Monday, September 7, 2009

Review - The Final Destination

PLOT:

Mengisahkan tentang 4 sahabat dan beberapa yang lain terselamat daripada kemalangan ngeri di sebuah litar lumba dan kemudian cuba untuk menyelamatkan diri daripada diburu kematian. Walaubagaimanapun, tiada yang dapat mengelakkan diri apabila setiap satu dari mereka mati dengan pelbagai cara.

REVIEW:

Aku suka filem ni. Secara jujur, ia tak banyak beza dengan filem-filem Final Destination sebelumnya. Akan ada seorang yang mendapat "wahyu" kematian, mereka selamat seketika dan akhirnya semua mati.

Tapi yang buat best sudah pastinya adegan-adegan kematian yang amat ngeri dan mampu buat korang trauma. Adegan kematian dalam filem ni lebih dahsyat dari filem-filem sebelumnya.

Kepala hancur, badan putus dua, kepala digelek lori, tertusuk papan, dikisar jentera dan lain-lain. Memang deathporn!

Kalau tak sanggup, jangan tengok.

No comments: