Thursday, April 23, 2009

Review - Queens Of Langkasuka

PLOT:

Di Semenanjung Tanah Melayu, sekitar kira-kira 400 tahun yang lalu, Raja Langkasuka telah dibunuh manakala keluarga diRaja ketika itu tidak mempunyai pilihan selain memahsyurkan Puteri Hijau sebagai pewaris takhta yang baru dan seterusnya menjadikan baginda sebagai Permaisuri pertama di negara tersebut yang memegang tampuk pemerintahan. Hijau dan dua orang adik perempuannya, Biru dan Ungu berusaha gigih sepenuh tenaga untuk mempertahankan kerajaan dan negara mereka yang kaya-raya dari serangan pembelot dan pengkhianat, ancaman lanun-lanun dan kuasa-kuasa besar lain di rantau tersebut. Tatkala usaha mereka untuk merebut sebuah meriam yang berkuasa dari tangan seorang pakar senjata Belanda menuju ke jalan buntu dimana meriam tersebut telah jatuh ke tangan lanun berbahaya, ketiga-tiga saudara ini sedar bahawa mereka berada dalam keadaan yang sangat berbahaya.

REVIEW:

SANGAT BEST!

Serius, aku tak tipu. Anggap saja cerita ni Pirates of The Carribbean versi Asia. Tapi jauh lebih best. Apa yang aku expect mmg semua ada.

Aksi gaduh? Hebat!
Special Effect? Terbaik!
Jalan cerita? Bagus!
Awek cun? Ada.

Menonton filem ni buat aku rasa bangga. Akhirnya sebuah epik Melayu yang boleh dibanggakan. Pakaian, senjata, dan nama semuanya unsur Melayu.


Cuma beza diorang semua cakap Siam. Nak buat camana, dah filem Siam. Putera negeri Pahang pun cakap Siam. Tuk Rahman, Haji Kadir semua cakap Siam. Nasib baik orang Belanda tu tak cakap Siam gak.


Pembuat filem kat Malaysia tengah sibuk buat filem lawak spastik, anak Tan Sri cinta kat cleaner tingkap, lawak spastik, mat rempit dan lawak spastik. Tak malu ke?


Aku sangat rekomen korang semua gi tengok filem ni.

No comments: