Tuesday, March 17, 2009

Smart VS Selekeh

Korang mesti perasan, kalau selepas membeli barang-barang kat mana-mana hypermarket, mesti kat tempat keluar tu penuh dengan segala macam promoter dan ejen jualan yang jual macam-macam barang seperti alat senaman, pil kesihatan, insurans, Astro, kad kredit, kad percutian, tiket kapalterbang, baju dalam infra-red, krim serapat, minyak lintah dan pam vakum.

Aku tak salahkan diorang, dah memang kerja diorang nak promote barang-barang tu sambil nak tambah komisen / cari makan. Tapi aku cukup anti kalau diorang dah tahap tarik-tarik baju dan halang jalan. Lagi menyakit hati kalau diorang jenis yang tak paham bahasa bila aku cakap aku tak berminat.

Biasanya kalau ejen insurans, mesti guna taktik amoi-amoi berpakaian serba ringkas dan mengundang dosa kering. Boleh lagi aku nak senyum sambil tunjuk isyarat tak berminat. Tapi kalau yang approach tu jantan bermuka macam jamban tersumbat dan berbau tengik minyak bijan, memang rasa nak hempuk jer dengan batu lesung.

Sudahnya aku terfikir macamana nak mengurangkan halangan bodoh camni. Dan aku terfikir satu eksperimen. Eksperimen ni dah lama aku buat, dan selalunya memberi keputusan yang sama. Dua kaedah ini aku buat sebelum pergi membeli barangan.

Kaedah 1:

Aku mengenakan kemeja hitam jenama Topman disesuaikan dengan jeans G A Blue original berwarna gelap untuk menampilkan imej seorang yang berketrampilan ala-ala cover model majalah Maskulin. Untuk melengkapkan penampilan, tidak lupa juga sepasang but Camel Active kegemaran aku. Perfume Bulgari Black juga disembur di tempat-tempat strategik untuk menambah keselesaan dan keyakinan diri.

Hasil:

"Encik, nak astro murah? pasang percuma.."
"Abang.. insurans bang? sekarang ada tawaran khas..."
"nak bercuti bang? tiket campur hotel murah bang..."
"Abang ada kad kredit? kad kami limit RM7000 bang.."
"Nak buat pinjaman? untuk abang kami bagi special rate..."
"Leng chai, lu mau amoi ka?..."



Kaedah 2:

Aku menyarung T shirt putih kekuningan lusuh berbau 5 hari tak basuh sambil disesuaikan dengan sehelai seluar pendek paras lutut yang koyak sedikit dibahagian lutut untuk mendapat ilusi seorang peminta sedekah. Kesan gigitan pacat di kaki kanan juga terserlah untuk efek yang lebih menyedihkan. Kaki pula dilapisi dengan sepasang selipar jamban jenama Tai Song. Imej dilengkapkan lagi dengan keadaan belum mandi pagi.

Hasil:

*
*
*
*
*
*sunyi sepi*


Aku memang seorang pencinta keamanan.

No comments: