Sunday, September 20, 2009

Tips Berjimat Di Hari Raya

Banyak tips yang biasa kita dapat adalah tentang macamana nak berjimat dan kurangkan belanja semasa bulan puasa dan membeli barangan Hari Raya. Tapi aku nak berkongsi sket tips berjimat semasa Hari Raya.

Sukacita dimaklumkan juga, aku bukan seorang yang kedekut. Aku hanya seorang pekerja yang x dapat bonus :(


1. Jalan-Jalan Raya
Semua yang berkereta pasti memandu balik kereta, jadi apabila di kampung atau mana jua destinasi anda, sila pow duit mereka yg nak sgt naik kereta anda. Tapi jangan pulak pow duit budak2, warga emas dan mak bapak anda. Hadkan kepada kawan-kawan/sepupu rapat/ adik beradik yg dah bekerja.

2. Reunion di Restoran
Bila balik kampung, dah tentu akan jumpa balik kawan sekampung, member2 sekolah dulu dan teman membesar yang masing2 dah pun bekerja malah dah beranak pinak. Dalam ramai2 tu pasti ada yang ajak lepak Old Town Kopitiam, kedai mamak etc. Yang indahnya, bulan Syawal ni memberi semua org semangat menderma dan membelanja member lama. Jadi gunakan kesempatan ini untuk dibelanja dan diraikan oleh kawan2 lama. Tapi sesekali anda mesti belanja juga untuk mengelakkan diri anda dari dipulau dan dikeji.

3. Budak-budak Pengepow Duit
Bila dah berkumpul ramai2, pasti budak2 pun ramai. Dalam suasana Raya, of course mereka memandang org dewasa dgn mata bercop RM. Jadi elakkan bermanja terlalu banyak dengan mereka. Kalo mak bapak diorang nak borak2, masukkan topik ketiadaan bonus atau kesempitan hidup sebagai bahan bual yang panjang. Kita bukan kedekut, cuma x mampu :P

4. Mercun / Bunga Api
Sediakan statistik keputusan jari dan kehilangan anggota badan untuk counter segala permintaan membelikan mercun dan bunga api. Beri contoh yang paling ngeri yang boleh anda jumpa.


Sekian dahulu entri ini. Salam Aidilfitri!

No comments: