Monday, September 7, 2009

Review - District 9

PLOT:

Filem ni mengusahkan perjalanan dan pengalaman Wikus van de Werwe, seorang pegawai MNU (MultiNational United) yang bertugas dalam menguruskan makhluk asing yang terkandas dibumi akibat suatu fenomena yang tidak diketahui. Apabila beliau terdedah kepada sejenis cecair yang mengubah DNA, beliau terpaksa menjadi pelarian dan bersembunyi di District 9 dan bersahabat dengan makhluk asing untuk mengelakkan dirinya menjadi bahan ujikaji dan eksperimen kerajaan.

REVIEW:

Filem ni sangat merangsang minda dan membuat kita terfikir tentang ketamakan manusia yang tiada had selain mengenai kesabaran manusia yang ada hadnya.

Kehidupan watak utama yang sangat friendly dan mesra berubah menjadi agresif dan tertekan apabila tersepit diantara kehidupan lamanya, keadaan diri yang berubah DNA dan persahabatannya dengan makhluk asing yang banyak membantu.

Selain itu, filem ini juga secara halus mempersoalkan tentang dasar apartheid Afrika Selatan dan perlumbaan manusia dalam memiliki senjata terhebat.

Sangat best.

No comments: