Tuesday, September 29, 2009

4 Perkara Selepas Raya

Suasana Hari Raya memang mengasyikkan. Penuh dengan tawa riang, kemeriahan makan rendang, lemang, kuah kacang, mercun haram dan lain-lain. Seronok bila berjumpa saudara-saudara jauh, kawan-kawan di kampung, dan sudah tentunya sepupu-sepupu yang hot (dan masih single).

Tapi itu semasa Hari Raya. Bila suasana mula kurang (kerja dah start), dah tentu perasaan pun berubah.

Apa yang aku perhatikan, setiap tahun banyak perkara-perkara yang sama akan terus berlaku. Yang jadi amalan baik itu tentulah tak salah. Tapi kenapa yang lain masih jadi walaupun tiap-tiap tahun kita raya?

Perkara seperti:


1. Berat Badan
Antara yang paling popular selepas raya. Bukan saja dikalangan pompuan yang obses dengan berat, tapi jua lelaki. Kalo lelaki yang sedia sihat macam aku memang lah takde hal, tapi kalo yang kurus pun boleh kedepan perutnya, kan dah rosak fizikal? Hahaha....

2. Pokai
Yang ini paling popular rasanya. Semua pokai. Yang bujang, yang ada girlfriend, yang ada tunang, yang dah kahwin, yang dah ada anak, semua pokai. Atau mungkin sorokkan duit sementara tunggu next gaji masuk. Tu pasal la rumah terbuka sentiasa penuh dengan tetamu baik diundang ataupun tidak. Kalau yang tahap keji tu, siap tapau lagi.

3. Ops Sikap
Anda mampu mengubahnya. Itulah cogankata JKJR yang selalu sangat kita dengar. Tapi nampaknya gagal juga nak menyedarkan pemandu Malaysia. Semua orang tahu tentang had laju, semua tahu mengenai bahaya kemalangan apatah lagi dengan ribuan kereta atas highway. Tapi tak semua tahu macamana nak sabar. Entahlah...

4. Malas
Semua orang masih dalam mode raya. Tetiba kena hadap lambakan fail dan helaian-helaian kertas yang memualkan. Memang rasa nak muntah. Aku rasa aku bukan keseorangan dalam hal ni. Cuti panjang la katakan....


Ada apa lagi nak ditambah?

11 comments:

suya said...

kene kerja malam lagi mcm selalu.sdgkan mase cuti seminggu pukul 10 pon dah tido.blearghhh

Al Hadi said...

laa... kesian la plak. patut la susah nak chat skang ni

rizal del tapairo said...

sangat setuju dengan kenytaan pokai..sangat sangat sangap..

Al Hadi said...

kau tidak keseorangan bro

leLabu said...

utk mengelakkan kepokaian. raya hari tu gua buat polisi, duit raya hanya diberikan pada hari raya pertama sahaja.

tahun lepas plak, polisi gua, duit raya hanya diberi kpd yg dtg ke rumah. yang gua pegi rumah dia, mmg tak dpt duit raya.

hahahah

Al Hadi said...

polisi kau lebih mulia dari polisi aku:

tak payah bagi duit raya.

muhamadakmalwahab said...

aku pun pokai...deng...aku punya polisi lagi best...sebab aku ada anak sedara (the first ever) so orang lain takdak duit raya..aku bagi kat anak sedara aku sorang saja...huahuahau

p.s : surprisingly aku tak selera makan tahun ni punya raya...deng...

Al Hadi said...

tak selera? itu mmg surprising!

marmalade said...

ingat duit tumbuh kat pokok ke?

eh actually kan, they are. sebab money is made of paper. hahahahahahahahaha.

Al Hadi said...

LOL :D

muhamadakmalwahab said...

mala : ~flabbergasted~