Tuesday, April 7, 2009

Renungan Untuk Kita Semua

Dalam kehidupan ini, banyak benda yang kita akan lalui. Ada yang manis, ada yang pahit, dan ada yang tiada rasa. Sekadar memenuhi ruang antara dua rasa.

Yang manis biasanya tiada masalah, ia akan dikenang sampai bila-bila sebagai satu kenangan yang menggembirakan.

Yang pahit biasanya mahu dilupakan. Atau tetap dikenang sebagai peringatan agar kesilapan yang sama tidak akan berlaku lagi.

Kadangkala kita mahu mencapai sesuatu yang lebih. Lebih dari kemampuan kita. Lebih dari keupayaan kita.

Dan kita akan tersangkut.

Pada masa-masa begini kita perlukan bantuan. Kita perlu pertolongan. Kita perlu sokongan.

Kita mengharap seseorang akan datang dan melepaskan kita dari apa yang membelenggu kita.

Cuma kadang-kadang kita terlupa....




...tak semua yang datang itu mahu menolong kita.

No comments: