Monday, August 31, 2009

Sabtu Lepas Di Pavilion






Berbuka puasa di Madam Kwan's, Pavilion KL.

Gila kenyang.

Friday, August 28, 2009

Happy Birthday Max


Rabu lepas ialah birthday seorang Sicko iaitu si Max. Memandangkan aku malas nak bagi dia hadiah macam masa birthday adik aku, Ara dulu maka aku decide untuk belanja dia dan aweknya makan je la.

Kat mana? Fatty Crab! O yeah. Aku tau diorang pun suka makan kat situ, especially Jojo.

Rupanya Max tengah main Resident Evil 5, kat Xbox 360 member dia. Tambah semangat aku nak main kat PS3 lak hehehe... dan tahniah utk Jojo yg akhirnya dapat gak sebijik DSLR yg diidamkan. Canon 500D ye Jo? Dah beli flashgun nanti bagi aku pinjam ek?

Anyway, Happy 26th birthday Max! Keep sniffin'!

Tuesday, August 25, 2009

Tembak Menembak Amalan Kita





Resident Evil 5.


Coming soon to my PS3.

Sunday, August 23, 2009

Mario! Mario! Mario!

Dah lama aku tak main game Mario. Masih teringat lagi kenangan masa aku sekolah rendah dulu. Masa tu Mario menjadi kegilaan dan "game wajib" bagi semua budak-budak seusia.

Setelah berakhirnya zaman Micro Genius dan konsol-konsol 8-bit yang lain, ingatkan dah xde lagi la game Mario ni. Konsol N64, Dreamcast dan GameCube pun ada gak Mario, tapi tak sama dengan yang asal.

Akhirnya dah ada gak! Versi Wii ni sama konsep dengan game asal tapi grafik dan jalan cerita yang baru! Aku mesti beli!

Sila tengok video ni;



Teruja tak?

Sunday, August 16, 2009

Hari Ini Aku Tersenyum Lebar


Petrol + Parking = RM 53.00
PlayStation 3 = RM 1,699.00
Kepuasan = Tidak Ternilai.

Thursday, August 13, 2009

Tuesday, August 11, 2009

Misteri Malam Selasa

Malam tadi aku takde kerja. Main Wii kejap, pastu aku terfikir camana agaknya rupa dalaman Wii ni. Aku mesti tahu!

Jadi aku memakai sut ninja aku dan selipar jamban pusaka jiran sebelah lalu memecah masuk ke Hospital Pengajaran Princeton-Plainsboro. Aku mencari bilik x-ray.

Dengan pantas aku menyelinap di sisi dinding, atas siling, bawah pasu bunga dan tempat lain. Kelihatan pentadbir hospital, Dr Lisa Cuddy sedang memarahi Dr Gregory House atas kecuaiannya dan etika yang amat dipandang keji. Aku meneruskan misi aku.

Tiba di bilik terapi air, kelihatan Dr Hadley sedang bercumbuan dengan Dr Foreman. Babak-babak panas itu sempat aku lihat hingga penghabisan. Menarik gak.

Tapi bukan itu misi aku. Aku terus mencari dan akhirnya berjumpa juga dengan bilik x-ray.

Lantas aku mengeluarkan Nintendo Wii aku dari beg lalu diletakkan di atas meja x-ray. Kemudian dengan tangan menggigil dan dada berdebar, aku tekan butang ON.

*
*
*
*
*
*

Tiba-tiba aku terbangun. Eh, mimpi ke?

hehehehehe... aku tersenyum seketika.

Kemudian aku terperasan sesuatu di tepi aku.

3 helai filem x-ray berimej Nintendo Wii.

Betulkah aku bermimpi?



Aku pun tak tau.

Pandang Ke Mataku Ketika Aku Melancap



Ada berani?

Trailer - Saw VI



Ooooohhh.... menarik nih.

Thursday, August 6, 2009

Rider VS Driver

Siapa raja jalan raya?

Penunggang motor atau pemandu kereta?

Tersenyum aku bila baca keluhan Presiden Pangkah Tapai dan juga surat pembaca dalam Berita Harian arini. Dua-dua menyalahkan satu sama lain. Tapi biasalah, sebagai pengguna salah satu jenis kenderaan, dah tentu kita akan rasa apa yang mereka rasa.

Aku sebagai rider dan juga driver rasa, dua-dua ada point. Terpulang la camana jenis orang yang aku jumpa atas jalan. Kalau aku jumpa mat rempit kurang ajar, memang rasa nak langgar je ngan kereta. Kalau jumpa kereta dipandu orang bangang, dah tentu aku nak pecahkan sidemirror dia.

Bandingkan keluhan rider dan juga rintihan driver.

Amacam? Ada pendapat?