Tuesday, May 12, 2009

Seks Dan Bandaraya

Malam tadi berlaku lagi pertemuan Sidang Blogger. Aku, Mala, Jazmin dan Fariq menghadirkan diri masing-masing kat Rasta TTDI. Hasil perbincangan telah membuahkan bahawa;

kitorang ni mcm pelakon Sex & The City.

Kononnya.

Mari berkenalan dengan watak-watak utama.


1. Mala = Carrie

Yang ni memang obvious sangat la. Mala memang seorang penulis yang prolifik. Hampir setiap hari ada je entri baru yang dia tulis. Ada yang thought-provoking, ada yang kelakar, ada yang serius, ada yang syahdu, dan ada yang downright silly.

Bezanya cuma Carrie guna Apple, Mala guna VAIO.

2. Jazmin = Miranda

Yang ni pun agak obvious. Seorang yang tahu apa yang dia nak, straight-to-the-point, sinikal dan sangat independent. Jangan kacau bila dia tgh hangin. Dia juga sangat busy mengalahkan lawyer, aku rasa pasal dia sangat rajin dan boleh diharap. Kalau tak, takkan la bos dia bagi banyak kerja. Atau mungkin pasal bos dia pemalas.

3. Fariq = Charlotte

Dia sangat sweet, sampaikan Hilmi pun mimpikan dia (omaigod!). Dia masih single, masih mencari, sentiasa tahu apa yang dia nak. Soft-spoken, sangat beradab, dan tidak pernah berkira dengan kawan-kawan. Pasangan idaman dia memang perfect. Dan dia sentiasa mencari yang terbaik.

Pastu bila tak dapat, dia akan emo.

4. Aku = Samantha

Gila ke hapa?

No comments: