Wednesday, October 14, 2009

Review - Papadom

PLOT:

Mengisahkan Saadom seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi, walaupun tanpa pengetahuan Mia.

REVIEW:

Antara karya terbaik Afdlin Shauki. Jauh lebih baik dari Sumolah yang maha bosan. Walau ada adegan meleret, tapi at least aku tak rasa nak mencarut.

Watak Munira bini Dom yang muncul sebagai jelmaan dengan pelbagai kostum juga sangat best. Tak tau pulak aku dia ni boleh tahan gak lawak gila.

Selain itu lakonan Farid Kamil, Que Haidar, Harun Salim Bachik juga sangat membantu dalam menonjolkan kemerapuan karakter masing-masing.

Watak Shasha lakonan Scha pula nampak sangat dibuat-buat untuk menimbulkan rasa menyampah. Sori la Scha, kau memang hot tapi kena belajar berlakon lagi.

Liyana Jasmay sebagai Miasara juga tak mengecewakan. Memang berbaloi dia menang Pelakon Wanita Terbaik masa FFM-22.

Tapi macamana pun, Chelsia Ng yang memegang watak Yvonne jugak paling hot. Arrr!

Bole layan la citer ni.

4 comments:

muhamadakmalwahab said...

semalam ina ajak aku tengok tapi aku letih skit...lepas baca review ko memang aku rasa nak gi tengok lah...

p.s : aku agree scha memang kena amik kelas berlakon walaupun dia memang HOT...

Al Hadi said...

pergi la tengok, sure ko gelak tengok jelmaan bini Dom tu. Dan Scha mmg hot.

jay jamil said...

anak aku dah bising bising ajak tengok. deym, aku plak tader masa.

Al Hadi said...

steady Min, bole gi masa weekend. takpun malam ni je