Wednesday, April 29, 2009

Review - X Men Origins : Wolverine

PLOT:

Mengisahkan tentang kehidupan awal Wolverine dan hubungan kompleksnya dengan Sabretooth, iaitu abang tirinya. Kedua-duanya memiliki kebolehan istimewa yang menyebabkan mereka tidak tua dan boleh sembuh dari sebarang kecederaan dengan pantas. Selain itu, Kolonel Stryker dan usahanya mencari logam adamantium dan obsesinya terhadap program Weapon X juga dijelaskan.

REVIEW:

Filem ni sangat best! Malah aku rasa lebih baik dari filem X Men dulu.

Filem ni bukan sekadar aksi gaduh semata-mata, tetapi juga menjelaskan hubungan kompleks Wolverine dengan Sabretooth sebelum dia memiliki logam adamantium dalam tubuhnya, bagaimana dia menjalani hidup sebelum bergelar X Men dan pelbagai lagi.

Selain watak-watak baru, ada gak watak lama yang buat cameo dalam filem ni, tapi versi lebih muda la. Antaranya ialah Cyclops, Toad dan Prof X.

Kalau cerita pasal aksi gaduh, memang best. Terutama sekali aksi Wolverine dan Sabretooth gaduh dengan Deadpool atas loji nuklear. Dan juga Deadpool sangat saiko ye, aku rasa dia lagi best dari Wolverine, boleh? Hahahaha....

Tapi antara yang paling menarik, GAMBIT! akhirnya dia muncul gak. Dan aksi Gambit dengan kad dan tongkatnya memang sangat cool! Sayang aksi dia tak banyak sangat. Tapi memang puas hati.

Senang cerita, sila pergi tengok filem ni. Sangat best!

Review - Paul Blart: Mall Cop


PLOT:

Kisah seorang gemuk yang gagal ujian polis kerana penyakit hypoglycemia, terpaksa jadi pak guard untuk sara hidup mak dan anak perempuannya. Oleh kerana dia gemuk, dah biasa jadi bahan ketawa dan permainan orang lain. Suatu hari shopping kompleks ditawan sekumpulan perompak, dan dia cuba untuk jadi hero.

REVIEW:

Bodoh.
Lembab.
Buang masa, buang duit.

Jalan cerita MAHA lembab, plot yang sangat cliche dan ending yang korang dah tau sejak minit kedua.

Jangan tengok filem ni. Kecuali kalau korang peminat aksi slapstik Senario dan Saiful Apek.

Friday, April 24, 2009

Malam Tadi Aku Tak Jadi Main Futsal

Menari 3 jam kat Hard Rock Cafe pun boleh keluar peluh kan?

Thursday, April 23, 2009

Review - Queens Of Langkasuka

PLOT:

Di Semenanjung Tanah Melayu, sekitar kira-kira 400 tahun yang lalu, Raja Langkasuka telah dibunuh manakala keluarga diRaja ketika itu tidak mempunyai pilihan selain memahsyurkan Puteri Hijau sebagai pewaris takhta yang baru dan seterusnya menjadikan baginda sebagai Permaisuri pertama di negara tersebut yang memegang tampuk pemerintahan. Hijau dan dua orang adik perempuannya, Biru dan Ungu berusaha gigih sepenuh tenaga untuk mempertahankan kerajaan dan negara mereka yang kaya-raya dari serangan pembelot dan pengkhianat, ancaman lanun-lanun dan kuasa-kuasa besar lain di rantau tersebut. Tatkala usaha mereka untuk merebut sebuah meriam yang berkuasa dari tangan seorang pakar senjata Belanda menuju ke jalan buntu dimana meriam tersebut telah jatuh ke tangan lanun berbahaya, ketiga-tiga saudara ini sedar bahawa mereka berada dalam keadaan yang sangat berbahaya.

REVIEW:

SANGAT BEST!

Serius, aku tak tipu. Anggap saja cerita ni Pirates of The Carribbean versi Asia. Tapi jauh lebih best. Apa yang aku expect mmg semua ada.

Aksi gaduh? Hebat!
Special Effect? Terbaik!
Jalan cerita? Bagus!
Awek cun? Ada.

Menonton filem ni buat aku rasa bangga. Akhirnya sebuah epik Melayu yang boleh dibanggakan. Pakaian, senjata, dan nama semuanya unsur Melayu.


Cuma beza diorang semua cakap Siam. Nak buat camana, dah filem Siam. Putera negeri Pahang pun cakap Siam. Tuk Rahman, Haji Kadir semua cakap Siam. Nasib baik orang Belanda tu tak cakap Siam gak.


Pembuat filem kat Malaysia tengah sibuk buat filem lawak spastik, anak Tan Sri cinta kat cleaner tingkap, lawak spastik, mat rempit dan lawak spastik. Tak malu ke?


Aku sangat rekomen korang semua gi tengok filem ni.

Tuesday, April 21, 2009

Yuna Oh Yuna

Yunalis bt. Mat Zarai a.k.a Yuna

I'm soo in love with her songs right now.

Mula-mula nak download 2-3 lagu jer, pastu habis aku download satu album.

Kalo dia tau mesti dia marah.

Saya peduli apa?

Sila layan video ini. Dan Sebenarnya oleh Yuna

Sunday, April 19, 2009

Weekend Darul Makmur

Weekend yang lepas aku ke Kuantan. Plan asal sebenarnya nak ke Temerloh melawat family angkat aku, tapi pasal bapak angkat aku ke Kuantan menyambut PM (bukan aku ye, tapi Najib) kita kat sana, aku terus je ke Kuantan. Last-last nak jumpa dia pun tak dapat.

Nak lepak kat Teluk Chempedak, hujan plak. Nak tengok wayang dah lambat. Memang giler sangap la aku kat sana Sabtu tu. Nasib baik tak pusing kereta balik KL.

Najib punya pasal, semua hotel kat Kuantan penuh. Nasib baik dapat bilik kat Hotel Luxury. Tapi jangan tertipu lak. Hotel Luxury ni sebenarnya hotel cap ayam yang aku syak ada menawarkan ayam-ayam separa kualiti. Aku syak je la.... RM60 satu malam, jangan expect ada jakuzi, bathtub, liveband bagai...

Esoknya breakfast kat Kemaman Kopitiam. Wangi sungguh kopi Kemaman, teringat masa Unggul kat INTIM dulu.


Kopi Kemaman + French Toast (Roti telur)

Habis breakfast, aku terus ke agenda asal aku ke negeri Pahang. TEMERLOH!!!!

Aku ke Temerloh atau lebih spesifiknya, Kampung Bangau Parit. Dah berapa kali aku datang sini pun aku tak ingat dah. Berbekalkan jagung Taiwan yang aku beli kat Sabak Bernam aritu, lepak la ngan family angkat aku. Suka betul diorang tengok aku datang.


Pak angkat aku sempat lagi cerita, bila borak dengan Tok Empat yang lain, nampaknya aku sorang je anak angkat yang balik Temerloh. Apa dah jadi ngan member2 aku yang lain?

Oleh kerana musim hujan, air Sungai Pahang naik lagi. So, takde la udang galah yang menanti aku (isk isk isk). Tapi macam biasa, aku dijamu sampai kembung perut.

Aku: "Pakcik, saya balik dulu ye"

Pak Angkat: "Hah, nanti jap"

Ingatkan nak nanti apa, rupanya nanti dia tengah buat cekodok ikan bilis ngan lempeng sebelum aku balik. Padahal baru je makan nasik 3 pinggan, jagung rebus dan pulut.

Takpe la, janji aku happy tengok diorang happy.

Rumah pak angkat aku ni dah siap renovate. Tahun lepas masa aku stay ngan diorang, camni rupa rumah tu;


Dan sekarang.....

Vision Perfection!

Aku akan kembali lagi.

Monday, April 13, 2009

Basah Di Genting, Keras Di Amcorp


Sabtu lepas aku ke Genting. Bukan nak ke Anugerah Artis Popular tu. Aku tak tau pun ada anugerah. Patut la penuh je carpark sana. Aku gi Songkran Festival. Yang main-main air mcm kat Siam tu...

Agak meriah gak la. Penuh dengan aweks aweks Siam yang berkemban. Hihihihi.....

Ada pentas aweks menyanyi, tarian aweks berkemban, aweks dan aweks...

Dan juga rimau.


Tapi yang paling syok ialah....


Wahahahaha.... berparti buih diatas gunung dengan aweks Siam! Jangan jeles ye...


**************************************************************************

Ahad pulak aku ke Amcorp Mall. Plan asal nak makan jer. Alih alih aku jadik keras.

Bukan keras pasal kena tegur ngan Sang Kelembai ye. Aku keras pasal nak jadi model.

Model potret diri sendiri.


Dan inilah hasilnya!


Rasa mcm nak gi parti buih lagi......

Thursday, April 9, 2009

Tersurat Dan Tersirat

Cuba tengok 4 keping gambar ni dan fikir apa yang korang nampak dan apa yang sebenarnya yang PATUT korang nampak.


Gambar 1:

Korang fikir apa?


Gambar 2:

Korang nampak 7 ikan lumba-lumba atau apa?



Gambar 3:


Apa yang kau rasa?



Gambar 4:


Apa yang kau fikir?


Sila bersihkan pemikiran anda sekarang.

Tuesday, April 7, 2009

Renungan Untuk Kita Semua

Dalam kehidupan ini, banyak benda yang kita akan lalui. Ada yang manis, ada yang pahit, dan ada yang tiada rasa. Sekadar memenuhi ruang antara dua rasa.

Yang manis biasanya tiada masalah, ia akan dikenang sampai bila-bila sebagai satu kenangan yang menggembirakan.

Yang pahit biasanya mahu dilupakan. Atau tetap dikenang sebagai peringatan agar kesilapan yang sama tidak akan berlaku lagi.

Kadangkala kita mahu mencapai sesuatu yang lebih. Lebih dari kemampuan kita. Lebih dari keupayaan kita.

Dan kita akan tersangkut.

Pada masa-masa begini kita perlukan bantuan. Kita perlu pertolongan. Kita perlu sokongan.

Kita mengharap seseorang akan datang dan melepaskan kita dari apa yang membelenggu kita.

Cuma kadang-kadang kita terlupa....




...tak semua yang datang itu mahu menolong kita.

Sunday, April 5, 2009

Snippet Bergambar

Aku langsung takde idea nak menulis panjang-panjang. Mungkin pasal agak sibuk skang ni. So sementara tu, sila layan beberapa fakta bergambar ringkas berikut;



1. Kim Kardashian adalah salah seorang pengguna Blackberry. Dia tak guna Samsung OMNIA. Fariq, sila jangan jeles ye.


2. Aku rasa corak harimau bintang sangat seksi. Semalam aku pasang cover seat corak harimau bintang kat kereta aku. Jadi sekarang pemanduan aku lebih seksi dan menggiurkan macam Tyra Banks.


3. Aku suka makan abalone terutama dengan sup sirip ikan yu. Tapi lain macam jer rupa abalone ni...


4. Minggu lepas sebijik Hummer H6 Player Edition lalu depan rumah aku. Sapa la yang kaya sangat nak beli menatang 6 roda ni? Harga lebih RM 1 juta oi....


5. Ini ialah mee segera edisi Hard Gay. Nama mee segera ini ialah Sodo Mee. Macam sodomy jer....



Sekian snippet bergambar aku.

Wednesday, April 1, 2009

Pitbull feat. Lil' Jon - Krazy



INTRO:

Boom Boom I’mma make em go KRAZY…
Hey Hey Let’s do it again Baby…Let’s Do it…
Boom Boom I’mma make em go KRAZY…
We gotta do it again…Ha ha..
Boom Boom I’mma make em go KRAZY…
Let’s make em go Krazy this time ..oh oh
Boom Boom I’mma make em go KRAZY…
I don’t think they ready Chico..They ain’t ready man
Boom Boom I’mma make em go KRAZY…
Hit em one time…Ehhhh Yooooooo


CHORUS:

Latinas they get Krazy....
Blanquitas they get Krazy....
Negritas they get Krazy....
Yo Mama she gets Krazy....(Hey)

Latinas they get Krazy.... (Hey)(Hey)(Let’s Go)
Blanquitas they get Krazy....(Hey) (Let’s Go)
Negritas they get Krazy....(Hey) (Let’s Go)
Yo Mama she gets Krazy.... (Everybody)

Now Jump up let’s get Krazy…
Now Jump up let’s get Krazy…
Now Jump up let’s get Krazy…

Now Jump up let’s get Krazy…
Now Jump up let’s get Krazy…
Now Jump up let’s get Krazy…
Now Jump up let’s get Krazy…
I said Damn that’s KRAZY….
Let’s get Krazy


1st Verse PITBULL:
(EEEEEHHHHHH YOOOOOOOOO)

Kanye no style / J Lo no ass
Fifty no beef / Jay Z no cash
Diddy no Biggie / Fat Joe no Pun
Lil Jon no crunk / Dmc no Run
Jeezy no coke / Katt Williams no Joke
Mc Hammer still rich not broke (Yeeeah)
Just imagine all this Bass (Yeah)
Is enough to make you go KRAZY….. (Krazy)
(woooooo)

CHORUS:

Latinas they get Krazy....
Blanquitas they get Krazy....
Negritas they get Krazy....
Yo Mama she gets Krazy....(Hey)

Latinas they get Krazy.... (Hey)(Hey)
Blanquitas they get Krazy....(Hey) (Let’s Go)
Negritas they get Krazy....(Hey) (Let’s Go)
Yo Mama she gets Krazy.... (Everybody)

Now Jump up let’s get Krazy…
Now Jump up let’s get Krazy…
Now Jump up let’s get Krazy…
Now Jump up let’s get Krazy…(Krazy)
Now Jump up let’s get Krazy…
Now Jump up let’s get Krazy…(Krazy)
Now Jump up let’s get Krazy…

I said Damn that’s KRAZY….


2nd Verse PITBULL:

Iraq no war / U.S no Bush
Cuba no Castro / Atlanta no cush
Britney with no drama / Alicia with no Common
New York with no flava / The World with no Haters
Obama with no color / Hillary with no Bill
Pit with no Miami and soon with no deal
Just imagine all this Bass
Is enough to make you go KRAZY…..
(woooooo)



CHORUS:

Latinas they get Krazy....
Blanquitas they get Krazy....
Negritas they get Krazy....(Krazy)
Yo Mama she gets Krazy....(Hey)

Latinas they get Krazy.... (Hey)(Hey)
Blanquitas they get Krazy....(Hey) (Let’s Go)
Negritas they get Krazy....(Hey) (Let’s Go)
Yo Mama she gets Krazy.... (Everybody)

Now Jump up let’s get Krazy…
Now Jump up let’s get Krazy…
Now Jump up let’s get Krazy…

Now Jump up let’s get Krazy… (come on)
Now Jump up let’s get Krazy… (come on)
Now Jump up let’s get Krazy… (hey)
Now Jump up let’s get Krazy…

Damn that’s Krazy
[Krazy (Feat. Lil Jon) Lyrics On http://www.elyricsworld.com/ ]

BREAKDOWN:
Break it down
In L.A they get Krazy (Hey) / Miami they get Krazy
In New York they get Krazy (I see it) / Atlanta they get Krazy (ATL Baby)
In London they get Krazy (a Huh) / in Paris they get Krazy (a Huh)
In Rome they get Krazy (a Huh) / Ebizas they get Krazy (We gotta tell em)
In Trini they get Krazy (Come on) / Jamaica they get Krazy (Come on)
Australia they get Krazy (Come on ) / Japan they get Krazy (Let’s Go)
Cubanos they get Krazy (Let’s Go) / Dominicanos they get Krazy
Boricua they get Krazy (Everybody put there hands up right now)
Mexicano they get Krazy (Everybody)

CHORUS (2nd Part only):

Now Jump up let’s get Krazy…(Jump)…(Jump)…(Jump)…(Jump)
Now Jump up let’s get Krazy…(Jump)…(Jump)…(Jump)…(Jump)
Now Jump up let’s get Krazy…(Jump)…(Jump)…(Jump)…(Jump)
Now Jump up let’s get Krazy…(Jump)…(Jump)…(Jump)…(Jump)
Now Jump up let’s get Krazy…(Jump)…(Jump)…(Jump)…(Jump)
Now Jump up let’s get Krazy…(Jump)…(Jump)…(Jump)…(Jump)
Now Jump up let’s get Krazy…(Jump)…(Jump)…(Jump)…(Jump)
(Jump)…(Jump)…(Jump)…(Jump)
Damn that’s Krazy


BREAK OUTRO:

Sube Sube Sube .. Sube El Volumen
Sube Sube Sube .. Sube El Volumen
Sube Sube Sube .. Sube El Volumen
Sube Sube Sube .. Sube El Volumen
Haha ....Como

OUTRO:

It looks like we going to take over the game
They ain’t even see this one coming right here
Boom Boom I’mma make em go KRAZY…
Boom Boom I’mma make em go KRAZY…
Boom Boom I’mma make em go KRAZY…
Boom Boom I’mma make em go KRAZY…
Boom Boom I’mma make em go KRAZY…
Boom Boom I’mma make em go KRAZY…