar-benar menakjubkan, dan dipenuhi dengan pelancong. Orang asyik tanya, jalan habis tak? Untuk pengetahuan korang, dari hujung ke hujung ialah sepanjang 8851.8 km! Masa yang perlu diambil kalau nak berjalan ialah 2 tahun! Gila.


Apa yang aku perhatikan, 90% daripada pelancong yang memenuhi tempat-tempat ini ialah penduduk tempatan. Mungkin kerana ramai yang belum sampai, atau mungkin mereka suka melancong dalam negara sendiri.

Dalam list aku, ada 2 tempat lagi yang tak sempat aku lawati. Terracota Warriors dan Bangunan CCTV yang melawan graviti. Lain kali kot.

Wednesday, November 4, 2009

Catatan Beijing Bhg. 2

Mencari makanan di Beijing tidak sesukar mana. Beijing dipenuhi ribuan Cina Muslim yang susah nak dikenalpasti kecuali jika mereka memakai kopiah atau tudung. Masjid juga banyak disini, tapi kena tengok betul-betul. Polisi kerajaan mereka tidak membenarkan bangunan dibina mengikut senibina negara luar. Jadi semua masjid disini mengikut senibina tradisional Cina. Sekali pandang macam tokong. Cuma ada bulan sabit kecil tanda itu sebuah masjid.

Menu di restoran Muslim hampir sama, tapi ada juga yang menyediakan juadah ekstra untuk menarik pelanggan. Dapat juga aku merasa itik Peking yang popular di Beijing. Selain itu, steambot, cendawan garing, sate kambing gurun, dan bunga teratai juga menjadi sajian. Rasanya?

LAZAT!

Nasib baiklah tekak aku tidak cerewet bab makan. Lagipun pada aku, bila keluar negara, inilah masanya nak rasa makanan asli diorang. Asyik makan benda yang sama bosan jugak kan.

Budaya mereka tak makan nasi banyak, lebih kepada meratah lauk. semangkuk kecil nasi akan dimakan bersama 5-6 jenis lauk yang pelbagai rupa dan rasa. Seeloknya dimakan ketika perut kosong dan lapar gila. Gerenti habis!

Pendek kata, di Beijing tiada masalah nak makan. Nak cari restoran Muslim juga tak susah. Kesemuanya akan menggunakan papan tanda hijau dan mempamerkan tulisan jawi di pintu masuk kedai. Cuma kalau lokasi tak strategik, kena berjalan sikit la.

Tuesday, November 3, 2009

Catatan Beijing Bhg. 1


Alkisahnya aku ditawarkan mengikuti sebuah persidangan antarabangsa berkenaan bencana di Beijing, China dari 28 - 30 Oktober lepas. Dengan penuh seronok dan excited aku menerima dan menyiapkan segala persiapan yang perlu. Ye lah, kali pertama aku keluar dari Asia Tenggara. Tentulah seronok gila.

Setelah menempuh beberapa kesusahan dan halangan (yang aku malas nak cerita), akhirnya aku berjaya juga menjejak kaki ke negara Komunis itu. Sengaja aku amik flight sehari sebelum dan sehari selepas persidangan untuk aku spend masa jalan-jalan kat sana. Lepas ni tak tau lagi bila dapat pergi.

Beberapa tips yang aku dapat sebelum berlepas berkenaan dengan keadaan dan pantang larang disana. Ada yang terbukti, ada yang berlainan. Pemeriksaan kastam dan imigresen China dilaporkan sebagai huru-hara, sesak dan kelam-kabut. Namun ketika aku disana aku dapati segalanya tersusun dan lancar. Mungkin nasib aku baik.

Airport Beijing tidak secantik mana, tahap biasa je. Dari segi sistem pengendalian pula, KLIA jauh lebih maju. Orang China juga 99% tidak tahu berbahasa Inggeris, jadi lupakan saja jika mahu berbahasa itu. Hanya kastam dan pihak hotel saja yang boleh berbahasa Inggeris yang pelat Mandarin. Nasib baik aku boleh bercakap beberapa frasa dalam Mandarin, jadi sedikit sebanyak membantu dalam komunikasi seharian. Kalau korang ada peluang ke sana, aku nasihatkan belilah buku frasa-frasa Mandarin untuk pelancong. Ia sangat membantu.


95% papan tanda jalan di Beijing adalah dalam tulisan Cina. Yang berbahasa Inggeris hanya menunjukkan nama jalan dan tempat-tempat tumpuan pelancong. Pemandu teksi juga langsung tak faham, jadi gunakanlah peta bertulis Cina atau minta pihak hotel tuliskan untuk pemandu teksi.


Apa yang aku perhatikan, jalanraya di Beijing sangat lebar dan lurus. Tiada bengkang-bengkok. Highway mereka selebar 7 lane! Yang paling menakjubkan, mereka tidak pernah memandu melebihi 100km/j walaupun jalanraya kosong. Kalau di Malaysia, pasti dah penuh dengan mayat mat rempit.


Walaupun begitu, keadaan trafik disana sangat horror. Akan ada pejalan kaki, basikal, kereta, bas dan lori pencuci jalan pada satu-satu masa. Dan aku sangat tak paham sistem lampu isyarat mereka yang macam tak dipedulikan. Dan juga tiada polis trafik disana. Asalkan tiada siapa yang dilanggar, semua berjalan seperti biasa.

Bersambung...

Review - Ninja

PLOT:

Mengisahkan seorang yang dibesarkan dalam perguruan ninja terpaksa mempertahankan harta warisan ninja purba yang dikehendaki oleh seorang ninja lain yang telah disingkir. Harta tersebut cuba disorok tetapi akhirnya berjaya dijejaki selain menyelit unsur pertikaian bidaan projek gas.


REVIEW:

Filem ni boleh dikategorikan sebagai action-porn, iaitu penuh dengan pelbagai aksi pertarungan yang best tanpa plot yang kukuh.

Dibintangi oleh entah mana-mana orang tah, filem ni tak mengecewakan. Jalan cerita yang simple, aksi pertarungan yang hebat dan sedikit sebanyak adegan tak masuk akal.

Best.

Monday, November 2, 2009

Review - This Is It

PLOT:

Filem ini merupakan sebuah dokumentari yang dihasilakan dari beberapa rakaman ketika Michael Jackson sedang mengadakan latihan dan persiapan untuk siri konsert beliau yang terakhir. Pelbagai pendapat, temuramah spontan dan aksi-aksi Michael melakukan latihan dan persiapan dapat dilihat sebelum kematian mengejutnya.

REVIEW:

Sangat menyentuh hati dan pada masa yang sama turut membuatkan aku kagum dengan ketelitian dan kehebatan Raja Pop ini.

Dalam filem ini juga ada dipaparkan pelbagai video baru, props, gimik, pyrotechnic, dan pelbagai lagi yang dirancang untuk konsertnya. Dari proses pemilihan penari, penataan muzik, pencahayaan, gerak tari dan pelbagai lagi menunjukkan betapa hebatnya kualiti persembahan MJ.

Sila tengok kalo korang minat MJ.