Tuesday, June 9, 2009

Review - Night At The Museum: Battle Of The Smithsonians

PLOT:

Sequel dari filem terdahulu. Mengisahkan pak guard malam (Larry Daley) kat muzium yang kini dah berenti kerja dan menubuhkan syarikatnya sendiri. Tetapi bila suatu hari muzium tempat dia bekerja dulu tengah buat renovation dan memindahkan hampir semua patung-patung untuk digantikan dengan hologram interaktif, dia terpaksa memastikan yang tablet ajaib yang menghidupkan semua patung-patung itu tidak turut dipindahkan ke Institut Smithsonian, muzium terbesar di dunia. Dan apabila tablet itu menghidupkan semua patung-patung disana, dia terpaksa membantu rakan-rakannya yang diancam oleh patung-patung lain.

REVIEW:

Not bad.

Aku tak berapa gemar dengan Ben Stiller. Pertama sekali pasal dia pernah menghina Malaysia dalam filem Zoolander. Padan muka filem tu kena haram. Dan kedua, dia sangat over.

Lawak-lawak dalam filem ni tak berapa banyak beza dengan filem pertama. Ada yang lawak, banyak yang biasa, dan ada yang dragging dan memualkan.

Tengok DVD pun takpe. Tak rugi.

No comments: