Monday, September 7, 2009

Konserto Sicko

Tersebut kisah di suatu masa, seorang pemuda tinggi lampai dan berkarakter macho seperti A Galak bernama Hilmi yang amat meminati muzik dan sering bermain piano di masa lapangnya......


Hilmi amat menaruh hati terhadap seorang gadis meriah yang menarik hatinya. Pelbagai cara diusahakan untuk menambat hati gadis itu yang bernama Hayati. Hayati dalam diam juga menaruh hati dan mengimpikan seorang lelaki tinggi lampai dan serupa A Galak untuk dibuat teman dikala lapang.


Setelah berusaha tanpa jemu, akhirnya Hilmi berjaya mengajak Hayati untuk berjanjitemu dan bermesra di Taman Bunga Kiara. Suasana amat indah sekali. Bunga berkembangan, burung berkicauan, air berkocakan. Namun apabila Hayati memulakan kata....





Hilmi berasa terhina dan amat keji sekali. Terasa pipinya begitu tebal , kesat dan penuh dengan jerawat. Lantas dia menanam hasrat untuk membuktikan kepada dunia bahawa bau bukanlah segala-galanya. Namun.....

....Tuhan lebih menyayanginya.......


Begitulah kisah percintaan tragis Hilmi dan Hayati. Apakan daya, mereka hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan....

Kerana bahulu santan binasa,
Kerana bau badan binasa.


Sementara itu, di tepi pentas kehidupan...


*Kisah ini mungkin ada kena mengena dengan karya Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

No comments: