Sunday, May 17, 2009

BBQ Yang Tragis

Weekend lepas aku menghadiri sesi BBQ kawan-kawan sekolah aku kat Cheras. Geng-geng sekolah aku ni memang kacip, walaupun dah lebih 10 tahun kitorang habis form 5. Mungkin pasal kitorang sekolah lelaki kan.

Ada yang dah kahwin, ada yang dah jadik bapak, dah tunang, dah ada gelfren, bujang semua turun. Status bukan penghalang. Sapa nak kahwin kena dapat approval geng-geng dulu baru OK. Kalo pompuan tu tak boleh masuk geng, memang takkan kahwin la. Yup, teori ini telah terbukti 3 kali.

BBQ memang aktiviti bulanan, lokasi je berubah. Menu pun sama je, janji boleh makan. Hahahahahahahahaa.....

Membakar kambing dengan penuh kasih sayang.

Tragedi yang menyayat hati

Cepat! Cepat! Sebelum bini kau nampak....

Burp~ Alhamdulillah


Kambing BBQ rasa pasir sedap jugak rupanya.

No comments: