Sunday, April 19, 2009

Weekend Darul Makmur

Weekend yang lepas aku ke Kuantan. Plan asal sebenarnya nak ke Temerloh melawat family angkat aku, tapi pasal bapak angkat aku ke Kuantan menyambut PM (bukan aku ye, tapi Najib) kita kat sana, aku terus je ke Kuantan. Last-last nak jumpa dia pun tak dapat.

Nak lepak kat Teluk Chempedak, hujan plak. Nak tengok wayang dah lambat. Memang giler sangap la aku kat sana Sabtu tu. Nasib baik tak pusing kereta balik KL.

Najib punya pasal, semua hotel kat Kuantan penuh. Nasib baik dapat bilik kat Hotel Luxury. Tapi jangan tertipu lak. Hotel Luxury ni sebenarnya hotel cap ayam yang aku syak ada menawarkan ayam-ayam separa kualiti. Aku syak je la.... RM60 satu malam, jangan expect ada jakuzi, bathtub, liveband bagai...

Esoknya breakfast kat Kemaman Kopitiam. Wangi sungguh kopi Kemaman, teringat masa Unggul kat INTIM dulu.


Kopi Kemaman + French Toast (Roti telur)

Habis breakfast, aku terus ke agenda asal aku ke negeri Pahang. TEMERLOH!!!!

Aku ke Temerloh atau lebih spesifiknya, Kampung Bangau Parit. Dah berapa kali aku datang sini pun aku tak ingat dah. Berbekalkan jagung Taiwan yang aku beli kat Sabak Bernam aritu, lepak la ngan family angkat aku. Suka betul diorang tengok aku datang.


Pak angkat aku sempat lagi cerita, bila borak dengan Tok Empat yang lain, nampaknya aku sorang je anak angkat yang balik Temerloh. Apa dah jadi ngan member2 aku yang lain?

Oleh kerana musim hujan, air Sungai Pahang naik lagi. So, takde la udang galah yang menanti aku (isk isk isk). Tapi macam biasa, aku dijamu sampai kembung perut.

Aku: "Pakcik, saya balik dulu ye"

Pak Angkat: "Hah, nanti jap"

Ingatkan nak nanti apa, rupanya nanti dia tengah buat cekodok ikan bilis ngan lempeng sebelum aku balik. Padahal baru je makan nasik 3 pinggan, jagung rebus dan pulut.

Takpe la, janji aku happy tengok diorang happy.

Rumah pak angkat aku ni dah siap renovate. Tahun lepas masa aku stay ngan diorang, camni rupa rumah tu;


Dan sekarang.....

Vision Perfection!

Aku akan kembali lagi.

No comments: