Tuesday, September 15, 2009

Review - Gamer

PLOT:

Mengisahkan perjalanan dan perjuangan seorang banduan bernama Kable (lakonan Gerard Butler) yang terpaksa mempertaruhkan nyawa untuk melepasi sebuah "permainan" yang amat ganas dan kejam. Dia dan pasukannya dikawal seperti sebuah video game menggunakan teknologi nano-sel yang membolehkan segala pergerakannya digerakkan sesuka hati. Apabila Kable berjaya melarikan diri dari "permainan" itu, beliau memburu mereka yang menganiayanya.

REVIEW:

OK la filem ni. Penuh dengan segala macam letupan dan aksi yang amat ganas dan kejam sampai agak banyak babak kena potong dengan FINAS. Sungguh hampeh.

Jalan cerita agak kabur dan disusun berterabur. Kalo sapa yang tak sabar memang akan give-up nak fahamkan cerita ni. Kalo dah give-up, enjoy je la segala letupan tu.

Aksi Gerard Butler memang baik, tapi setiap kali tengok muka dia aku akan teringat dia menjerit "This, is, Spartaaaaaaa........" :P

Oh ya, mungkin sekarang cara permainan game yang interaktif dan motion-sensitive dalam filem ni nampak macam tak logik, tapi hakikatnya dah wujud dah pun. Microsoft melalui konsol Xbox 360 dah memperkenalkan konsep ni kat Project Natal. Sila lihat video ini.

No comments: