Tuesday, June 9, 2009

Menekel Kawan

Pertemuan dengan seorang kawan lama tempohari membuahkan beberapa hasil yang menakjubkan. Alkisahnya dia dan wife dia dulu bermula sebagai kawan biasa. Dan wife dia dulu memang dah ada boifren pun. Entah camana, kini diorang dah pun berumahtangga dan bahagia hidup bersama sambil gelak tawa mengenang kisah semasa mereka masih "kawan biasa".

Aku tertarik dengar cara dia menekel wife dia dulu. Dari kawan kepada isteri.


1. BERTANYA
Perkara yang paling utama tetapi paling susah orang nak buat selalu ialah BERTANYA…. Mulakan dengan sebuah pertanyaan yang seperti meminta pendapat, tanya dia, “Apa pendapat you tentang seorang kawan yang mahu jadi lebih dari kawan?” So dari sini, kita tahu jawapan dan pendirian dia terhadap perkara itu. Tanya lagi tentang dia suka atau tidak, pendapat dia tentang apa-apa saja tentang bercinta dengan teman karib ni…Tanya sehingga kita puas hati. Kalau dia tak OK, tak mengapa. At least kita dah tau. Kalau dia OK, baru la boleh ke step seterusnya...

2. KOMUNIKASI
Next step…kedua-dua mesti berkomunikasi dengan cara banyak mendengar. Apabila memulakan percintaan dari sahabat yang sudah lama kita kenal, pastinya segala tabiat buruk dan baik dan yang kita tak suka sudahpun kita tahu…So, mungkin keadaan agak kurang selesa. Boleh jadi juga ini adalah berita baik. Kita tak perlu nak mengorek apa-apa maklumat lagi kerana semua kita dah tahu. Jadi, anda berdua seharusnya sama-sama berbincang untuk mencari keselesaan.

3. MULA SEMULA
Satu perkara yang amat penting, yang anda mungkin tidak expect bakal terjadi. Mungkin anda sudah berkawan 10 hari, 10 minggu or even 10 tahun…dan anda dah kenal sangat kawan anda ini…Bercinta dengan berkawan adalah teramat lain! Walau dah sekian lama mengenali sebagai kawan, the minute anda bercinta…segala-galanya akan bermula semula! Mula mengenali pasangan anda semula dan kali ini sebagai seorang kekasih. Yang mana, its a bonus for you kerana dah tahu banyak his/her SHIT! Hahaaha…

4. TRIAL
Jangan gelojoh. Ini sangat penting. Pelan yang baik adalah perjanjian, kira macam cuba bercinta dulu dalam seminggu atau sebulan. Tempoh percubaan ini untuk lihat serasi atau tidak. Kalau dah 2-3 bulan semua OK, carry on. Insya Allah akan berakhir di jinjang pelamin. Kalau tak OK, atau rasa sangat pelik, tamatkan saja secara baik. At least macam ni takde sapa akan frust menonggeng dan kecewa hiris tangan sendiri.



Sekian entri berunsur nasihat ni.

No comments: