Wednesday, April 29, 2009

Review - X Men Origins : Wolverine

PLOT:

Mengisahkan tentang kehidupan awal Wolverine dan hubungan kompleksnya dengan Sabretooth, iaitu abang tirinya. Kedua-duanya memiliki kebolehan istimewa yang menyebabkan mereka tidak tua dan boleh sembuh dari sebarang kecederaan dengan pantas. Selain itu, Kolonel Stryker dan usahanya mencari logam adamantium dan obsesinya terhadap program Weapon X juga dijelaskan.

REVIEW:

Filem ni sangat best! Malah aku rasa lebih baik dari filem X Men dulu.

Filem ni bukan sekadar aksi gaduh semata-mata, tetapi juga menjelaskan hubungan kompleks Wolverine dengan Sabretooth sebelum dia memiliki logam adamantium dalam tubuhnya, bagaimana dia menjalani hidup sebelum bergelar X Men dan pelbagai lagi.

Selain watak-watak baru, ada gak watak lama yang buat cameo dalam filem ni, tapi versi lebih muda la. Antaranya ialah Cyclops, Toad dan Prof X.

Kalau cerita pasal aksi gaduh, memang best. Terutama sekali aksi Wolverine dan Sabretooth gaduh dengan Deadpool atas loji nuklear. Dan juga Deadpool sangat saiko ye, aku rasa dia lagi best dari Wolverine, boleh? Hahahaha....

Tapi antara yang paling menarik, GAMBIT! akhirnya dia muncul gak. Dan aksi Gambit dengan kad dan tongkatnya memang sangat cool! Sayang aksi dia tak banyak sangat. Tapi memang puas hati.

Senang cerita, sila pergi tengok filem ni. Sangat best!

No comments: