Tuesday, June 16, 2009

Sidang Rasta Bhg. 1

Selepas bersidang di Bangsar tempohari, MKN bersidang lagi di Rasta TTDI pulak. Kali ni sidang turut menjemput wakil dari Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan sebagai ahli bersekutu.

Wakil dari Kementerian Kewangan terpaksa menarik diri lebih awal akibat kekurangan tidur dan keletihan ekstreme. Takpe la, dunia MKN memang berbeza :P

Sidang dimeriahkan lagi dengan acara shisha perisa applemint bertapis buah nanas. Berkepul - kepul asap menambah suhu bumi dan memeritkan tekak ShukO. Aksi naga, efek ais kering, dan macam - macam lagi.

Dan blackout.

Candlelight dinner la pastu hehehehe. Suasana syahdu menyelubungi malam indah nan sunyi. Dan wajah ShukO mula menyinar dalam gelap. Macam sticker glow-in-the-dark.

Malam ini juga kali pertama jumpa cik Pae yang agak sengal dan happening. Aku dapat bayangkan sesi karokss yang bakal menjelma. Tahniah ShukO :)

Banyak gak amik gambar malam tu, aksi berasap shisha terutamanya. Nanti aku akan upload di entri seterusnya.

Wajah angau Shuko yg amat obvious.

P/S: Entri ini ditulis tergesa-gesa. Ayat sangat tak bole blah.

No comments: