Tuesday, September 29, 2009

4 Perkara Selepas Raya

Suasana Hari Raya memang mengasyikkan. Penuh dengan tawa riang, kemeriahan makan rendang, lemang, kuah kacang, mercun haram dan lain-lain. Seronok bila berjumpa saudara-saudara jauh, kawan-kawan di kampung, dan sudah tentunya sepupu-sepupu yang hot (dan masih single).

Tapi itu semasa Hari Raya. Bila suasana mula kurang (kerja dah start), dah tentu perasaan pun berubah.

Apa yang aku perhatikan, setiap tahun banyak perkara-perkara yang sama akan terus berlaku. Yang jadi amalan baik itu tentulah tak salah. Tapi kenapa yang lain masih jadi walaupun tiap-tiap tahun kita raya?

Perkara seperti:


1. Berat Badan
Antara yang paling popular selepas raya. Bukan saja dikalangan pompuan yang obses dengan berat, tapi jua lelaki. Kalo lelaki yang sedia sihat macam aku memang lah takde hal, tapi kalo yang kurus pun boleh kedepan perutnya, kan dah rosak fizikal? Hahaha....

2. Pokai
Yang ini paling popular rasanya. Semua pokai. Yang bujang, yang ada girlfriend, yang ada tunang, yang dah kahwin, yang dah ada anak, semua pokai. Atau mungkin sorokkan duit sementara tunggu next gaji masuk. Tu pasal la rumah terbuka sentiasa penuh dengan tetamu baik diundang ataupun tidak. Kalau yang tahap keji tu, siap tapau lagi.

3. Ops Sikap
Anda mampu mengubahnya. Itulah cogankata JKJR yang selalu sangat kita dengar. Tapi nampaknya gagal juga nak menyedarkan pemandu Malaysia. Semua orang tahu tentang had laju, semua tahu mengenai bahaya kemalangan apatah lagi dengan ribuan kereta atas highway. Tapi tak semua tahu macamana nak sabar. Entahlah...

4. Malas
Semua orang masih dalam mode raya. Tetiba kena hadap lambakan fail dan helaian-helaian kertas yang memualkan. Memang rasa nak muntah. Aku rasa aku bukan keseorangan dalam hal ni. Cuti panjang la katakan....


Ada apa lagi nak ditambah?

Friday, September 25, 2009

Agenda 25 September Tercapai





Black Eyed Peas live in Sunway.

Persembahan mantap dengan crowd yang happening.

Best.

Tapi apasal la line Celcom sungguh jahanam malam tadi?

Tuesday, September 22, 2009

Pitbull - Go Girl




I party like a rockstar
Look like a movie star
Play like an all star
Fuck like a pornstar
Baby I'm a superstar
Always posted at the bar
Always with couple brawds
Maybe I'm just that that raw
Dawg check your resume
I hit something everyday
Ask about me n' they'll say
That chico run MIA
Pitbull and young boss
That's fire
Go girl work it out
'til u tired
Just tryin' to pay your tuition
Liar
My corner is like HBO's wire
So please don't play no games
And baby don't say no names
And we can do this one again
Next time you can bring your friends

So get your friends
And I get my friends
And we can be friends
do this every weekend

[pre-hook:]
we can hit your place
we can hit my place
she's on my top 8
I bagged her off of myspace

[Chorus:]
Go girl [x8]
Shake them dice and roll 'em [x2]
When they ask you whats that dance
You say that's the hustle man

[Young Boss:]
Girl I wanna know your name
Girl who u be?
Don't care with who you came
As long as u leave wit' me
What's you sippin' on?
I buy you drink
Get u one of them shiny things
your grill be pink
I see those Jimmy Choos
Those Vera Wangs
I love the way you work
Girl do your thing
u see my stunna shades
I'm like a star
My click is full of ballas
We at the bar

So go get your friends
And I get my friends
And we can be friends
do this every weekend

[Pre hook:]
we can hit your place
we can hit my place
she's on my top 8
I bagged her off of myspace

[Chorus:]
Go girl [x8]
Shake them dice and roll them [x2]
When they ask u what's that dance
You say that's the hustle man

[Trina:]
Damnit princess
I make them bust quick
Man I back it up
Like a Mack Truck
(heavy breathing)
Don't talk about it boy
Be about it boy
I got them girls boy
Turn out your girls boy
I'm talking freak nig
I'm like a freaky shit
Cuz I'm a freaky bitch

So get your friends
And I get my friends
And we can be friends
do this every weekend

[pre-hook:]
we can hit your place
we can hit my place
she's on my top 8
I bagged her off of myspace

[Chorus:]
Go girl [x8]
Shake them dice and roll them [x2]
When they ask u what's that dance
U say that's the hustle man


OMG i LOVE this song!

Sunday, September 20, 2009

Tips Berjimat Di Hari Raya

Banyak tips yang biasa kita dapat adalah tentang macamana nak berjimat dan kurangkan belanja semasa bulan puasa dan membeli barangan Hari Raya. Tapi aku nak berkongsi sket tips berjimat semasa Hari Raya.

Sukacita dimaklumkan juga, aku bukan seorang yang kedekut. Aku hanya seorang pekerja yang x dapat bonus :(


1. Jalan-Jalan Raya
Semua yang berkereta pasti memandu balik kereta, jadi apabila di kampung atau mana jua destinasi anda, sila pow duit mereka yg nak sgt naik kereta anda. Tapi jangan pulak pow duit budak2, warga emas dan mak bapak anda. Hadkan kepada kawan-kawan/sepupu rapat/ adik beradik yg dah bekerja.

2. Reunion di Restoran
Bila balik kampung, dah tentu akan jumpa balik kawan sekampung, member2 sekolah dulu dan teman membesar yang masing2 dah pun bekerja malah dah beranak pinak. Dalam ramai2 tu pasti ada yang ajak lepak Old Town Kopitiam, kedai mamak etc. Yang indahnya, bulan Syawal ni memberi semua org semangat menderma dan membelanja member lama. Jadi gunakan kesempatan ini untuk dibelanja dan diraikan oleh kawan2 lama. Tapi sesekali anda mesti belanja juga untuk mengelakkan diri anda dari dipulau dan dikeji.

3. Budak-budak Pengepow Duit
Bila dah berkumpul ramai2, pasti budak2 pun ramai. Dalam suasana Raya, of course mereka memandang org dewasa dgn mata bercop RM. Jadi elakkan bermanja terlalu banyak dengan mereka. Kalo mak bapak diorang nak borak2, masukkan topik ketiadaan bonus atau kesempitan hidup sebagai bahan bual yang panjang. Kita bukan kedekut, cuma x mampu :P

4. Mercun / Bunga Api
Sediakan statistik keputusan jari dan kehilangan anggota badan untuk counter segala permintaan membelikan mercun dan bunga api. Beri contoh yang paling ngeri yang boleh anda jumpa.


Sekian dahulu entri ini. Salam Aidilfitri!

Thursday, September 17, 2009

Berbuka Bersama Mengeratkan Silaturrahim




16 Sept 2009.

Satu lagi sesi berbuka puasa.

Restoran Al-Nazmaju, Presinct 9 Putrajaya.

Terima kasih kepada Nazir yg open table.

Tuesday, September 15, 2009

Sifat Korang Melalui Tarikh Lahir Hijrah

Selama ni kita asyik check sifat manusia melalui bulan lahir Masihi atau gunakan zodiak kan? Jadi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini mari kita kenali sifat manusia mengikut Bulan Islam.


1. MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

2. SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


3. RABIULAWAL

Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


4. RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

5. JAMADIL AWAL

Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


6. JAMADIL AKHIR

Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

7. REJAB

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

8. SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


9. RAMADHAN

Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.


10. SYAWAL

Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


11. ZULKAEDAH

Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.


12. ZULHIJJAH

Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
.



Aku lahir pada 11 Ramadhan 1401H. Kira aku baru saja sambut birthday aku la bulan puasa ni. Bagaimana dengan korang?

Oh ya, mesti korang tak tau/tak ingat/tak peduli tarikh lahir korang dalam kalendar Islam. Korang boleh check kat sini.

Selamat berbuka puasa!

Review - Gamer

PLOT:

Mengisahkan perjalanan dan perjuangan seorang banduan bernama Kable (lakonan Gerard Butler) yang terpaksa mempertaruhkan nyawa untuk melepasi sebuah "permainan" yang amat ganas dan kejam. Dia dan pasukannya dikawal seperti sebuah video game menggunakan teknologi nano-sel yang membolehkan segala pergerakannya digerakkan sesuka hati. Apabila Kable berjaya melarikan diri dari "permainan" itu, beliau memburu mereka yang menganiayanya.

REVIEW:

OK la filem ni. Penuh dengan segala macam letupan dan aksi yang amat ganas dan kejam sampai agak banyak babak kena potong dengan FINAS. Sungguh hampeh.

Jalan cerita agak kabur dan disusun berterabur. Kalo sapa yang tak sabar memang akan give-up nak fahamkan cerita ni. Kalo dah give-up, enjoy je la segala letupan tu.

Aksi Gerard Butler memang baik, tapi setiap kali tengok muka dia aku akan teringat dia menjerit "This, is, Spartaaaaaaa........" :P

Oh ya, mungkin sekarang cara permainan game yang interaktif dan motion-sensitive dalam filem ni nampak macam tak logik, tapi hakikatnya dah wujud dah pun. Microsoft melalui konsol Xbox 360 dah memperkenalkan konsep ni kat Project Natal. Sila lihat video ini.

Thursday, September 10, 2009

3 Jejaka Ingin Beraya





Merepek di ruang legar KLCC selepas berbuka di Chilli's.

Nani balik rumah, Pae balik opis, Mala masih di Manila.

3 jejaka masih tiada hala.

Mabuhay!


Thanks Hayati! =)

Monday, September 7, 2009

Konserto Sicko

Tersebut kisah di suatu masa, seorang pemuda tinggi lampai dan berkarakter macho seperti A Galak bernama Hilmi yang amat meminati muzik dan sering bermain piano di masa lapangnya......


Hilmi amat menaruh hati terhadap seorang gadis meriah yang menarik hatinya. Pelbagai cara diusahakan untuk menambat hati gadis itu yang bernama Hayati. Hayati dalam diam juga menaruh hati dan mengimpikan seorang lelaki tinggi lampai dan serupa A Galak untuk dibuat teman dikala lapang.


Setelah berusaha tanpa jemu, akhirnya Hilmi berjaya mengajak Hayati untuk berjanjitemu dan bermesra di Taman Bunga Kiara. Suasana amat indah sekali. Bunga berkembangan, burung berkicauan, air berkocakan. Namun apabila Hayati memulakan kata....





Hilmi berasa terhina dan amat keji sekali. Terasa pipinya begitu tebal , kesat dan penuh dengan jerawat. Lantas dia menanam hasrat untuk membuktikan kepada dunia bahawa bau bukanlah segala-galanya. Namun.....

....Tuhan lebih menyayanginya.......


Begitulah kisah percintaan tragis Hilmi dan Hayati. Apakan daya, mereka hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan....

Kerana bahulu santan binasa,
Kerana bau badan binasa.


Sementara itu, di tepi pentas kehidupan...


*Kisah ini mungkin ada kena mengena dengan karya Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Review - The Final Destination

PLOT:

Mengisahkan tentang 4 sahabat dan beberapa yang lain terselamat daripada kemalangan ngeri di sebuah litar lumba dan kemudian cuba untuk menyelamatkan diri daripada diburu kematian. Walaubagaimanapun, tiada yang dapat mengelakkan diri apabila setiap satu dari mereka mati dengan pelbagai cara.

REVIEW:

Aku suka filem ni. Secara jujur, ia tak banyak beza dengan filem-filem Final Destination sebelumnya. Akan ada seorang yang mendapat "wahyu" kematian, mereka selamat seketika dan akhirnya semua mati.

Tapi yang buat best sudah pastinya adegan-adegan kematian yang amat ngeri dan mampu buat korang trauma. Adegan kematian dalam filem ni lebih dahsyat dari filem-filem sebelumnya.

Kepala hancur, badan putus dua, kepala digelek lori, tertusuk papan, dikisar jentera dan lain-lain. Memang deathporn!

Kalau tak sanggup, jangan tengok.

Review - Up

PLOT:

Mengisahkan Carl Fredricksen yang telah kematian isteri dan hidup keseorangan sehinggalah pada suatu hari dia menerbangkan rumahnya untuk memenuhi cita-cita lamanya, menuju je Paradise Falls, Amerika Selatan. Dalam pengembaraannya, dia turut ditemani oleh Russel, seorang budak yang amat bersemangat untuk mengembara.

REVIEW:

Secara umum, filem ni best. Seperti semua filem-filem Pixar, jalan cerita diolah dengan baik, adegan komedi yang mencuit hati dan janaan animasi yang lancar dan hidup.

Walaupun filem ni dikategorikan sebagai adventure-comedy, namun terdapat beberapa adegan yang agak menyentuh hati dan sentimental.

Tapi pada aku, Finding Nemo masih lagi yang terbaik.

Review - District 9

PLOT:

Filem ni mengusahkan perjalanan dan pengalaman Wikus van de Werwe, seorang pegawai MNU (MultiNational United) yang bertugas dalam menguruskan makhluk asing yang terkandas dibumi akibat suatu fenomena yang tidak diketahui. Apabila beliau terdedah kepada sejenis cecair yang mengubah DNA, beliau terpaksa menjadi pelarian dan bersembunyi di District 9 dan bersahabat dengan makhluk asing untuk mengelakkan dirinya menjadi bahan ujikaji dan eksperimen kerajaan.

REVIEW:

Filem ni sangat merangsang minda dan membuat kita terfikir tentang ketamakan manusia yang tiada had selain mengenai kesabaran manusia yang ada hadnya.

Kehidupan watak utama yang sangat friendly dan mesra berubah menjadi agresif dan tertekan apabila tersepit diantara kehidupan lamanya, keadaan diri yang berubah DNA dan persahabatannya dengan makhluk asing yang banyak membantu.

Selain itu, filem ini juga secara halus mempersoalkan tentang dasar apartheid Afrika Selatan dan perlumbaan manusia dalam memiliki senjata terhebat.

Sangat best.

Review - G I Joe : Rise Of Cobra

PLOT:

Mengisahkan dua anggota tentera iaitu Duke dan Ripcord yang menyertai pasukan G I Joe (Global Initiative Joint Operating Entity) untuk menentang sebuah konspirasi pengganas yang menggunakan senjata berasaskan teknologi nano. Selain berdepan dengan musuh yang hebat dan lengkap dengan persenjataan dan pengetahuan tinggi, Duke juga terpaksa berhadapan dengan bekas kekasihnya yang turut menyertai paskan pengganas tersebut.

REVIEW:

Best.

Kalau layan tanpa berfikir la. Filem ni sekadar eye-candy yang menjanjikan aksi pertarungan, letup-meletup dan pelbagai gadget canggih.

Dan aksi Baroness yang seksi.

Lebih kurang macam Transformers 2 tanpa robot.

Wednesday, September 2, 2009

Agenda 25 September

Dari Yahoo News.

Jadi pada malam itu dan pagi esoknya, aktiviti game akan dihentikan seketika.

Hmmmppphhh Aaaaahhhhhhh

Sehingga memejam mata! Wahhahhahaha!