Tuesday, October 20, 2009

Sejuk Di Atas Maxwell






Aktiviti hujung minggu.

Naik 4x4 mendaki Bukit Larut.

Ahhh..... sejuknya.

Wednesday, October 14, 2009

Review - Papadom

PLOT:

Mengisahkan Saadom seorang pengusaha kedai makan yang terlalu kuat bekerja sehingga berjaya mengejar impian hidupnya, namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara. Situasi ini berubah apabila Saadom kehilangan isteri kesayangannya yang mati dalam satu kemalangan. Sebelum itu, Munirah sempat berpesan agar suaminya akan sentiasa menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ke mana saja anaknya berada dia sentiasa berada di sisi, walaupun tanpa pengetahuan Mia.

REVIEW:

Antara karya terbaik Afdlin Shauki. Jauh lebih baik dari Sumolah yang maha bosan. Walau ada adegan meleret, tapi at least aku tak rasa nak mencarut.

Watak Munira bini Dom yang muncul sebagai jelmaan dengan pelbagai kostum juga sangat best. Tak tau pulak aku dia ni boleh tahan gak lawak gila.

Selain itu lakonan Farid Kamil, Que Haidar, Harun Salim Bachik juga sangat membantu dalam menonjolkan kemerapuan karakter masing-masing.

Watak Shasha lakonan Scha pula nampak sangat dibuat-buat untuk menimbulkan rasa menyampah. Sori la Scha, kau memang hot tapi kena belajar berlakon lagi.

Liyana Jasmay sebagai Miasara juga tak mengecewakan. Memang berbaloi dia menang Pelakon Wanita Terbaik masa FFM-22.

Tapi macamana pun, Chelsia Ng yang memegang watak Yvonne jugak paling hot. Arrr!

Bole layan la citer ni.

Review - Surrogates

PLOT:

Filem ni mengisahkan tentang robot-robot berupa manusia yang dicipta untuk membantu orang cacat fizikal dengan menggunakan robot kawalan minda untuk menggantikan mereka dalam kehidupan seharian. Lama-kelamaan, program yang dikenali sebagai Surrogates ini turut digunakan oleh hampir semua orang dalam kehidupan mereka. Majoriti mereka yang sudah tua dan berpenyakit menggunakan Surrogate masing-masing. Konflik muncul apabila 2 Surrogate dimusnahkan dan sekaligus membunuh individu asal.

REVIEW:

Filem ini antara filem sains fiksyen yang aku suka. Ia mempersoalkan tentang tahap kemanusiaan dan kebergantungan manusia moden terhadap objek buatan dan palsu.

Sejauh mana kita akan bergantung kepada mesin. Sejauh mana i akan mengubah cara hidup kita secara sosial dan perhubungan antara manusia. Sejauh mana ia akan mempengaruhi obsesi manusia terhadap rupa dan keremajaan.

Special effect dan aksi memang best. Jalan cerita agak lambat pada 20 minit pertama. Plot twist di akhir cerita juga sangat membantu.

Sila tonton kalo berminat.

Monday, October 5, 2009

Thunderbirds Mengaum Membelah Langit

Sabtu lepas aku bersama Kathleen ke pangkalan TUDM Subang. Bukan nak apply jadi pilot. Aku rabun, mana layak hahahaha.

Aku kesana nak menonton persembahan Sukhoi dan pasukan Thunderbirds dari Tentera Udara Amerika (USAF). Mereka mungkin tak sepopular pasukan Red Arrows dari Tentera Udara British, tapi persembahan mereka memang hebat dan mengagumkan. Ini merupakan airshow pertama yang aku hadiri. Insya-Allah, aku akan pergi lagi airshow yang lain.

Menggunakan pesawat tempur F-16, pelbagai formasi dipamerkan dan juga ketangkasan mereka melakukan beberapa stunt yang berbahaya. Antara yang dipamerkan termasuklah formasi tradisi Diamond, Opposing Solos, Overhead Sneak Pass dan juga Full Afterburn.

Bunyi toksah cerita la, macam nak meletup gendang telinga aku. Afterburn dari jet juga gila punya panas. Nasib baik aku pakai topi.

Tapi agak sayang kerana hari tu cuaca mendung dan agak gelap. Gambar-gambar yang aku tangkap banyak yang under-exposed dan tak seterang yang aku harapkan.

Tapi secara keseluruhan, aku sangat puas hati!






Rasa macam nak pergi LIMA pulak.