Sunday, May 10, 2009

Review - Star Trek

PLOT:

Mengisahkan perjalanan awal hidup dan karier Kapten James Kirk sebelum mengetuai kapal terbesar Starfleet, USS Enterprise. Juga diselitkan hubungan awalnya dengan Uhura dan konflik dengan Spock sebelum akhirnya berbaik dan bergabung tenaga dan kepintaran untuk menewaskan puak Romulan yang mengganas.

REVIEW:

Gila best filem ni!

Mula-mula dulu ramai yang meragui filem ni boleh jadi sehebat filem Star Trek yang lama, rupanya boleh jadi lebih hebat!

Jangan risau kalau korang tak pernah ikut cerita Star Trek sebelum ni. Filem ni adalah prequel kepada semua cerita Star Trek.

Adegan perang angkasa yang jauh lebih hebat dari Star Wars, konflik yang berjaya dihidupkan, jalan cerita yang berkembang elok dan climax yang tidak mengecewakan.

Sila tonton filem ni, korang takkan rugi.

No comments: