Tuesday, August 11, 2009

Misteri Malam Selasa

Malam tadi aku takde kerja. Main Wii kejap, pastu aku terfikir camana agaknya rupa dalaman Wii ni. Aku mesti tahu!

Jadi aku memakai sut ninja aku dan selipar jamban pusaka jiran sebelah lalu memecah masuk ke Hospital Pengajaran Princeton-Plainsboro. Aku mencari bilik x-ray.

Dengan pantas aku menyelinap di sisi dinding, atas siling, bawah pasu bunga dan tempat lain. Kelihatan pentadbir hospital, Dr Lisa Cuddy sedang memarahi Dr Gregory House atas kecuaiannya dan etika yang amat dipandang keji. Aku meneruskan misi aku.

Tiba di bilik terapi air, kelihatan Dr Hadley sedang bercumbuan dengan Dr Foreman. Babak-babak panas itu sempat aku lihat hingga penghabisan. Menarik gak.

Tapi bukan itu misi aku. Aku terus mencari dan akhirnya berjumpa juga dengan bilik x-ray.

Lantas aku mengeluarkan Nintendo Wii aku dari beg lalu diletakkan di atas meja x-ray. Kemudian dengan tangan menggigil dan dada berdebar, aku tekan butang ON.

*
*
*
*
*
*

Tiba-tiba aku terbangun. Eh, mimpi ke?

hehehehehe... aku tersenyum seketika.

Kemudian aku terperasan sesuatu di tepi aku.

3 helai filem x-ray berimej Nintendo Wii.

Betulkah aku bermimpi?



Aku pun tak tau.

No comments: