Thursday, June 11, 2009

Sidang Bangsar

Malam tadi MKN bersidang lagi. Kali ni dihadiri oleh wakil dari Selangor, Kedah dan bahagian mencandat sotong. Wakil dari Kedah datang bercuti di samping membawa perkhabaran gembira (!).

Persidangan di Bangsar tersebut telah menghasilkan beberapa resolusi:

1. Encik Shukor bukan lagi seorang yang innocent.
Tahniah kepada beliau! Sesungguhnya aku memang bangga dengan keupayaan beliau untuk bangkit kembali setelah tewas tempohari. Beliau bagaikan phoenix yang bangkit dari abu.

2. Encik Fariq masih terus berjuang.
Jangan risau, ada rezeki tak kemana. Kini kau dah ada idola iaitu En. Shukor. Kau juga tetap ada mentor dan penasihat kalau stuck dalam perjuangan.

3. Aku kekal sebagai puppet-master.
Aku suka apa yang aku buat skang. Memberi kekuatan dan semangat untuk perjuangan kawan-kawan yang masih bertempur. Aku gembira tengok sorang dah lepas. Lagi sorang masih perlu bimbingan.

4. Geng MKN memang bersifat asabiyah.
Ini memang tak boleh disangkal.


Sidang MKN beraksi lagak boyband

Oh ya, weekend ni menjanjikan sesuatu yang positif.

No comments: