Saturday, May 30, 2009

Review - Terminator Salvation

PLOT:

Sequel terbaru dari franchise Terminator. Kali ini mengisahkan tentang perjuangan John Connor, pemimpin manusia menentang robot pembunuh dari Skynet ketika beliau sudah dewasa dan bukan budak-budak macam 3 filem Terminator terdahulu. Asal-usul model T-800 juga diperjelaskan dan konflik dalaman John Connor dan cabaran-cabaran baru beliau.

REVIEW:

Best.

Walaupun tak sebagus Terminator 2: Judgement Day. Aksi sangat banyak, macam non-stop. Cakap sikit, perang banyak. Dan rupanya ada macam-macam terminator, selama ni ingatkan rupa Terminator tu macam Arnold Susah-nak-eja je. Aksi sangat banyak!

Dan terlampau banyak. Keluar panggung aku dah lupa apa jalan cerita dia. Hahahahha.....

Awek dalam filem ni hot gak. Nama betul dia ialah Moon Bloodgood. Cool kan?

Filem ni takde feel macam filem Terminator. Lebih kepada filem aksi yang ada Terminator. Tapi aku enjoy!

Review - Monsters VS Aliens


PLOT:

Mengisahkan tentang Susan yang dihempap dengan meteorit pada hari perkahwinannya dan mengubah badannya menjadi lebih besar dan lebih kuat. Seterusnya dia ditahan oleh pihak kerajaan bersama 4 lagi makhluk lain. Apabila makhluk asing yang diketuai oleh Gallaxhar cuba menakluk bumi, Susan dan makhluk-makhluk lain bergabung tenaga untuk menghalang penaklukan.

REVIEW:

Filem ni biasa jer, still tak boleh lawan Finding Nemo. Lawak yang dah basi dan dipaksa, adegan-adegan emo yang dragging, dan ending yang cliche.

Tapi kalo setakat nak layan, bole la.

Wednesday, May 27, 2009

Lari, Forrest! Lari!




Aku ni asyik makan je la...

Patut la makin gemuk.

Sunday, May 24, 2009

Lumrah Kerja

Sabtu Ahad lepas ialah antara hari paling sibuk dalam sejarah aku kerja. Aku dipaksa menjadi pengarah program sebuah event kat PJ.

Kerja memang la berat, aku faham yang tu. Tapi bila orang politik dah masuk campur, itu yang aku hangin. Aku tak faham langsung orang politik ni. Kalau tak menyusahkan kerja orang lain boleh tak? Semua nak mendabik dada mengaku dia hebat, dia la yang terbaik, dia nak disambut macam Maharaja, nak dilayan macam Firaun. Padahal setakat nak berlagak dan dapat political mileage, sikit pun aku tak heran.

Pergi mampus.

Aku seorang yang simple. Dapat arahan, atur persiapan, buat. Tapi macamana nak buat kerja kalau ada muncul pulak golongan-golongan bodoh yang perasan hebat ni mula bagi komen-komen langsung tak membina, dia pulak yang nak jadi pengarah.

In the end, its a one man show.

Yup, aku buat semua benda. Pergi mampus dengan orang-orang perasan hebat tu.

Dan semalam berakhir dengan OK. Memang ada suara-suara sumbang. Peduli apa aku. Janji aku dah berjaya setelkan semua.

Dan aku sangat suka dengan Ali XPDC. Dia sangat cool. Lain kali aku nak jemput dia lagi.

Peace out!

Thursday, May 21, 2009

Ketam Gemok




Burp~ Alhamdulillah....

Sunday, May 17, 2009

BBQ Yang Tragis

Weekend lepas aku menghadiri sesi BBQ kawan-kawan sekolah aku kat Cheras. Geng-geng sekolah aku ni memang kacip, walaupun dah lebih 10 tahun kitorang habis form 5. Mungkin pasal kitorang sekolah lelaki kan.

Ada yang dah kahwin, ada yang dah jadik bapak, dah tunang, dah ada gelfren, bujang semua turun. Status bukan penghalang. Sapa nak kahwin kena dapat approval geng-geng dulu baru OK. Kalo pompuan tu tak boleh masuk geng, memang takkan kahwin la. Yup, teori ini telah terbukti 3 kali.

BBQ memang aktiviti bulanan, lokasi je berubah. Menu pun sama je, janji boleh makan. Hahahahahahahahaa.....

Membakar kambing dengan penuh kasih sayang.

Tragedi yang menyayat hati

Cepat! Cepat! Sebelum bini kau nampak....

Burp~ Alhamdulillah


Kambing BBQ rasa pasir sedap jugak rupanya.

Review - Angels & Demons

PLOT:

Selepas Da Vinci Code, Professsor Robert Langdon kembali untuk menyelesaikan beberapa siri penculikan dan pembunuhan di Vatican City selepas kematian Pope. Keadaan menjadi lebih rumit apabila sebuah organisasi rahsia iaitu Illuminati dipercayai mendalangi semua kejadian tersebut termasuklah insiden kecurian bahan anti-matter dari Pelanggar Hadron Besar (LHC).

REVIEW:

Not bad. Lagi bagus dari Da Vinci Code. Jalan cerita agak predictable, tapi tu pun mungkin pasal aku dah baca novel dia hehehe...

Filem ni OK, tapi kalau korang tak berapa minat dengan filem puzzle, mungkin akan confuse sket.

Friday, May 15, 2009

15 Mei 2008 Revisited

Hari ni 15 Mei 2009.

Aku terkenang apa yang aku buat hari ni tahun lepas. Aku check koleksi gambar-gambar aku kalau ada gambar yang menarik.

Rupanya-rupanya hari ni genap setahun aku menamatkan latihan polis kat Cheras.

Segalanya terbayang semula kat kepala hotak aku.

Latihan kawad. Sesi menembak. Inokulasi. Kawad PORU.

Dan juga Mess Nite.

Mess Nite yang paling best bagi aku. Aku jadi formal MC dan aku menari Geli Mat! Masih segar kat kepala aku menari bersama Mala, ShukO dan Jojo.

Manisnya kenangan itu.....

Roy "Hati Kau Keras" dan Shuko masa rehearsal

Aku di meja MC Formal

ShukO dan Jojo

Geli Maaaat!!!

Aksi manja bersama Mala. Hahahaha....

Aku rindu masa-masa itu.

Tuesday, May 12, 2009

Seks Dan Bandaraya

Malam tadi berlaku lagi pertemuan Sidang Blogger. Aku, Mala, Jazmin dan Fariq menghadirkan diri masing-masing kat Rasta TTDI. Hasil perbincangan telah membuahkan bahawa;

kitorang ni mcm pelakon Sex & The City.

Kononnya.

Mari berkenalan dengan watak-watak utama.


1. Mala = Carrie

Yang ni memang obvious sangat la. Mala memang seorang penulis yang prolifik. Hampir setiap hari ada je entri baru yang dia tulis. Ada yang thought-provoking, ada yang kelakar, ada yang serius, ada yang syahdu, dan ada yang downright silly.

Bezanya cuma Carrie guna Apple, Mala guna VAIO.

2. Jazmin = Miranda

Yang ni pun agak obvious. Seorang yang tahu apa yang dia nak, straight-to-the-point, sinikal dan sangat independent. Jangan kacau bila dia tgh hangin. Dia juga sangat busy mengalahkan lawyer, aku rasa pasal dia sangat rajin dan boleh diharap. Kalau tak, takkan la bos dia bagi banyak kerja. Atau mungkin pasal bos dia pemalas.

3. Fariq = Charlotte

Dia sangat sweet, sampaikan Hilmi pun mimpikan dia (omaigod!). Dia masih single, masih mencari, sentiasa tahu apa yang dia nak. Soft-spoken, sangat beradab, dan tidak pernah berkira dengan kawan-kawan. Pasangan idaman dia memang perfect. Dan dia sentiasa mencari yang terbaik.

Pastu bila tak dapat, dia akan emo.

4. Aku = Samantha

Gila ke hapa?

Berseronok Dengan Beruk




Shuko, ko ingat ko sorang boleh letak gambar beruk kat blog?

Sunday, May 10, 2009

Review - Star Trek

PLOT:

Mengisahkan perjalanan awal hidup dan karier Kapten James Kirk sebelum mengetuai kapal terbesar Starfleet, USS Enterprise. Juga diselitkan hubungan awalnya dengan Uhura dan konflik dengan Spock sebelum akhirnya berbaik dan bergabung tenaga dan kepintaran untuk menewaskan puak Romulan yang mengganas.

REVIEW:

Gila best filem ni!

Mula-mula dulu ramai yang meragui filem ni boleh jadi sehebat filem Star Trek yang lama, rupanya boleh jadi lebih hebat!

Jangan risau kalau korang tak pernah ikut cerita Star Trek sebelum ni. Filem ni adalah prequel kepada semua cerita Star Trek.

Adegan perang angkasa yang jauh lebih hebat dari Star Wars, konflik yang berjaya dihidupkan, jalan cerita yang berkembang elok dan climax yang tidak mengecewakan.

Sila tonton filem ni, korang takkan rugi.

Friday, May 8, 2009

Peringatan Ikhlas Kepada Semua Ibubapa

Kepada semua ibubapa diluar sana.

Aku faham kamu semua sayang anak kamu.

Aku faham kamu semua ingin memberinya perlindungan terbaik.

Terutama apabila berada di jalanraya.

Apatah lagi bila menunggang motosikal.

Tapi aku tak paham.

Kenapa kau jadikan anak kau serupa makhluk asing?

Aku rasa budak ni mesti trauma.

Wednesday, May 6, 2009

Transformers : Revenge Of The Fallen

Aku tahu, berjuta peminat yang tak sabar tunggu filem ni kuar wayang. Aku ingat nak tengok kat IMAX, gambar besar gila! hahahahha Tapi sayang xde versi 3D plak.

Dah tengok trailer terbaru Transformers : Revenge Of The Fallen? Kalau belum, sila tengok dulu.



Amacam? Gila best.

Banyak robot baru dalam filem ni berbanding filem pertama dulu. Tapi yang betul-betul aku nak tengok hanya 2 robot jer.

DEMOLISHER & DEVASTATOR!

Ini ialah Demolisher yang sangat pelik designnya. Tapi besar bagak dan sangat best.



Dan ini pula ialah Devastator, cantuman 7 Constructicon. Robot paling besar bagak!



Selain dua robot tu, of course la aku nak tengok Megan Fox :P

Tunggu je la movie ni kuar.

Monday, May 4, 2009

Kisah Ngeri Hari Ini


Tuesday May 5, 2009

Secretary accidentally bites off boss’ penis

A SECRETARY accidentally bit off the penis of her employer while giving him oral sex in a car.

Sin Chew Daily and China Press reported yesterday that while the 30-year-old woman was performing oral sex on the man, the car was hit by a reversing van.

The impact of the crash, China Press reported, caused the woman to bite off her lover’s organ.

The daily reported that the incident occurred in a Singapore park where the couple met after work.

To make matters worse for the woman, her husband had sent a private investigator to spy on her after suspecting that she was being unfaithful.

The investigator said he had followed the woman and her boss to the park.

“On reaching the park, they did not alight from the car. Not long after, the car started to shake violently.

After the car was hit by the van, there was a loud scream from the woman whose mouth was covered with blood,” he said.

The woman later followed her lover to the hospital with part of the sexual organ.

The investigator, who called an ambulance to send the man to hospital, said that this was the first time he had encountered such an incident.



Diambil dari The Star.

Sunday, May 3, 2009

Bercakap Dengan BITCH

Semalam di rumah aku ketika aku tengah syok main Wii, tetiba irama vio-pipe berkumandang dari Blackberry Bold aku. Berikut adalah percakapan antara aku, dengan Betina Insuran Tak Cukup Hormon (BITCH);


Aku: "Hello"

BITCH: "Hello, en. Hadi. Saya Yana dari Takaful Insurans ingin menawarkan pakej Insurans nyawa untuk encik. Boleh kita set masa untuk bertemu?"

Aku: "Insurans? Apa kejadahnya?"

BITCH : "Insurans untuk perlindungan encik....bla bla bla.... yada yada yada... ahh ahhh ahhh.. uuhhh..uhh.. uhhh... dalam lagi... panjangnya..... untuk keselamatan... boleh?"

Aku : "Macam ni la cik Yana, saya taknak buang masa sesiapa, saya tak berminat nak beli ya?"

BITCH : "Ya, orang Melayu memang tak berminat dengan insurans. Tapi encik jumpa saya dulu.... bincang... dalam-dalam... climax.... bla bla bla..... hihihihi..... "

Aku : "Cik Yana, takpe la. Saya tak minat ye"

BITCH : "terfikir tak tentang keselamatan.... duit takde... bahaya... ekonomi gawat... gersang.... tanah kemarau ingin disiram baja..... masa depan... anak bini...."

Aku : "Saya tak minat"

BITCH : "Seterusnya... kos rawatan.... bla bla bla.... aahhh..ahhhh ahhh.. nyit nyot nyit nyot...."

Aku : *tekan butang END*


BITCH tu memang tak reti bahasa.