Sunday, May 24, 2009

Lumrah Kerja

Sabtu Ahad lepas ialah antara hari paling sibuk dalam sejarah aku kerja. Aku dipaksa menjadi pengarah program sebuah event kat PJ.

Kerja memang la berat, aku faham yang tu. Tapi bila orang politik dah masuk campur, itu yang aku hangin. Aku tak faham langsung orang politik ni. Kalau tak menyusahkan kerja orang lain boleh tak? Semua nak mendabik dada mengaku dia hebat, dia la yang terbaik, dia nak disambut macam Maharaja, nak dilayan macam Firaun. Padahal setakat nak berlagak dan dapat political mileage, sikit pun aku tak heran.

Pergi mampus.

Aku seorang yang simple. Dapat arahan, atur persiapan, buat. Tapi macamana nak buat kerja kalau ada muncul pulak golongan-golongan bodoh yang perasan hebat ni mula bagi komen-komen langsung tak membina, dia pulak yang nak jadi pengarah.

In the end, its a one man show.

Yup, aku buat semua benda. Pergi mampus dengan orang-orang perasan hebat tu.

Dan semalam berakhir dengan OK. Memang ada suara-suara sumbang. Peduli apa aku. Janji aku dah berjaya setelkan semua.

Dan aku sangat suka dengan Ali XPDC. Dia sangat cool. Lain kali aku nak jemput dia lagi.

Peace out!

No comments: