Wednesday, June 3, 2009

Aku Dan Facebook

Sekarang boleh kata semua orang ada Facebook. Dulu sikit punya gila heboh pasal MySpace ngan Friendster. Semua ada page masing-masing, penuh dengan lagu, xideo, wallpaper ntah apa-apa, forum, buletin, spam dan sampah, last-last semua pakat dok kat Facebook. Termasuk la aku.

Dulu aku ingat Facebook ni macam Friendster je, takde apa menarik, sekadar post 2-3 keping gambar masa aku masih kurus, tulis sikit-sikit dan jenguk page orang lain. Rupanya berbeza, banyak features baru yang masa tu nampak gila best.

Tapi lepas sekian lama pakai Facebook ni, aku perasan ada jugak rupanya yang annoying.

1. Application/Cause
Apa kejadahnya dengan application yang maha mengarut dan ajakan masuk Cause yang tah-apa-apa? Omaigod, aku tak hingin la nak join Flower Power/Mafia Wars/Zombie Attack/Alien Fuckshit apa tah tu. Dan jugak macam la kalo aku join Cause "Lets Stop Violence Against Women" semua pompuan akan tiba-tiba berhenti kena aniaya. wtf?

2. Kawan Lama
Kawan lama yang dah bertahun tak jumpa, tetiba add dalam Facebook. Aku accept, pastu dia diam, langsung tak bertegur langsung tak buat apa. Apa kejadahnya? Apa hal nak add aku? Ni bukan pertandingan siapa paling banyak kawan online oke....

3. Thread Message
Yang ini aku memang menyampah. Apa guna email/sms/telefon kalau bukak thread dan hantar mass message kat 100 orang. Pastu ramai-ramai reply, membuang masa aku nak delete jawapan tak relevan diorang dalam inbox aku. Diorang ni tak pernah dengar istilah spam kot?

4. Ntah-sapa-ntah
Ramai betul nak add aku jadi kawan. Kononnya. Aku langsung tak kenal diorang dan tak pernah jumpa pun sebelum ni. Aku ingatkan nak berkenalan. Pastu bila dah add, senyap. Serupa macam point #2. Kan bagus kalau Facebook adakan kategori Kawan Baik, Kawan Biasa, Ntah-Sapa-Ntah.

5. Status
Sharing Is Caring. Tapi caring apakejadahnya kalau asyik emo tak tentu pasal, berlagak, dan mengaku hebat. Ramai rupanya yang narcisstic kat FB ni. Contoh status; "alangkah susahnya hidup, makan tak kenyang, bos tak hensem, breast kakak lagi besar..."

6. Event
Sila invite aku kalau event tu ialah Konsert Butterfingers Unplugged, Wet T-Shirt Competition, NRG Live in Hard Rock Cafe, Pussycat Dolls feat. Kim Kardashian atau yang seumpama dengannya. Tolong jangan invite aku ke "Majlis Apresiasi Novel Ahadiat Akashah" atau "Perhimpunan Pengumpul Setem Semenyih". Aku muntah.

7. Profile Pic
Tolonglah letak gambar sendiri. Kena pulak kalau diorang jenis nerd, anti-sosial yang tak reti bergaul dengan orang ramai. Cuma reti nak tegur orang dalam dunia online je. Tetiba nak bersuara, padahal tak sapa kenal dia. Walaupun muka diorang macam unta ataupun tapak kasut, sekurang-kurangnya muka tu la yang orang kenal. Dan sila jangan guna gambar artis atau orang kenamaan. Poyo.

No comments: