Friday, June 26, 2009

Review - Transformers: Revenge Of The Fallen

PLOT:

Selepas menewaskan pihak Decepticon 2 tahun lepas, kini pihak Autobots telah membuat perikatan dengan manusia untuk memburu saki-baki Decepticon yang masih ada. Dalam pada masa yang sama, Megatron telah dihidupkan semula dan bertekad untuk membawa lebih banyak Decepticon ke Bumi dalam usaha untuk mengembalikan kuasa The Fallen dan mencari mesin Sun Harvester bagi mendapatkan Energon. Sementara itu, Sam dan Mikaela meneruskan hidup masing-masing sebelum dipanggil semula oleh Optimus Prime.

REVIEW:

AKU KECEWA.

Serius, filem ni bagi aku tak sebagus mana. Over-rated dan over-hyped.

Tidak aku nafikan aksi robot, aksi pergaduhan, letupan memang sangat dahsyat dan mengagumkan. Tapi setakat itu je.

Jalan cerita sangat hancur, kelam-kabut dan sangat predictable.

Robot paling annoying pastinya Skids dan Mudflap, dua watak baru yang dijadikan comic-relief yang sangat menyakitkan hati. Robot bercakap stail hip-hop? Gigi emas? WTF?

Ada sebanyak 46 robot kesemuanya. Tapi mana pergi yang lain? Setakat tunjuk muka pastu hilang, baik tak payah muncul langsung. Mana Arcee? Mana Sideswipe? Balik-balik Bumblebee. Come on la.....

Watak Agen Simmons, Leo, mak bapak Sam patut dibunuh. End of story.

Megan Fox? Inilah watak yang paling tak guna sebenarnya. Kerja dia dalam filem ni cuma tunjuk lurah dada, lari slow-mo sambil buah dada berayun, menangis, emo, menangis dan merayu cinta. Lepas tu menangis lagi.

Paling aku tak puas hati bila 2 watak yang aku tunggu-tunggu iaitu Demolisher dan Devastator hanya muncul tak sampai 5 minit. Demolisher mati ditembak dengan Optimus Prime dan Devastator mati kena tembak kat atas piramid.

WHAT. THE. FUCK?????


Satu-satunya robot yang aku suka dalam filem ni cuma Soundwave, perisik Decepticon yang hijack satelit dan beri arahan dari angkasa. Dia sangat creepy dan psiko.....

Aku kecewa dengan filem ni.

No comments: