Thursday, July 30, 2009

Gelisah Malam Pertama


Shuko masuk kedalam bilik tidurnya.

Terasa ada rama-rama didalam perutnya. Gelisah teramat sangat. Padahal dia telah bersedia untuk malam ini. Sudah lama dia meyakinkan dirinya.

Apabila dia masuk isterinya memandang dengan senyuman.


Isteri : Abang..... dah sedia?

Shuko: (debar2) Ermm....... dah kot.....

Isteri: Jangan lupa pasang lampu ya.... kang tak nampak susah....

Shuko: Ye, baik lah sayang..

Isteri: Abang.... kalau dah sedia salinlah pakaian tu dulu...


Dengan gementar Shuko pun mula membuka pakaiannya.

Satu demi satu......

Baju Melayu sudah dibuka.....

Seluarnya juga terlucut....



Dan Shuko pun memakai uniform yang dibekalkan.

Itulah malam pertama Shuko bertugas sebagai anggota pasukan RELA.



*Kisah klasik anggota RELA

Tuesday, July 28, 2009

Bangkitnya Sang Phoenix

Welcome back, my brother.

Sunday, July 26, 2009

Oh Godaan...

Kawasaki Vulcan 250.

Kenapa air liur aku meleleh ni????

Wednesday, July 22, 2009

Review - Harry Potter And The Half-Blood Prince

PLOT:

Harry dan rakan-rakannya kembali ke Hogwarts untuk tahun ke-6 dimana beliau mengambil kelas Potion yang diajar oleh seorang watak baru, Professor Slughorn. Di kelas ini juga Harry menemui sebuah buku kepunyaan Half-Blood Prince yang banyak memberinya ilmu baru. Dalam pada masa itu juga asal-usul Voldemort diterangkan dengan lebih mendalam dan bagaimana dia menyimpan kuasanya dalam usaha untuk hidup abadi. Selain itu, kehidupan remaja para pelajar Hogwarts juga banyak berubah dan ditambah dengan konflik.

REVIEW:

Aku suka filem ni. Jauh lebih baik berbanding filem ke-5, Order Of The Phoenix yang meleret leret dan membuang masa.

Jalan cerita agak perlahan, tetapi tak sampai membosankan. Watak Draco juga diberi penekanan yang lebih berbanding filem-filem sebelum selain watak lain yang dikembangkan dengan baik.

Adegan aksi dikurangkan dan tumpuan diberi pada asal-usul Voldemort dan perkembangan watak-watak utama. Humor yang baik, kesinambungan yang terancang dan memuaskan!

Cuma ending filem agak tergantung dan anti-klimaks. Tiada ending yang definitif seperti filem sebelumnya. Kemungkinan besar pasal nak sambung untuk filem seterusnya, Harry Potter & The Deathly Hallows.

Sila tengok kalo minat.

Sunday, July 12, 2009

Selamat Tinggal Semua

Aku sangat busy 2-3 minggu ni. Siapkan semua kerja sebelum cuti seminggu. Banyak benda yang aku nak post tapi tak kesampaian. Nanti la, bila lapang sikit aku post kat sini.

Anyway, hari ni aku start cuti seminggu. Blog ni pun akan cuti seminggu gak.

Selamat tinggal semua, aku nak gi sambut birthday aku kat seberang laut.

Spesifiknya....

MUAHAHAHAHAHAHAHHA!!!! Jumpa lagi!

Wednesday, July 8, 2009

Julai Tiba Lagi

Bulan Julai datang lagi (dah 8 hari pun). Sebagai orang yang lahir dalam bulan Julai, dah tentu la bulan ni antara bulan yang bermakna pada aku.

One year older, one year wiser.

Itu kata orang la. Aku tak rasa pun makin bijak, makin sengal tu mungkin la kot.

Dan aku check balik emel lama aku, aku terjumpa satu emel yang bagitau karakter orang ikut bulan kelahiran. Aku tak berapa nak percaya pasal terlalu general, tapi layan je la mana yang betul.

Mari kita lihat:


Sifat-sifat orang yang lahir bulan Julai :

Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali ditegur dahulu.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja

Bagi korang, yang mana antara karakter tu paling kena dengan aku?

Friday, July 3, 2009

Kesunyian Yang Perlu

Aku sekarang berada di Kelong Paradise, Sabak Bernam untuk satu kursus pejabat a.k.a trip makan angin atas laut.

Berada di tengah laut ni memberi aku ketenangan, diselang seli dengan bunyi hempasan ombak dan suara suara menyanyi karaoke. Best gak rupanya suara ofismate aku nih. Aku harap takde ikan yang trauma dengar suara mereka.

Seronoknya dapat lari dari hiruk pikuk kotaraya, suasana sibuk ofis dan cuaca panas kering KL yang buat aku berpeluh 24jam sehari. Kat sini cuma ada laut, hidangan ikan free flow dan bekalan sirap yang terlebih manis.

Aku harap aku akan lebih tenang dan seronok lagi menjelang 2 minggu ini. Kemana akan ku pergi?

Hehehe... Nanti aku story.


(Entri ini ditulis sepenuhnya dengan Blackberry Bold)

Wednesday, July 1, 2009

Mari Mengamalkan Ilmu Hitam

Tahukah anda yang amalan perbuatan bomoh dan sihir yang lain mampu meningkatkan taraf hidup dan kesihatan manusia?

Hantu raya, contohnya, boleh digunakan untuk menggantikan surat sakit atau MC. Buat apa ambik MC dan bayar sehingga 50 ringgit, walhal hantu raya peliharaan anda sanggup pergi kerja bagi pihak tuannya?

Pada masa dahulu, hantu raya menjaga kebun. Zaman moden ini menampakkan hantu-hantu raya berupaya mengendalikan jawatan dan pekerjaan tahap tertinggi. Kalau dulu banyak orang mengeluh kerana tiada masa untuk keluarga, maka hantu raya merupakan penyelesaian terbaik.

"Dengan menggunakan hantu raya saya, saya mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama anak saya," kata Tan Sri Shukor. "Anak saya tidak lagi bodoh dalam matapelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris kerana hanya bermain Pokemon setiap hari."

Hantu raya Tan Sri Shukor yang bernama Momo juga bersetuju dengan tindakan tuannya.

"Saya mempunyai ijazah sarjana dalam pengurusan," kata hantu raya tersebut. "Peluang yang diberikan oleh Tan Sri memastikan saya mendapat pengalaman dan latihan di tempat kerja sebagai persediaan untuk pasaran kerja yang lebih mencabar."

Itu hanya salah satu dari kegunaan ilmu hitam.

Tertekan? Kesihatan minda anda terancam? Ingin bercuti? Lupakan Air Asia atau Matta Fair. Gunakan skill rasuk anda.

Pilih mana-mana pramugari pilihan hati, dan rasuk ke dalam badannya. Kemudian, keluar di destinasi pilihan. Tanpa perlukan passport, tukaran mata wang asing mahupun wang yang banyak.

Encik Fariq menjelaskan; "Tertekan di tempat kerja, saya keluar bersiar-siar di Tugu Negara. Di situ saya nampak seorang pramugari ni. Body dia best. Jadi saya suruh jin saya rasuk dia. Lepas tu, saya tertidur dengan pramugari tersebut," kata Encik Fariq. "Apabila saya tersedar, saya dapati saya berada di Perancis, dalam keadaan berbogel."

Gunakanlah kaedah rasuk untuk memastikan minda anda mendapat rehat yang cukup.

Akhir sekali, perbomohan dan sihir juga menolong mendapatkan gizi seimbang. Selain memelihara jin, Encik Fariq juga memelihara toyol.

Pemeliharaan dan pengembalaan toyol memastikan yang sesetengah kelompok masyarakat yang kurang bernasib baik, masih dapat mencari nafkah pendapatan pada masa kegawatan ekonomi ini.

Wang itu boleh digunakan untuk membeli beras, daging, ayam, ikan, telur, mentega, kekacang, sayur dan sebagainya.

"Setelah menggunakan toyol, pendapatan kami sekeluarga melonjak ke aras RM20,000 sebulan," kata Encik Fariq. "Saya sangat berpuas hati dengan khidmat toyol saya"

Begitulah serba sedikit khasiat perbomohan dan sihir dalam kesihatan. Diharap agar institusi perbomohan negara meneruskan kajian aplikasi perbomohan dan sihir dalam bidang lain pula demi mencapai Wawasan 2020.